Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

5 Iklan Raya Terbaik 2017

5 Iklan Raya Terbaik 2017 Iklan Raya terbaik 2017. Dengan baki beberapa hari saja lagi umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri 2017, maka memang boleh nampak banyak iklan-iklan raya yang dah dimainkan samada di televisyen mahupun youtube serta saluran lain. 5 Iklan Raya Terbaik ini adalah pilihan arzmoha.com ini tidak bermakna iklan lain tidak terbaik. Jom kita saksikan 5 iklan raya terbaik itu. Pastikan sedia tisu sebelum tonton.... Iklan Raya 2017 - Pelaburan MARA Iklan raya yang pasti membuatkan siapa yang menontonnya pasti mengalir air mata. Kisah mengenai anak yatim piatu kehilangan ibubapa dan beberapa adik beradik ketika pulang ke kampung. Percayalah sangat menyentuh hati. Cari di youtube Iklan Raya Mara 2017 Antara pengajaran dan teladan yang boleh diambil - kita tidak mampu menolak takdir Allah SWT - Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman. - Besar ganjaran membesar dan menjaga anak yatim piatu. iklan raya Pelaburan MARA Iklan

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya?

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya? Kisah Motivasi Kehidupan Seorang Abah Kenapa Abah tak beli baju raya? Kenapa Abah tak beli baju raya? ...ini adalah sebuah kisah motivasi kehidupan seorang Abah. Tidak kira kalau gelarannya Bapa, Ayah, Daddy, Pa dan sebagainya...Jasa Abah memang besar. Tiada Abah tiada korang di dunia ini. Kenapa Abah tak beli baju raya? Soalan ini sebenarnya menjadi tanda tanya buat aku yang masih kecil, masih di bangku sekolah rendah. Anak ke-5 dari 5 beradik. Tanda tanya menjadi satu persoalan sekitar tahun 1993-1995. Dah berpuluh tahun tak ingat waktu yang tepat. Tetapi yang paling ingat adalah persoalan " Kenapa Abah tak beli baju raya? " Kenapa Abah tak beli baju raya Duit Belanja Sekolah Sekitar tahun 1993-1995 Seingat aku sekitar tahun 1992 sehingga 1995, duit belanja sekolah sekitar 30 sen ke 50 sen. Waktu ini air yang dijual di kantin sekolah masih ada lagi 5 sen untuk cawan kecil. Nasi lemak sekitar 10 sen dan 20 sen. Waktu ini aku

Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang

Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang Pengalaman akan mendewasakan kita. Pengalaman juga sesuatu yang sangat berharga dan tidak boleh di jual beli. Dalam hobi memancing, kena cari banyak pengalaman. Buat kali ini arzmoha.com ingin kongsikan Pengalaman Memancing Di Jambatan Pulau Pinang dimana antara tempat menarik memancing di Pulau Pinang. Anda mencari tempat paling menarik memancing? Pengalaman memancing di jambatan pulau pinang Tempat Menarik Memancing di Pulau Pinang Macam aRz katakan di atas, Jambatan Pulau Pinang merupakan antara lokasi menarik dan terbaik di Pulau Pinang buat kaki pancing. Kenapa? aRz kongsikan di bawah nanti dan teruskan membaca. Perkongsian kali ini merangkumi harga bayaran bot ke jambatan pulau pinang, umpan yang sesuai untuk memancing di jambatan pulau pinang, dan cabaran serta lain lain. Untuk pengetahuan semua, umur Jambatan Pulau Pinang adalah bersamaan umur aRz. Percaya tak? Ini kali pertama aRz jejakkan kaki ke tempat memancing

Ujian Di Bulan Ramadhan

Ujian Di Bulan Ramadhan Ujian Di Bulan Ramadhan. Sebelum berkongsi mengenai ujian di bulan Ramadhan ini nak kongsi sedikit mengenai bulan Ramadhan bulan yang penuh Rahmat. Kata Ustaz Hafifi Don baru-baru ini dalam ceramahnya di pejabat jumaat pagi baru ini. Kita kena banyak bersyukur kerana diberikan nikmat sihat dan dalam bernafas dalam bulan Ramadhan. Ada orang lagi sehari nak masuk bulan Ramadhan dah kembali ke Rahmatullah. Ada orang bersahur di dunia berbuka di alam barzakh. Jadi kesempatan yang ada gunakan waktu yang ada untuk perkara-perkara mengingati Allah. Buatlah dari sekecil kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara. Buat di waktu lapang sebelum waktu sempit atau waktu ujian di mana kita tak mampu nak berbuat baik lagi.  Ujian di Bulan Ramadhan Apa Ujian Di Bulan Ramadhan? Ujian di bulan Ramadhan atau kata lain ujian bulan puasa tahun ini lain dari yang lain. Kenapa lain? Ini nak dikongsikan dengan kawan-kawan dan pembaca blog arzmoha.com .  Teringat balik b