Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

TERBARU Astro Preview Percuma 48 jam

Cara Terbaru Dapatkan Astro Preview (prebiu) Percuma 48 jam Cara Terbaru dapatkan Astro Preview Percuma 48 jam | Kalau sebelum ini aRz ada kongsikan pada semua Cara langgan prebiu Astro percuma 48 jam . Setiap pelanggan astro boleh memohon preview ini setiap 6 bulan untuk setiap pek atau pakej di channel 200. Kalau anda perasan channel 200 dah pun dinaiktaraf tetapi masih boleh melanggan preview astro percuma. Siapa yang tak mahu menonton dengan percuma kan? Dapat santai bersama keluarga di rumah layan filem dan sebagainya. Cara Untuk Langgan Astro Preview Percuma Sebenarnya cara langgan astro preview ini adalah sama dengan sebelum ini. Cumanya selepas channel ini di naiktaraf ianya agak mengelirukan sedikit untuk mendapatkan preview percuma. Kebetulan Sabtu Ahad lepas ada masa lepak depan televisyen rupanya senang saja nak dapatkan Astro Preview Percuma 48 jam ini. Langkah pertama : masuk ke channel 200 dan pilih 'purchase' langkah 1 paparan pertama Langk

Feri Pulau Pinang Yang Terakhir

Jadual Perkhidmatan dan Tambang Feri Pulau Pinang Feri Pulau Pinang Yang Terakhir | Mungkin kepada mereka yang pertama kali bakal mengunjungi Pulau Pinang dan teringin untuk merasai pengalaman pertama menaiki Feri Pulau Pinang, ini adalah bacaan yang sesuai sangat. Antara yang akan dikongsikan kali ini adalah jadual perkhidmatan dan tambang feri pulau pinang. aRzMoHa  | Jadual Perkhidmatan & Tambang Feri Pulau Pinang Baru-baru ini ke Design Village Penang  (DVP) salah satu tempat shopping terbaru yang terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan. Balik dari DVP melalui jambatan pertama, tiba-tiba teringat terlupa bawa kad touch 'n' go. Memandangkan Jambatan Pulau Pinang telah pun melaksanakan Tol Elektronik Sepenuhnya , jadi tiada lagi tol tunai.  Terus berpatah balik menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Saat-saat cemas kerana jam menunjukkan menghampiri jam 12 tengah malam. Bukannya apa cuma risau feri terakhir dah pun terlepas. Perkhidmatan Feri Pulau Pi

Tidak Semua Kemahuan Keinginan Perlu Dituruti

Tidak Semua Kemahuan Keinginan Anak Dapat Dan Perlu Dituruti Bila sudah bergelar ibubapa sudah pasti kita dapat merasai saat ini dimana tidak semua kemahuan atau keinginan anak kita dapat dan perlu dituruti. Perkara ini juga sebenarnya sudah kita rasa ketika kita masih kecil dimana ibubapa kita sudah pun mendidik kita. Anak-anak di dalam alam kanak-kanak ini mempunyai 1001 keinginan dan kemahuan. Tetapi tidak semua perlu dan dapat dituruti. Kenapa? Cik Puteri menangis saat kemahuan tidak dapat dituruti Kalau ada yang mengikuti aRz di Instagram atau pun facebook mungkin ada yang perasan mengenai gambar di atas. Sebenarnya baru sahaja menjemput Cik Puteri dari tadika pra-sekolah. Bila sampai saja di kereta tiba-tiba menangis bersungguh-sungguh. Bila tanya kenapa menangis? Dia jawab "kenapa abah tak bawa moto (motosikal) ?" Sebenarnya memang kebiasaannya menjemput Cik Puteri dari tadika menaiki kereta. Pernahlah sehari, aRz naik motosikal itupun sebab terlupa. Se

6 Bantal Nampak Pelik Tetapi "Cool"

6 Bantal Nampak Pelik Tetapi "Cool" 6 Bantal ini memang nampak pelik dan jarang kita lihat dimana-mana tempat tetapi memang " cool ". Teknologi yang serba canggih hari ini membolehkan produk dicipta supaya dapat memenuhi permintaan pengguna. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Cumanya di Malaysia masih belum kelihatan bantal yang nampak pelik tetapi cool sangat. Jom lihat 6 Bantal Pelik tersebut Rock pillow Bantal berbentuk batu ( rock pillow )  Rock Pillow atau bantal berupa batu. Memang agak menyeramkan bila lihat kanak-kanak di bawah bantal ini. Seakan ditimpa batu. Tetapi bantal ini dapat menghiaskan ruang yang kosong atau sudut tertentu. Seperti sudut bacaan untuk membuatkan lebih santai dan menarik minat anak-anak untuk membaca. Ada sesetengah orang lebih suka membaca dalam keadaan sampai. Atau diletakkan di ruang tamu dan sebagainya. Malangnya tidak pasti samada ada di Malaysia ataupun tidak. Rock Pillow kredit rockpillow.com Bantal P

Mungkin Tidak Disukai Tetapi Jangan Sampai Dibenci

Mungkin Kita Tidak Disukai Tetapi Jangan Sampai Dibenci Kita mungkin tidak disukai, tetapi jangan sampai dibenci | Hari berganti minggu. minggu berganti bulan. bulan berganti tahun. Setiap detik kita akan bertemu dengan bermacam-macam jenis manusia. Tidak kira di rumah, di asrama, di kampus atau di tempat kerja. Bermacam ragam bermacam perangai. Mungkin tidak disukai tetapi jangan sampai dibenci Yang baik kita jadikan teladan yang sebaliknya kita buang jauh-jauh. Mungkin ada diantara kita berhadapan dengan situasi dimana kita cuba berlaku baik pada semua orang tetapi tetap menjadi salah di mata orang lain.Kadang-kadang bermain di fikiran jahat sangatkah aku ? Situasi ini adakalanya membuatkan seseorang itu menjadi lemah dan kecewa. Buntu? Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kita Tidak Sempurna Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Jika apa yang kita lakukan tetap kelihatan buruk walaupun kita sebenarnya melakukan perkara yang betul percayalah ianya adalah ujian

Terlioq Pasta and Sandwich | Gerai Makanan Pasta dan Sandwich Menarik Di Pulau Pinang

Terlioq Pasta and Sandwich | Gerai Makanan Pasta dan Sandwich Yang Menarik di Pulau Pinang Tidak kira pagi petang atau malam ramai akan tercari-cari tempat makanan yang 'best' menarik dan sedap samada di pulau pinang atau negeri lain. Sekadar berkongsi dengan pembaca blog arzmoha.com  tentang keunikan menu yang ada di Terlioq Pasta and Sandwich atau lebih popular dengan #terlioqBaqHg. Sudah tentu gerai Terlioq ini menyediakan Pasta dan Sandwich serta menu lain. Terlioq Pasta and Sandwiches | Kompleks Penjaja Desiran Tanjung Apa Yang Menarik dan Best Di Terlioq Pasta and Sandwiches? Bila cerita pada kawan atau keluarga kedai makan Terlioq Pasta and Sandwiches ni best dan menarik di tambah dengan menu yang sedap selalunya akan ditanya semula.  Apa Yang 'Best' dan Menarik? Khasnya buat mereka yang meminati 'western food' atau makanan selain daripada nasi. Terlioq Pasta and Sandwiches adalah bakal menjadi tempat makan menarik yang akan sentiasa

Kolam Renang Terbesar Di Dunia di San Alfonso Del Mar

Kolam Renang Terbesar Di Dunia Terletak di San Alfonso Del Mar Kolam renang terbesar di dunia dicatatkan di dalam Guinness Book of  Records terletak di San Alfonso Del Mar Chile. Kolam renang kedua terbesar pula adalah The Orthlieb terletak di morocco. Sekali pandang kolam renang ini kelihatan seperti lautan. Pembinaan yang mengambil masa lebih kurang 5 tahun dengan kos $1 billion. Kos menyelenggara tahunan mencecah hampir $2 juta. Kolam renang terbesar di dunia Berapa saiz kolam renang terbesar di dunia ini? Saiz kolam renang terbesar di dunia yang terletak di San Alfonso Del Mar Resort ini 1013 meter panjang dan kedalam kolam ini mencecah 3.5 meter. Kolam renang ini juga di panggil "man-made saltwater lagoon" berjaya menarik ramai pengunjung walaupun sudah dibuka sejak 2008. Dah lama pun sebenarnya kolam renang ini disiapkan. The Man-made Saltwater lagoon San Alfonso Del Mar Kolam renang terbesar di dunia Kolam renang terbesar di dunia ini ju

Wordless Wednesday #55 | Kerapu

Wordless Wednesday | Kerapu Kerapu | Hasil memancing sabtu lepas.

Tingkatkan Kualiti Tidur Tanpa Berdengkur Dengan Citrex Asonor

Tingkatkan Kualiti Tidur Tanpa Berdengkur Dengan Citrex Asonor Berdengkur satu gangguan tidur. Ianya memberi gangguan kepada kualiti tidur diri sendiri atau pasangan. Rata-rata kita merasakan berdengkur itu perkara biasa. Lebih tidur dengkuran kita mengganggu pasangan kita sedang kita tidak mengetahui perkara tersebut. Adakah cara mencegah dengkuran dan adakah bahaya dengkuran sehingga mengganggu seseorang dari mendapatkan tidur yang berkualiti? Gangguan tidur | Tingkatkan kualiti tidur tanpa dengkuran Tidur yang berkualiti tidak perlu terlalu lama cukup sekadar 6 jam bergantung kepada keperluan seseorang. Tidur adalah terapi kepada tubuh dan mental serta memberikan kesan kepada kesihatan. Gangguan tidur boleh memberi kesan buruk pada prestasi di siang hari. Badan merasa letih, gagal memberikan tumpuan, tidak bermaya dan kurang bersemangat. Bagaimana jika anda seorang yang bekerjaya? Tidakkah ianya memberikan kesan buruk? Lebih bahaya jika menggangu prestasi tidur sehi