Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG

JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG BAZAAR Alkisahnya bila anak mula memasuki sesi persekolahan Tahun 1, maka kalutlah ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak. Membeli beberapa pasang baju dan kasut serta beg untuk sesi persekolahan. Bila semuanya dah siap kemudian ke sekolah untuk membayar yuran dam pembelian buku. Lencana termasuk ketika pembelian buku. Bila dah ada lencana sudah tentu perlu dijahit atau dilekatkan. Lokasi alter baju dan jahit lencana sekolah | Penang Bazaar Rasanya ramai ibubapa sudahpun menjahit atau lekatkan lencana pada pakaian sekolah anak-anak. tetapi saya sekadar berkongsi mana tahu masih ada yang mencari tempat untuk menjahit lencana. Mungkin juga boleh menjadi rujukan dari tahun ke tahun. Lokasinya terletak di Penang Bazaar yang terletak di Jalan Penang. Seperti gambar diatas. Kalau orang Penang biasanya dah kenal bangunan ini yang terletak bertentang dengan Mydin Penang Road. TUKANG JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALT

SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG

SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG Sejak beberapa bulan, selepas daripada seorang sahabat tukar motosikal memang rajin pula kami ke kedai-kedai, warung-warung dan restaurant untuk mencuba makanan sedap sekitar pulau pinang. Lebih-lebih lagi kedai makanan yang belum kami cuba menunya. Bak kata orang jalan-jalan cari makan. Apa yang menarik makan di Yusuf Restaurant Relau Pulau Pinang? Yusuf Restaurant  Mungkin perkongsian ini ketika cuti sekolah boleh dijadikan salah satu destinasi jalan-jalan cari makan bersama keluarga. Macam saya dan keluarga sekalipun apabila bercuti akan mencari tempat makan yang sedap ataupun menarik. Sesekali berada di tempat orang, mesti nak pengalaman yang manis kan? Begitulah juga kalau yang bercuti ke Pulau Pinang. Yusuf Restaurant atau Hameediyah Restaurant? Yusuf Restaurant terletak Relau Pulau Pinang (rujuk maps dibawah). Berada di deretan bangunan kedai, tetapi parkir kereta agak terhad. Hati-hati apabila p

APA YANG MENARIK DI HARI GRADUASI, PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS

HARI GRADUASI PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS PULAU PINANG Apa yang menarik di Hari Graduasi, Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk sekolah tadika? Soalan ini seakan bermain di minda arzmoha.com , saat mendapat jemputan ke majlis ini. Seingat saya, tak pernah kongsi atau bercerita langsung di blog ini mengenai sekolah tadika Cik Puteri. Saya ada sebab tersendiri untuk tidak berkongsi. Tetapi hari ini, istimewa sikit sebab nak kongsi mengenai Hari Graduasi 2019, Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Azzahra Kids ke 5 ( Tadika Kesuma Bangsa) di Pulau Pinang . Hari Graduasi Tadika Azzahra Kids APA YANG MENARIK DI HARI GRADUASI TADIKA AZZAHRA KIDS? Apa yang menarik sangat dengan Hari Graduasi Tadika tahun ini? Tahun lepas tak menarik ka? Perlu ka hadir ke Majlis atau Hari Graduasi Anak-Anak? Sebagai ibu bapa memang perlu atau wajib hadir. Saya kata macam tu bersebab. Cik Puteri alhamdulillah dia seorang yang suka ambil bahagian dalam persembahan. Saya juga