Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Minyak Wangi Tahan Lama 24 Jam Mont Cabana

MINYAK WANGI TAHAN LAMA 24 JAM MONT CABANA Bagaimana rasa kalau sehari tidak memakai minyak wangi? Bagi saya secara peribadi memang tidak selesa. Kalau ada yang mengenali arzmoha.com secara dekat pasti tahu samada ke tempat kerja, keluar berjalan-jalan, bersukan, solat mahupun duduk di rumah sekalipun saya akan sentiasa pakai minyak wangi. Kenapa? Sebab saya tak mahu orang di sekeliling rasa tidak selesa seandainya bau badan agak kurang menyenangkan. Minyak Wangi Tahan lama 24 jam - Mont Cabana Saya yakin anda semua juga turut rasa perkara yang sama. Saya tidak takut untuk mencuba minyak wangi yang baru dan akan kekal gunakannya kalau dah rasa selesa. Paling penting minyak wangi tersebut mesti tahan lama. Baru-baru ni saya baru dapat tahu ada wangian premium yang berkualiti dilancarkan pada Mei 2018 iaitu Mont Cabana . Menarik.. Menariknya bukan saja boleh menjadi pengguna malah menjadi wakil jualan yang mana dapat menambah pendapatan sendiri wahupun keluarga. Teruska

TIPS BELI USB CABLE TYPE-C MURAH

TIPS BELI USB CABLE TYPE-C MURAH Era ini jika kita gagal mengikuti perkembangan semasa khasnya dalam teknologi hari ini kita akan ketinggalan agak kebelakang. Saya kecilkan lagi skop perkongsian saya kepada teknologi smartphone yang hari ini mula menggunakan dual-camera. Penggunaan dual camera ini secara tidak langsung didatangkan bersama saiz kualiti gambar yang lebih cantik dan besar. Disebabkan itu telefon pintar (smartphone) ini mula menggunakan USB-C yang mana lebih menyokong permindahan data yang lebih laju dan menyokong mengecaj lebih laju. USB Cable Type C Mungkin tak sempat untuk saya kongsi sebelum ini saya dah pun tukar telefon pintar baru tetapi masih jenama sama. Cuma dilengkapi dual camera dan lebih mesra google. ( Nanti saya kongsikan smartphone baru ini ) Walaubagaimanapun bila bertukar telefon pintar baru ni, macam saya kongsikan diatas ada beberapa perubahan.  Tetapi suka atau tidak saya perlu menerima perubahan ini. Bila nak menerima perubahan saya m

APA ITU BAITI JANNATI DAN PROGRAM BAITI JANNATI DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

APA ITU BAITI JANNATI DAN PERANAN PROGRAM INI DI WILAYAH PERSEKUTUAN? Baiti Jannati | Baiti Jannati membawa maksud Rumahku Syurgaku. Bila sebut perkataan ini saya selalu kenang kembali kepada keluarga saya sendiri. Kali inisaya cuma ingin berkongsi mengenai Baiti Jannati dan sebuah program Baiti Jannati yang saya fikir sesuatu yang baik untuk masyarakat yang kurag berkemampuan. Bila sebut saya Baiti Jannati lalu, soalan pertama bermain di minda saya adalah keluarga saya sendiri. Adakah saya telah mewujudkan suasana ini dalam keluarga saya? Bagaimana boleh dikatakan suasana ini telah wujud dalam keluarga saya?  Saya teringat pesan Ustazah Norhafizah Musa dalam ucapannya di Radio Ikim fm. Manusia ini merupakan golongan yang mudah lalai yang lebih cenderung untuk melihat kepada sesuatu yang tidak diperolehi. Berbanding melihat dan mensyukuri sesuatu yang diperolehi dan yang berada di sekeliling kita. Maksudnya sifat syukur itu sesuatu yang paling utama untuk kita sent

KLINIK 1MALAYSIA | KESIHATAN KEKAYAAN SEBENAR

KLINIK 1MALAYSIA | KESIHATAN KEKAYAAN SEBENAR Kesihatan satu kekayaan sebenar. Saya setuju atau dalam bahasa mudah sihat ini satu nikmat yang tidak terkata. Tiada seorang manusia pun inginkan sakit. Walaupun dalam Islam menyatakan sakit itu penghapus dosa. Kenapa tiba-tiba cerita bab sakit? Ceritanya begini Sumber Google Semalam selepas jemput Cik Puteri dari sekolah. Cik Puteri cakap "Abah ada selsema sikit". Ingatkan cuma selsema. Bila sampai rumah jadi lain. Dia mula gatal-gatal dan menggaru sampai naik kesan-kesan bengkak kecil. Biasanya orang panggil Kelopak Garam atau bahasa rasminya orang panggil GEGATA. (lupa pula nak ambil gambar) Sumber Google Semalaman saya tak tidur sebab tolong garukan Cik Puteri. Bangun pagi ini sakit kepala. Hidup perlu diteruskan sebab nak hantar Isteri ke tempat kerja, bawa Cik Puteri ke Klinik dan masuk kerja dengan kepala sakit tak cukup tidur. Betulkan nikmat sihat itu satu kekayaan sebenar. Lebih teruk bila anak

TIPS MODAL UNTUK MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN FOOD TRUCK

TIPS MODAL UNTUK MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN FOOD TRUCK DI WILAYAH PERSEKUTUAN Setiap perniagaan tidak boleh lari dari isu utama iaitu modal. Tanpa modal yang kukuh, sesuatu pernigaan mungkin tidak mampu bertahan lama. Begitu juga sekiranya anda ingin menjadi Usahawan Food Truck di Wilayah Persekutuan. Sumber : google Arzmoha.com ingin berkongsi sedikit tips modal untuk memulakan kerjaya sebagai Usahawan Food Truck terutama di Wilayah Persekutuan. Sebelum itu Industri Food Truck sebenarnya sudah lama berada di Malaysia seperti mana dahulu peniaga menaiki lori kecil membawa ikan dan sayur-sayuran dari rumah ke rumah, taman ke taman untuk memudahkan suri rumah yang tidak dapat keluar ke pasar yang jauh dari rumah.  Saya sendiri pernah melihat keadaan ini maklumlah tinggal di kampung yang jauh dari pasar utama untuk mendapatkan bahan mentah. Hari ini Food Truck semakin diperkemaskan lagi dengan rekabentuk, lokasi serta menu makanan yang menarik dan bersih. Se