Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah Assalamualaikum. Siapa yang pakai kereta tapi tak pernah ada masalah bateri kereta kong? Saya tak sebut beli kereta sebabnya bila pinjam kereta orang sekalipun kadang kita berhadapan dengan masalah bateri kereta kong. Cerita mengenai bateri kereta kong ni saya nak kongsikan pengalaman menggunakan servis Bateriku.com di Penang dengan harga bateri kereta murah. Boleh dikatakan bateri kereta murah di pasaran Penang. Kebanyakan kereta hari ini berTRANSMISI auto dan menggunakan BATERI jenis kering. Kedua-duanya untuk memudahkan tetapi kedua perkara ini agak menyulitkan bila bateri kereta habis atau bateri kong senang kata. Kereta transmisi manual bila bateri kong boleh lagi minta bantuan tolak kereta, bila enjin hidup boleh ke kedai atau bengkel berdekatan tetapi transmisi auto tidak boleh. Bateri kering pula bila kong atau habis tak boleh digunakan lagi, boleh la caj dengan cara 'jumper' untuk cari mana-mana be

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. “Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend p

Santai Petang Di Setia Spice Aquatic Centre Penang

Santai Petang Mandi Di Setia Spice Aquatic Centre Penang Setia Spice Aquatic Centre Penang merupakan antara tempat tarikan terbaru untuk mereka yang meminati aktiviti santai bersama keluarga untuk mandi manda. Ianya pernah viral di facebook selepas secara rasminya dibuka kepada pengunjung. Kebetulan sabtu lepas anak-anak sedara dari Putrajaya mai ke Penang, jadi Spice Aquatic Centre antara salah satu tempat yang wajib di kunjungi khasnya kanak-kanak. Apa yang menarik di sini? Inilah yang nak dikongsikan dalam artikel ini. Setia Spice Aquatic Centre | Cik Puteri dan Sepupu Sebenarnya dahulunya kawasan ini dipanggil PISA - Penang International Sport Arena kemudiannya dinaiktaraf dan diberikan nama baru SPICE - Subterranean Penang International Conference & Exhibition. Kolam kanak-kanak yang di panggil Children Water Splash Pool sebenarnya masih di lokasi lama sebelum dinaiktaraf. Sebenarnya dibuka semula kepada pengunjung pada penghujung 2016, tahun 2018 baru sempat

Suzy Honey | Set Syampu dan Perapi Rambu Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi

Suzy Honey | Set Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi Hari ini kita sudah berada dalam zaman semua nak cepat. Tak ada orang yang nak tunggu lama-lama. Disebabkan itu maka banyaklah produk yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan kita. Jadinya tanpa kita sedar banyak produk yang menggunakan bahan kimia. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini mengenai produk dari Suzy Honey yang mana merupakan 100% semulajadi. Ada 3 produk yang akan di ketengahkan. Teruskan membaca. Shampoo Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose serta Sabun Daun Sireh Bila cakap bahan semulajadi, saya teringat waktu kehadiran Cik Puteri sebagai penyeri sebuah keluarga kecil. Kami cukup menjaga daripada makanan sehingga bahan yang digunakan. Waktu kecil jarang dan hampir tidak menggunakan sabun terutama yang ada bahan kimia dan sebagainya. Begitu juga pemakanannya. Tetapi bila dah semakin membesar takkan hendak dilupakan segala usaha untuk memberikan penj

Aktiviti Yang Bermanfaat Ibu Bapa Dan Anak-Anak Diantara Waktu Maghrib Dan Isyak

5 Aktiviti Bermanfaat Di Antara Waktu Maghrib dan Isyak Boleh Di Lakukan Bersama Anak-Anak Waktu diantara Maghrib dan Isyak ini terlalu singkat iaitu lebih kurang 1 jam 11 minit. Waktu yang singkat ini sebenarnya boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Waktu ini jika terlalai tanpa disedari ianya berlalu dengan begitu pantas, mungkin cukup hanya untuk solat maghrib atau lebih teruk solat maghrib pun tak sempat. Bila bergelar ibu bapa kita perlu rancang waktu dengan baik. Bukan untuk diri kita saja tetapi waktu anak-anak juga. Setiap saat amat berharga. Aktiviti bermanfaat bersama anak-anak diantara waktu maghrib dan isyak Waktu Maghrib dan Isyak ini boleh dimanfaatkan bersama anak yang masih kecil mahupun yang sudah membesar. Kalau zaman dulu, waktu sebelum maghrib memang tak dibenarkan keluar rumah, mungkin selepas solat maghrib barulah boleh keluar rumah itupun untuk pergi mengaji al-Quran. Rumah tok guru yang mengajar mengaji boleh dikatakan bergema alu