Tempat Makan Best Di Georgetown | AB Cafe

Tempat Makan Best Di Georgetown | AB Cafe


AB Cafe tempat makan best di Georgetown. Cafe yang terletak di Jalan Argyll Road ini mula beroperasi pada bulan March 2015. Ia diilhamkan oleh seorang pereka 'fashion' bernama Aini Bakker yang sangat meminati cafe. Cafe ini dilengkapi dengan warna hitam dan putih oleh pemiliknya menampakkan keunikannya.

Bukan menu 'western food' sahaja disediakan tetapi terdapat menu masakan tempatan juga disajikan disini. Cafe ini juga mendapat mendapat sentuhan daripada 'chef' yang merupakan anak kepada pemilik Tari Cafe. Semua hidangan ini dicuba terlebih dahulu oleh pemilik cafe ini sebelum disediakan buat pengunjung. Menarik cafe ini? Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih banyak mengenai AB cafe.

AB Cafe di argyll road georgetown penang, western food cafe, AB Cafe,
AB Cafe, Argyll Road, Penang

Lokasi AB Cafe

Untuk pengetahuan semua AB Cafe ini terletak berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Argyll Road. Lokasi yang mudah untuk ditemui. AB Cafe juga terletak bersebelahan Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. 

AB Cafe terletak bersebelahan Utusan Malaysia
AB Cafe
Cafe yang bertemakan hitam dan putih ini menampakkan eksklusif atau keunikan yang tersendiri. Menjadikan AB Cafe sebagai tempat menyambut ulangtahun perkahwinan atau majlis bersejarah juga sangat sesuai. Ditambah dengan menu yang menarik pastinya tidak menghampakan pengunjung cafe ini.

AB Cafe dalam tema hitam dan putih, AB Cafe, Cafe bersih, Cafe western food, AB Cafe Penang,
AB cafe bertemakan hitam dan putih
AB Cafe penang,
Waktu operasi AB Cafe



AB cafe beroperasi dari jam 3 petang sehingga 11 malam. Walaubagaimanapun 3 petang sehingga 6 petang hanya disediakan kopi dan kek. Menu sepenuhnya adalah pada jam 6 petang sehingga 11 malam. AB Cafe ditutup pada hari isnin.

AB Cafe, AB Cafe cupcakes, gambar cupcakes,
Kredit to AB Cafe Facebook - cupcakes

Senarai menu dan harga yang disediakan di AB Cafe

Ini adalah antara menu yang disajikan jika anda berkunjung ke sini. Kepelbagaian menu ini membuatkan mudah seisi keluarga menikmati hidangan yang disajikan disini. Jom lihat senarai menu dan harga di AB Cafe yang disediakan.

AB Cafe Western Food, AB Cafe Jalan Argyll, Senarai menu AB Cafe,
Menu AB Cafe Western Food
AB Cafe Western Food

Side/Tapas, Kids Menu & Local Menu
Menu untuk kanak-kanak juga disediakan. Jadi tidak perlu risau bawa bersama anak-anak ke sini. 

Cold Beverages

Juices & Hot Beverages

Menu Pilihan di AB Cafe

Menu pilihan ini antara yang dicuba sendiri oleh aRz dan Blogger Utara yang lain ketika mengunjungi AB Cafe. Setiap dari menu ini ada keunikan tersendiri. Diantara menu ini juga merupakan menu pilihan Puan Aini Bakker iaitu pemilik AB Cafe sendiri. Sudah pasti menu yang akan diketengahkan ini adalah menu yang paling baik dan sedap memenuhi ciatarasa semua. 

Spagetti Meatbal

AB Cafe Spagetti Meatball, AB Cafe, Spagetti, gambar spagetti, gambar cantik,
Spagetti Meatball - RM 18.90

Smokey Meatball Bolognese with wedges

AB Cafe Smoket meatball bolognese, gambar makanan, gambar meatball, AB Cafe,
Smokey Meatball Bolognese with wedges - RM 15.90

Big Boss Burger

AB Cafe Big Boss Burger, AB Cafe,
Big Boss Burger - RM 15.90
Daging Big Boss Burger ini dihasilkan sendiri sudah pasti memberikan kelainan disamping black pepper sauce dan ditambah wedges. Wedges ini pastinya membuatkan anda terasa tidak cukup.

Fish n Chips

AB Cafe Fish n Chips, AB Cafe, jalan-jalan cari makan, gambar makanan,
Fish n Chips - RM 15.90

Chicken Black Pepper

AB Cafe Chicken Black Pepper, gambar chicken balck pepper, gambar makanan cantik, penang,
Chicken Black Pepper With Coleslaw & Fries - RM 15.90

Chicken Chop Oriental Sauce

Chicken Chop Oriental Sauce, AB cafe, chicken chop, gambar chicken chop,
Chicken Chop Oriental Sauce with Coleslaw & Fries - RM 18.90

Lamb Chop Black Pepper

AB cafe lamb chop, Ab cafe, gambar lamb chop, lamb chop terbaik penang,
Lamb Chop With Black Pepper Sauce RM 24.90

Lamb Chop with black pepper sauce ini didatangkan bersama coleslaw dan wedges cukup mengenyangkan. Susah juga untuk dihabiskan walaupun aRz sendiri seorang peminat daging kambing. Rasa lamb chop ini semakin menarik dengan ada perisa mint yang disediakan di dalam hidangan seperti gambar diatas. Daging yang lembut dan diperap dengan baik. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Mexican Soup

mexican soup, AB cafe, gambar makanan, gambar cantik, AB cafe penang,
Mexican Soup - RM 9.90

Bagi yang inginkan rasa kelainan dan meminati rasa tomato boleh mencuba hidangan ini. Mungkin sukar untuk ditemui di gerai lain.

Fried Rice - Chinese

AB Cafe Fried Rice Chinese, AB Cafe, Gambar nasi goreng cina AB Cafe,
Fried Rice Chinese ( served with chicken & Sunny Side-up) RM 8.90

Nasi goreng Chinese ini dihidangkan bersama ayam telur goreng bagi mereka yang tidak suka makanan pedas ini adalah menu yang tepat buat anda.

Fried Rice Special 

fried rice special, nasi goreng special, gambar nasi goreng AB cafe,
Fried Rice Special (chicken, ikan, bilis sambal, & sunny side-up)

Khas buat peminat masakan pedas. Sambal bilis yang disediakan didalam menu ini sangat-sangat menarik dan pastinya menaikkan lagi selera untuk makan. Suapan pertama membuatkan aRz sendiri menyukainya. 

Kemudahan Yang Disediakan di AB Cafe

AB Cafe ingin menjadikan cafe ini sebagai satu tempat lepak yang menarik di Georgetown terutama buat pelanggan yang beragama Islam. Ini kerana hidangannya yang disediakan adalah halal. Selain dari menu cafe ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan penting bagi merealisasikan impiannya. 

Antara kemudahan yang disediakan adalah : 

Wifi Percuma

Sudah pasti di zaman serba moden ini, kemudahan seperti wifi percuma ini amat penting. Ini membolehkan pengunjung samada menikmati hidangan mahupun lepak sambil melayari internet, social media atau menyambung tugasan tanpa risau kehabisan data internet.

Surau

Kemudahan ini bagi memudahkan pengunjungnya memandangkan waktu hidangan sebenar bermula pada jam 6 petang. Jadi tidak perlu menikmati hidangan dengan tergesa-gesa kerana risau terlepas waktu solat. Disurau ini mampu menempatkan 4 orang dalam satu-satu masa.

Walaubagaimanapun pemilik cafe ini juga akan menambah bilangan 'port' untuk kemudahan caj smartphone, tablet dan juga laptop demi keselesaan pengunjung ke cafe ini.

Impian AB Cafe

Pemilik AB Cafe, Pn Aini Bakker berkongsi impiannya menjadikan AB Cafe sebagai sebuah cafe dan juga butik pakaian satu hari nanti. Ini kerana Puan Aini juga meminati bidang fashion. Insyaallah didalam sedikit masa lagi pelbagai jenis hidangan akan diketengahkan lagi bagi memenuhi keinginan pengunjung yang mempunyai pelbagai citarasa dan selera.

AiniBakker Fashion

Majlis Ulangtahun Kelahiran ( birthday party).

AB Cafe juga menerima sebarang tempahan untuk mengadakan sambutan hari lahir (birthday party) untuk meraikan rakan, ahli keluarga atau untuk mengadakan majlis perpisahan buat rakan sekerja anda. Pada bila-bila masa anda hanya perlu hubungi nombor yang diberikan dibawah.

Untuk pengetahuan anda, Azad pelakon Anak Mamak Menantu Mami, Kongsi, dan bermacam lagi juga pernah ke AB Cafe bagi menikmati hidangan yang ada disini

Azad di AB Cafe argyll road, gambar pelakon azad di AB Cafe, AB Cafe argyll road,
kredit to AB Cafe Facebook - Pelakon Azad dan isteri

untuk melihat lebih banyak gambar anda juga boleh melawati facebook dan instagram AB Cafe

Facebook AB Cafe
Instagram AB Cafe

Sekiranya ada sebarang pertanyaan/tempahan hubungi  :

Aini Bakker
Director
h/p no : 017-3593597
email : ainibakker@gmail.com

Aini Bakker Sdn. Bhd.
32, Argyll Road,
10050 Georgetown,
Penang.

04-2642640





Comments

  1. Nak nanges tgk gambo food cafe ni yg aRz letak kat IG. Hihihi terliur

    ReplyDelete
  2. fuyoo! 😍😍😍😋😋😋

    ReplyDelete
  3. Singgah petang disini...
    terliurrr

    ReplyDelete
  4. Amboi terliur betul tengok semua makanan tu...
    Kek aini baker tu pun nampak lazat.. nyum!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. rasa pun sedap menepati semua citarasa, pedas atau kurang pedas, western mahupun makanan tempatan

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mengamcam...dan terancam....puas hati dengan harganya

      Delete
  8. Sedapnya semua makanan tu. wajib terjah tu. hehe

    ReplyDelete
  9. gitu kau... burger die. melipah2 sos die.. nyummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nyummm pun... alhamdulillah syukur dapat rasai semuanya

      Delete
  10. menarik sungguh menu yg ada dekat AB cafe ni... Kalau fatin pergi mesti nak lamb chop hu hu hu

    ReplyDelete
  11. Komen lagi.. Klu x nnt merajuk...!!! HeheheHehehe.. Klu papaG ke penang blh blanje ea...

    ReplyDelete
  12. Fuhh penulisan yg sgt menarik...Bila tgk semua gambar dan baca artikel arz ni..hati meronta2 nak g sana ..apalagi jom laa blanje kak lya..terbaik punya review sampaikan kita pon rasa cam bak g sana jer ni..

    ReplyDelete
  13. Fuhh penulisan yg sgt menarik...Bila tgk semua gambar dan baca artikel arz ni..hati meronta2 nak g sana ..apalagi jom laa blanje kak lya..terbaik punya review sampaikan kita pon rasa cam bak g sana jer ni..

    ReplyDelete
  14. Wah..tambahan lokasi makan di Georgetown ni...presentation menarik..kalau rasa pun menarik mmg berbaloi bayar...tapi sis JM mmg musykil kan...kat mana2 kedai ke cafe ke, pasar ke mesti harga di akhir dengan 90 sen..nape x genapkan je...RM18.90..why not x letak je RM19.00...

    ReplyDelete
  15. sedapnyaaa semua. bila la ada orang nak belanjaa tiket pergi pulau pinang ni. hahaha :D

    ReplyDelete
  16. Ermmm nak mkn laaa rasa lapar laa pulak..ni duk komen ni takde ke pihak AB CAFE nak jemput mkn free ..kuakuakua..

    ReplyDelete
  17. wah makanan yang enak2 dan harga yang berpatutan, wajib singgah ni warga Penang :)

    ReplyDelete
  18. menarik semua menu ni...nnti kalau ke penang bolehlah pergi..

    ReplyDelete
  19. AB Cafe nie mmg terbaik... Boleh jadi port lepak lg lepas nie... Nk repeat makan spaghetti dia yg marbeless tue...:)

    ReplyDelete
  20. Terima Kasih atas comment n suggestion...we are still in the process of enhancement. Will update ya. Tq sekali lagi...
    Segala Pujian bagi Allah...

    ReplyDelete
  21. hebat....macam2 ada..pasti tak datang sekali....berkali2....

    ReplyDelete
  22. urghhh lama tak makan western food.. geram plak tgk fish n chip dya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  23. Meleleh air mata ngn air liur nengok makanan nie..
    Udahlah jauh.. Akak memang suka western food...
    Nak juga...

    ReplyDelete
  24. Assalam arz,
    adeeeeehlaaaaa
    asai tengok ja teringin
    banyak list dalam otak ni haaaa
    punggaaaaaahhhh

    ReplyDelete
  25. Tempat ini wajib diserbu ! xD

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih