Aktiviti Yang Bermanfaat Ibu Bapa Dan Anak-Anak Diantara Waktu Maghrib Dan Isyak

5 Aktiviti Bermanfaat Di Antara Waktu Maghrib dan Isyak Boleh Di Lakukan Bersama Anak-Anak


Waktu diantara Maghrib dan Isyak ini terlalu singkat iaitu lebih kurang 1 jam 11 minit. Waktu yang singkat ini sebenarnya boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Waktu ini jika terlalai tanpa disedari ianya berlalu dengan begitu pantas, mungkin cukup hanya untuk solat maghrib atau lebih teruk solat maghrib pun tak sempat. Bila bergelar ibu bapa kita perlu rancang waktu dengan baik. Bukan untuk diri kita saja tetapi waktu anak-anak juga. Setiap saat amat berharga.

ibubapa jangan abaikan waktu diantara maghrib dan isyak, parenting tips, didik anak-anak pada waktu maghrib dan isyak,
Aktiviti bermanfaat bersama anak-anak diantara waktu maghrib dan isyak

Waktu Maghrib dan Isyak ini boleh dimanfaatkan bersama anak yang masih kecil mahupun yang sudah membesar. Kalau zaman dulu, waktu sebelum maghrib memang tak dibenarkan keluar rumah, mungkin selepas solat maghrib barulah boleh keluar rumah itupun untuk pergi mengaji al-Quran. Rumah tok guru yang mengajar mengaji boleh dikatakan bergema alunan bacaan al-Quran. Indahnya bila dalam rumah bergema suara alunan ayat-ayat al-Quran.

Zaman berubah, hari ini teknologi sudah di hujung jari. Hiburan bersepah di sana sini. Gangguan-gangguan ini boleh menyebabkan anak-anak menjadi malas untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat. Sebaiknya waktu ini bebas dari sebarang hiburan seperti gadget mahupun televisyen. Macam zaman dahulu, waktu maghrib televisyen perlu di padamkan. Rindu pula suasana dahulu sekitar tahun 90-an.

Hari ini di media elektronik mahupun media cetak, bermacam-macam berita mengenai kehidupan hari ini yang tidak sedap kita dengar. Berita mengenai anak didera bapa sehingga mati, murid bunuh diri, tekanan perasaan, buli sehingga menyebabkan kematian dan macam-macam.

Kadang kita lupa, kita lupa kita di dunia bukan hanya untuk mencari dunia sahaja tetapi pengisian akhirat itu penting. Bukan untuk anak-anak sahaja begitu juga untuk ibubapa. Insyaallah aktiviti-aktiviti yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan hubungan baik diantara ibubapa dan anak-anak, kasih mengasihani, sayang menyayangi. Aktiviti bermanfaat ini juga dapat memberikan ketenangan dalam jiwa kita mudah-mudahan dapat membentuk kita menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat.

Penyakit kita hari ini adalah terlalu mengejar dunia. Kata Ilmuwan dunia memang tak akan pernah cukup buat kita. Disebabkan kita terlalu mengejarnya membuatkan jiwa kita tidak tenang. Mudah-mudahan perkongsian ini sangat bermanfaat untuk kita dan keluarga dan dapat kembali hidup dalam keadaan bahagia.

Aktiviti-aktiviti Yang Bermanfaat Di Waktu Maghrib dan Isyak Bersama Anak-Anak

Macam saya katakan di atas tadi, waktu ini sangat singkat tetapi kalau kita urus baik-baik insyaallah dapat di manfatkan. Memang letih dan penat nak mengejar masa. Apatah lagi kalau nak buat aktiviti yang bermanfaat terutama di waktu maghrib dan isyak. Seronok lagi kalau dapat rehat sambil tengok drama. Balik saja kerja kena terus siap sedia untuk waktu ini. Balik keja terus nak siap? Letihnya...tak sempat rehat....Letihnyaaaa

Betul letih memang letih tapi kalau dah selalu lakukan ianya akan menjadi kebiasaan. Letih memang letih tetapi kalau diamalkan selalu ianya bakal menjadi kebiasaan dan anak-anak dapat tidur lebih awal. Kalau fikir letih memang letih, kalau masa berlalu begitu saja bila kenang kembali jauh lebih letih. 

Masa ini akan meninggalkan kita samada kita suka atau tidak. Paling penting kita manfaatkan sebaiknya. Lebih lebih letih lagi saat mana anak kita semakin membesar mereka jauh dari mengingati Allah dan gagal menjadi manusia yang berguna terutama kepada ibubapanya sendiri. Bawah nanti saya kongsikan bagaimana tercetus idea untuk menulis artikel ini.

1. Solat Berjemaah Bersama


Aktiviti yang bermanfaaat di waktu maghrib dan isyak bersama anak-anak yang pertama adalah Solat Berjemaah. Solat merupakan satu kewajipan sebagai hamba Allah. Ianya perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Bagi ibubapa akan ditanya juga mengenai anak-anaknya. Islam mengajurkan kita supaya menyuruh anak-anak solat bermula 7 tahun. Solat ini juga salah satu cara untuk kita mendekatkan diri pada Allah SWT.

Seandainya anak-anak dari kecil kita didik dengan solat, kita tekankan kewajipan solat sudah tentu ianya bakal diingati oleh mereka. Bayangkan hari-demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun menjadi kebiasaan solat berjemaah. Sehari tertinggal pasti rasa aneh, rasa pelik secara tidak langsung anak-anak ini akan sentiasa menjaga solat dengan baik. Selain itu, anak-anak tidak rasa aneh untuk ke masjid.

Jika anak lelaki bawalah ke masjid dan surau. Didik sejak dari kecil. Bak pepatah melayu, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Bila anak dah besar bukannya tak boleh, cuma ianya lebih berat berbanding waktu mereka kecil. Jika anak perempuan gunakan waktu ini untuk solat berjemaah bersama ibu, jika bapa ke masjid. Cuba bayangkan ianya diamalkan hari-hari. Indahnya.

Aktiviti ini boleh disambungkan dengan aktiviti berikutnya.

2. Bawa Ke Majlis Ilmu / Ceramah Agama


Aktiviti kedua dimana ibubapa boleh lakukan bersama anak-anak di waktu maghrib dan isyak ialah dengan mengikuti Majlis Ilmu di masjid. Menuntut ilmu satu kewajipan. Kita manusia sering terlupa. Mudah-mudahan majlis ilmu atau ceramah agama dapat mengingati semula kita. Hidup ini perlukan garis panduan untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Majlis ilmu merupakan taman-taman syurga. Ianya waktu yang diberkati. Bayangkan anak-anak kecil ini dibesarkan dengan suasana yang baik. Setidak-tidaknya anak kecil ini mendengar sedikit pun sudah baik. Bila besar nanti ia tidak kekok untuk ke majlis ilmu. Takkan kita nak tunggu anak kita berumur 60 tahun baru nak lihat mereka ke majlis ilmu?

Waktu antara maghrib dan isyak ini singkat tapi jika manfaatkan sebaiknya kita dapat lakukan banyak aktiviti yang bermanfaat dunia dan akhirat.

Paling tidak sekurang-kurangnya kita telah pun memberi ilmu pada anak-anak kita. Anak-anak kecil kalau berada di sebelah bapanya, berani tak dia main-main atau berbuat bising? Saya yakin mereka dapat berdisiplin. Kalau di rumah apa agaknya aktiviti mereka? Atau kita nak lihat anak-anak kita pada waktu ini bersama telefon pintar atau menonton drama yang tak habis-habis bercerita mengenai cinta anak orang kaya, hidup cara sosial dan lain-lain yang tidak asing dalam drama melayu slot jam 7 malam. 

Wahai ibubapa bimbinglah anak-anak kita ke jalan yang baik-baik. Mudah-mudahan mereka menjadi harta yang bermanfaat setelah kita tiada nanti.

tips didik anak-anak. ibubapa jangan abaikan waktu diantara maghrib dan isyak, parenting tips, didik anak-anak pada waktu maghrib dan isyak,
Waktu berkualiti bersama anak-anak

3. Membaca Al-Quran


Diantara waktu Maghrib dan Isyak adalah waktu yang sesuai untuk membaca Al-Quran bersama anak-anak. Aktiviti ini dapat mendidik anak-anak supaya jadikan aktiviti ini sebagai amalan. Kita sebagai umat Islam tahu banyakkan kelebihan membaca Al-Quran. Al-Quran itu merupakan penawar bagi penyakit dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Bagi anak yang kecil jika di sekolah sudah mula membaca Iqra, maka waktu ini sesuai untuk mengulang semula apa yang di baca di sekolah. Mudah-mudahan bacaannya lebih baik.

Mendengar bacaan ayat al-Quran pun membuat kita rasa tenang apatah lagi membacanya. Begitu juga apabila membacanya bersama keluarga di dalam rumah. Subhanallah. Cantiknya aktiviti ini.

"Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya" HR Muslim

Manfaatkan waktu ini sebaiknya. Ianya singkat sahaja.

4. Mengulangkaji Pelajaran


Waktu diantara maghrib dan isyak boleh juga digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi jadikan aktiviti 1 hingga 3 lebih utama. Mungkin ada waktu yang tertentu gunakan untuk aktiviti yang bermanfaat ini. Ibubapa dapat memerhatikan kualiti pembelajaran anak-anak di rumah. Barulah tak salahkan cikgu di sekolah.

Mudah-mudahan aktiviti mengulangkaji pelajaran juga menjadi satu aktiviti yang bermanfaat anatara ibubapa dan anak-anak.

Setakat ini saja aktiviti yang mampu saya kongsikan moga bermanfaat buat kita semua dan jadi peringatan buat diri sendiri juga. 


waktu berkualiti bersama anak-anak, waktu terbaik didik anak-anak, waktu bersama anak, waktu maghrib dan isyak waktu terbaik meluangkan masa bersama anak-anak, child time, ibubapa jangan abaikan waktu diantara maghrib dan isyak, parenting tips, didik anak-anak pada waktu maghrib dan isyak, anak blogger, blogger life, parenting life, kehidupan ibubapa,
waktu berkualiti bersama anak-anak

Bagaimana saya boleh terfikir untuk berkongsi mengenai artikel ini?

Ada beberapa kisah yang saya lalui, yang membuatkan saya terfikir dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut.

Kisah pertama ketika saya ke Melaka dan berhenti di sebuah surau untuk Solat Asar. Selepas solat imam membacakan wirid. pada masa sama seorang kanak-kanak saya rasakan anak kecil itu sekitar darjah 1 atau 2. Dia sama-sama membaca wirid dengan lancar bersama-sama imam. Dalam hati saya berkata, alangkah beruntungnya ibubapanya. Sudah pasti ia datang dari didikan yang baik. Boleh jadi ia diajar ke surau setiap kali solat fardhu.

Kisah kedua ketika saya hendak solat di sebuah pasaraya. Waktu itu hanya saya seorang kemudian datang dua remaja saya agak tingkatan 1 atau 2. Hebat anak remaja ini tanpa ibu dan ayah masih mengerjakan solat. Saya minta untuk iqamah. Remaja ini terdiam tak berkata apa-apa. Saya tanya lagi tau tak iqamah, kalau bahasa utara "qomat". Remaja ini diam sambil geleng kepala. Hati kecil saya terus tercetus sepatutnya dalam umur begini sepatutnya sudah tahu serba sedikit mengenai solat. Sebab di sekolah-sekolah hari ini sudah ada dalam sukatan pelajaran. Paling tidak waktu KAFA.
Sebab kisah ini juga membuatkan saya terasa ingin menulis supaya ibubapa ambil berat mengenai anak-anak terutama bab solat.

Mungkin didikan semua orang itu tidak sama. Mungkin tidak ada peluang untuk belajar. Mudah-mudahan kita dapat melihat atau audit semula terutama di dalam kalangan ahli keluarga kita. Jangan kita lepas semuanya pada guru-guru. Sedangkan ibubapa perlu memainkan peranan yang sangat penting. 

Ibubapa manfaatkan waktu diantara maghrib dan isyak ini. Ianya singkat. Pepatah arab mengatakan "masa itu ibarat mata pedang" Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita. Sama-sama kita bentuk keluarga kita mudah-mudahan dapat membentuk masyarakat yang hebat secara tidak langsung membentuk negara yang hebat di dunia dan akhirat.

Seandainya ada kesilapan dalam penulisan ini saya memohon maaf dan dalam kisah kedua tidak terniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sebagai contoh di mana ibubapa perlu audit semula anak-anak supaya kita dapat membentuk keluarga bahagia dunia dan akhirat. Insyaallah.

PStt: Selepas aktiviti ini secara tidak langsung membuatkan kita yang letih petang tadi semakin letih dan menyebabkan kita akan tidur lebih awal. Solat Isyak di awal waktu juga membuatkan kita merasa waktu menjadi lebih panjang dari biasa.

Jangan lupa baca Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak dan Keluarga

Ada cadangan aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan diantara waktu maghrib dan isyak? Kongsikan di ruangan komen dan terima kasih kerana sudi membaa Aktiviti Yang Bermanfaat Ibu Bapa Dan Anak-Anak Diantara Waktu Maghrib dan Isyak

Comments

  1. Terima kasih perkongsian...betul..waktu antara naghrib dah isyak itu kalau dimanfaatkan boleh menjadi gedung santapan rohani..usrah yang di adakan membentuk sahsiah bukan sahaja sihat dan cergas fizikal serta mental malahan menjana kemantapan iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan segala didikan menjadi sebati dalam diri mereka sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah berjaya dunia dan akhirat

      Delete
  2. Betul tu. Semua point dekat atas ni setiap family kena amalkan. Lepas tu boleh dinner bersama, spend time berbual pasal harian. Better dari menonton tv bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pun kalau ikutkan saya nak pointkan juga...tetapi makan lewat malam agak kurang baik. jadi saya keluarkan dari point diatas.

      sedaya yang mampu kita cuba makan malam selewatnya sebelum 7 malam

      Delete
  3. Anak adalah aset yang berharga,bimbing la sebaiknya Insha Allah bila kita sudah tiada, mereka akan turut membantu kita selesa di alam sana... Nice sharing aRz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...mudah-mudahan. Bila mana kita mula membentuk anak-anak dalam keluarga kita kemudian menjadi masyarakat yang baik kemudiannya bakal membentuk sebuah negara yang baik. Bukan hanya terlalu banyak hiburan yang melalaikan

      Delete
    2. Betul tu aRz, anak permata negara. Hehe...

      Delete
  4. Waktu ni memang kami peruntukkan untuk mengajar alQuran pada anak-anak dan juga menelaah pelajaran sambil menemani anak-anak buat homework

    ReplyDelete
  5. Kalau zaman Nani kecik kecik dulu memang waktu antara maghrib dan isyak tu kena pergi mengaji. Semua tu memang aktiviti yang paling sesuai :)

    ReplyDelete
  6. memang kena mengaji lee dulu. tapi masuk sek men jarang2 sebab petang2 sek sampai da lewat. mak ayah longgarkan sikit.. hehe..

    ReplyDelete
  7. waktu yang sesuai untuk luang masa dgn anak2 selepas pulang dr kerja..

    ReplyDelete
  8. setuju sangat dengan aktiviti2 yang tersenarai
    bagus untuk anak2 :)

    ReplyDelete
  9. nice share.. mmg dah terpikir dah waktu ni nnti mmg nk peruntukkan khas untuk family bila dah kahwin n dah ada anak nnti..

    ReplyDelete
  10. nice sharing.. baru terpikir nak buat mcmni jugak..

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dan sangat2 berharap dapat apply dengan lebih komited dan teratur 1 hari nanti. Memandangkan selaku ibu yang bekerja, sampai rumah hampir maghrib memang agak terkejar2 dengan rutin di rumah. Semoga dipermudahkan semua urusan kite demi keluarga dan agama, Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih