Skip to main content

Suzy Honey | Set Syampu dan Perapi Rambu Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi

Suzy Honey | Set Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi


Hari ini kita sudah berada dalam zaman semua nak cepat. Tak ada orang yang nak tunggu lama-lama. Disebabkan itu maka banyaklah produk yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan kita. Jadinya tanpa kita sedar banyak produk yang menggunakan bahan kimia. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini mengenai produk dari Suzy Honey yang mana merupakan 100% semulajadi. Ada 3 produk yang akan di ketengahkan. Teruskan membaca.

shampoo bunga rose dan perapi rambut bunga rose dan sabun daun sireh, sabun untuk kebersihan vagina, sabun untuk kulit, shampoo rambut semulajadi, produk kecantikan semulajadi, produk bahan semulajadi, produk penjagaan badan dari bahan semulajadi, produk homemade, produk natural muslim,
Shampoo Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose serta Sabun Daun Sireh


Bila cakap bahan semulajadi, saya teringat waktu kehadiran Cik Puteri sebagai penyeri sebuah keluarga kecil. Kami cukup menjaga daripada makanan sehingga bahan yang digunakan. Waktu kecil jarang dan hampir tidak menggunakan sabun terutama yang ada bahan kimia dan sebagainya. Begitu juga pemakanannya.

Tetapi bila dah semakin membesar takkan hendak dilupakan segala usaha untuk memberikan penjagaan yang terbaik untuk keluarga. Jadi saya sendiri pun dapatkan beberapa produk yang dihasilkan dari bahan semulajadi dari Suzy Honey. Saya suka teringat zaman dahulu yang kebanyakkan semua diambil dari bahan semulajadi. Sebagai contoh nak dapatkan santan cari buah kelapa sekeliling rumah kemudian belah dan kukur. Perah dan terhasillah santan. Semuanya ada di sekeliling termasuklah ayam dan sebagainya. Biar pun lambat yang penting ianya dapat kualiti yang terbaik.

Zaman semakin berubah, rumah kampung semakin berkurangan, rumah hari ini bertukar menjadi rumah pangsa, kondominium atau rumah taman yang mana tidak ada ruang untuk tanam segalanya untuk menikmati hasil semulajadi.

Dengan usaha daripada pengusaha Suzy Honey yang cuba memastikan kita hari ini masih dapat menggunakan produk kecantikan dan kesihatan dari bahan semulajadi, terdapat beberapa produk yang boleh kita dapatkan dan digunakan dalam kehidupan seharian. 

Set Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose Suzy Honey


Set Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose Suzy Honey yang mengandungi Virgin coconut oil, Rosehip oil, Peppermint oil, Kaffirlime EO, Rosemarry EO. Adunan bersama Pati Essential Oil Premium bagi mengekalkan kesegaran dan haruman rambut.

Set syampu rambut bunga rose dan perapi rambut bunga rose ini berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut, mengelakkan keguguran rambut, sesuai untuk masalah kelumumur, mengatasi masalah kegatalan kulit kepala, memberikan haruman bau bunga rose yang menyegarkan dan mengelakkan bau hapak sesuai untuk rambut nipis dan kering.

Saya sekeluarga gunakan baunya memang harum ibarat meletakkan bunga rose di kepala. Teringat waktu mandi air limau selepas tamat pengijazahan persilatan di kampung dahulu. Segar rasa kepala. 

Satu set syampu rambut dan perapi rambut bunga rose 100% natural ini dengan 100ml setiap botol berharga RM 55. Bagi saya satu harga yang berpatutan dengan kualiti dari bahan semulajadi serta halal.

Sudah tentu produk ini sesuai seisi keluarga. Selain itu ada juga Set Syampu dan Perapi Rambut Organik Suzy Honey sekiranya ini mencuba pada harga yang sama setiap set.

Sabun Sireh.

Sudah tentu saya tak pernah lupa untuk kebaikan teman yang sentiasa menemani segala cabaran susah senang bersama. Untuk Puan Isteri juga ada produk yang khusus untuknya. Sireh, orang dulu-dulu amat menjaga kesihatan luar dan dalam. Selain menggunakan jamu tradisional yang berasal dari bahan semulajadi, daun sireh juga biasanya digunakan untuk menjaga kawasan intim.

Zaman dahulu tak banyak produk yang boleh dijumpai seperti hari ini. Jadi semuanya dibuat sendiri. Tetapi manfaat teknologi dan inovasi jangan disia-siakan. Suzy Honey juga menyediakan Sabun Sireh 100% homemade dari daun sireh asli.

Saya nak kongsi antara kelebihan sabun sireh khas untuk wanita. Antaranya adalah menghilangkan bau badan dan bahagian keintiman wanita, menegangkan otot vagina, merawat keputihan, merawat masalah jerawat badan, menegang dan melicinkan kulit badan, bertindak sebagai antiseptik mematikan kuman, menghilangkan gatal-gatal kulit.

Kelebihan sabun ini seperti yang aRz kongsikan di atas ianya sebenarnya datang daripada kelebihan daun sireh sendiri. Harganya cuma RM 18 sahaja


Selain sabun sireh, sabun daun semambu, sabun kunyit homemade, Sabun kopi scrub homemade, Sabun memwangi, sabun aura dan sabun daun bidara. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Hari ini ramai ibubapa dah mula memcari produk dari bahan organik atau semulajadi untuk kegunaan seisi keluarga. Mungkin kita tak mampu untuk dapatkan semua produk dari bahan semulajadi tetapi selagi mana kita mampu kita cuba dapatkan.

Mudah-mudahan dari perkongsian ini membantu para pembaca mendapat yang terbaik buat seisi keluarga tercinta. Kongsikan artikel ini di group-group whatsapp keluarga dan juga sabahat handai.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Suzy Honey Set Syampu Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi.

Pihak Suzy Honey juga sedang mencari Stokis dan Agen untuk memperkenalkan produk muslim dan halal yang betul-betul asli serta memperkenalkan herba-herba Malaysia.

Suzy Honey shampoo bunga rose dan perapi rambut bunga rose, produk semulajadi, produk halal, produk mandian muslim, produk kecantikan muslim halal, sabun daun sireh,
Suzy Honey


Layari

Facebook Suzy Honey : https://www.facebook.com/SuzyHoneyofficial/

Instagram : https://www.instagram.com/suzyhoneyherbs/

#sabunorganik #jamutradisional #suzyhoneyherbs #reviewsuzyhoneyherbs

Comments

  1. Suka shampoo ni sebab wangi dan menyegarkan kulit kepala..akak dapat untuk yang rambut gugur..harap - harap masalah rambut gugur selesai..

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa packaging. and benefits pun banyak.. semoga sesuai and membantu those yang ada masalah dan memerlukan penyelesaian =D

    ReplyDelete
  3. mama mmg suka produk berasaskan bahan bahan semulajadi macam ni. rasa lebih confident

    ReplyDelete
  4. Produk dari bahan organik atau semulajadi sekarang sering menjadi perhatian kerana ramai yang mula sedar akan khasiatnya,

    ReplyDelete
  5. Bagusnya bila produk nya lebih mesra pengguna dan daripada bahan semulajadi ni. takdalah takut nak pakai kan.

    ReplyDelete
  6. kak ana sendiri meyakini produk sumber alam ni dari dahulu lagi Arz, khasiat herba yang banyak manfaat buat manusia jika di gunakan dengan sebaik mungkin, in shaa allah

    ReplyDelete
  7. susah sekarang ni nak dapat produk sebegini..bagus ada ramai pengusaha macam suzy honey yang mengetengahkan produk² macam ni

    ReplyDelete
  8. wahh mcm2 produk jugak
    baru bace dr entry zumal pasal sabun kopi

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...