APA ITU BAITI JANNATI DAN PERANAN PROGRAM INI DI WILAYAH PERSEKUTUAN?
Baiti Jannati | Baiti Jannati membawa maksud Rumahku Syurgaku. Bila sebut perkataan ini saya selalu kenang kembali kepada keluarga saya sendiri. Kali inisaya cuma ingin berkongsi mengenai Baiti Jannati dan sebuah program Baiti Jannati yang saya fikir sesuatu yang baik untuk masyarakat yang kurag berkemampuan.
Bila sebut saya Baiti Jannati lalu, soalan pertama bermain di minda saya adalah keluarga saya sendiri. Adakah saya telah mewujudkan suasana ini dalam keluarga saya? Bagaimana boleh dikatakan suasana ini telah wujud dalam keluarga saya?
Saya teringat pesan Ustazah Norhafizah Musa dalam ucapannya di Radio Ikim fm. Manusia ini merupakan golongan yang mudah lalai yang lebih cenderung untuk melihat kepada sesuatu yang tidak diperolehi. Berbanding melihat dan mensyukuri sesuatu yang diperolehi dan yang berada di sekeliling kita.
Maksudnya sifat syukur itu sesuatu yang paling utama untuk kita sentiasa amalkan. Syukur yang pertama adalah nikmat iman dan islam serta hidayah yang Allah berikan pada kita. Kemudian pandang ke dalam keluarga kita, iaitu isteri dan anak-anak sesuatu anugerah yang terindah.
Untuk mendidik rasa syukur dalam diri, maka kita dianjurkan untuk melihat kepada orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kadangkala dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat ataupun umur dan semakin lanjut tetapi masih belum bertemu jodoh.
Jika ini yang cara kita melihat nescaya kita akan menjadi orang yang bersyukur dikurniakan isteri dan anak-anak. Begitu juga dalam sudut lain seperti tempat tinggal, kenderaan, pekerjaan dan lain-lain. Dengan cara ini kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi hari ini.
Bila kita mula melihat dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi maka kita akan mula menghargainya serta menyebarkan rasa kasih sayang dalam keluarga. Dengan ini akan muncullah kebahagian yang dinamakan Baiti Jannati.
PROGRAM BAITI JANNATI DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Macam saya kongsikan di atas, Baiti Jannati sudah tentu diidamkan oleh semua orang samada yang kaya mahupun kurang berkemampuan. Malaysia sebuah negara yang aman dan damai dan terkenal dengan penduduknya yang begitu prihatin dan baik. Atas keprihatinan inilah wujudkan program Baiti Jannati di Wilayah Persekutuan.
Baiti Jannati di Wilayah Persekutuan ini merupakan program dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dalam program ini beberapa agensi turut terlibat seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Wilayah Persekutuan, Celcom, Tenaga Nasional Berhad, Pavillion dan lain lain agensi.
Program ini untuk membantu golongan sasar seperti golongan asnaf termasuk ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di wilayah persekutuan untuk memiliki dan mendiami rumah yang selesa. Maksudnya seluruh wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya terlibat dengan program ini.
Bila lihat program ini yang berjalan di Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam DBKL dimana ada diantaranya sumbangan dari agensi terbabit digunakan untuk membaiki dan melengkapi rumah dengan perabot dan kelengkapan elektrik.
Sumber Bernama |
Ada juga diantaranya digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman dan secara tidak langsung membuatkan golongan sasar memiliki rumah sendiri. Program seperti ini setidaknya menggembirakan golongan yang terlibat.
Macam gambar diatas antara contoh yang dikongsi oleh Bernama dalam program Baiti Jannati yang gembira melihat rumah yang di baiki dengan cantik dan dilengkapi perabot serta kelengkapan elektrik.
Seronoknya bila rumah sendiri cantik dan kemas. Maka selepas ini sudah boleh di fokuskan pula pada pembinaan atau memperbaiki keluarga dalam menjadikan Rumahku Syurgaku. Ini kerana anak-anak akan menjadikan ibubapa sebagai contoh ikutan.
Pernah sekali waktu malam saya ke bank untuk mengeluarkan wang, terlihat seorang ibu yang masih duduk di hadapan bank dan anak kecil masih di atas riba sedang tidur. Di hadapannya ada sebuah bekas untuk diisi wang untuk membantu mereka menyara kehidupan. Cepat-cepat imaginasi saya terfikir tentang Cik Puteri. Betapa bersyukurnya masih ada tempat menumpang berteduh dari hujan dan panas.
Program Baiti Jannati yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan sesuatu program yang baik dalam membantu golongan sasar atau tidak berkemampuan memiliki rumah yang lebih selesa dan dapat memfokuskan dalam pembinaan keluarga bahagia yang di sebut Baiti Jannati.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi kebaikan buat semua untuk melihat dan mensyukuri apa yang kita peroleh hari ini. Dengan perasaan syukur yang hadir ini membuatkan kita menghargai keluarga kita secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang sihat dalam negara.
Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Berkurang golongan gelandangan di Kl ni.. Dorang pun berhak hidup selesa
ReplyDeleteprogram yg bagus dan harap diteruskan...
ReplyDeleteBaru tau ada program macam ni...bagus sgt
ReplyDeletebagus inisiatif ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, tapi ciktie tak pernah tahu pun pasal program ini sebelum ni
ReplyDeleteSebelum ni,tak pernah tau pasal program ni..bagus kalau dipertingkatkan lagi program macam ni
ReplyDeleteSemoga program ne d teruakan
ReplyDelete