Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

CABARAN KONTROL MACHO PEDAS GILER

CABARAN KONTROL MACHO PEDAS GILER Baru-baru ini aRz dan juga anak sedara yang sulung sempat juga buat Cabaran Kontrol Macho. Cabaran ini sekadar suka-suka untuk pastikan siapa yang mampu tahan 'pedas giler'. Lagipun ramai yang dah buat, jadi anak sedara ajak buat bersama. Sama juga kalau ada tempat makan best yang baru, dia mesti masukkan dalam Whatsapp Group Family untuk sama-sama mencuba.  Saya sahut cabaran kontrol macho Untuk #CabaranKontrolMacho ada beberapa syarat. Kalau tak ada syarat macam tak berapa lengkaplah sesebuah cabaran. Syarat-syaratnya adalah : - 1. Tidak boleh minum air, minum air dikira kalah. 2. Kena tahan macho, tak boleh sebut pedas atau menunjukkan reaksi pedas, jika tidak juga dikira kalah. 3. Mestilah menggunakan perisa Pedas Giler Tomyam atau Pedas Giler Ayam Bakar Jika ada yang belum tengok viceo cabaran kontrol macho aRz yang dimuatnaik di Instagram mahupun Facebook boleh juga menonton dibawah ini. Boleh lihat aRz macho

SABTU YANG CERIA BERJAYA CECAH 42K VIEW DENGAN HANYA SATU GAMBAR?

SABTU YANG CERIA ? Sabtu yang ceria . Fuh lama sangat ditinggalkan artikel mengenai ini. Kalau ada yang pernah mengikuti sejak awal arzmoha.com boleh dikatakan setiap hari sabtu memang akan ada artikel ini. Tiada apa yang istimewa cuma sekadar berkongsi gambar ceria di hari sabtu.  Sabtu Yang Ceria | Selfie dengan spiderman  Sabtu baru ini, cuti panjang sempena Raya Haji tak kemana-mana jadi aRz bawa Cik Puteri jalan-jalan ke suatu tempat berdekatan. Ke mana? Nantilah aRz kongsi lepas artikel ini. Haha Banyak juga aktiviti yang boleh dibuat disini. Jangan risau aRz kongsikan semuanya. Wefie dengan Albert Einstein Walaupun hanya artikel yang mempunyai sekeping gambar, ada satu artikel Sabtu Yang Ceria ini mencecah 42k view ianya artikel Sabtu Yang Ceria Kerja Kerja Kerja . Mudah-mudahan artikel ini dapat diteruskan secara konsisten. Biasanya apa aktiviti anda semua di hari sabtu pula? Kongsikan di ruang komen. Jumpa Lagi

CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT KETIKA BERSUKAN

CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT KETIKA BERSUKAN SAKIT LUTUT | Tiba-tiba cakap mengenai sakit lutut. Biasalah umur semakin meningkat,ditambah pula sekarang ini dah kurang bersukan terutama main badminton. Tahun ini saja boleh kira berapa kali main dalam sebulan. Bukannya malas tetapi waktu agak kurang mengizinkan. Semakin anak membesar semakin banyak komitmen perlu diberikan. Inilah pengorbanan ibubapa pada anak-anak. Badminton sukan yang memerlukan kekuatan pada bahagian lutut Bulan lepas kawan-kawan sepejabat ajak bermain badminton, tiba-tiba mula rasa semangat nak main. Punya bersemangat sampai lupa yang dah lama tak bersukan. Sepatutnya kena perlahan-lahan, panaskan badan dahulu bukan main redah saja. Esok paginya mula sakit badan dan lutut. Lebih lemah bila kita dalam sakit lutut kawan-kawan dah ajak main lagi. Orang yang dah minat sesuatu memang susah nak tinggal. Tapi sakit lutut belum pulih sepenuhnya. Bila dah sakit mulalah cari penyebab mengenai sakit lutut dan cara hil

CARA PERIKSA TAWARAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2019

CARA PERIKSA TAWARAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2019 Sudahkah ibubapa yang mempunyai anak lahir pada tahun 2012 membuat semakan tawaran penempatan kanak-kanak ke tahun 1 untuk SESI PERSEKOLAHAN 2019? Mujur ada kawan yang ingatkan sebab anak kami sama umur. Isteri pun ingatkan supaya periksa penempatan tahun 1 sesi 2019. Kenapa rasa macam kurang teruja macam orang lain? Rasa macam baru semalam Cik Puteri dilahirkan, belajar berjalan, makan, mandi, ke sekolah. Tahun depan bakal bermula fasa baru dalam hidup Cik Puteri. Huhuhu...rasa macam tulis diari pulak. Cara periksa penempatan ke Tahun 1 2019 Kenapa rasa macam berdebar saja. Fikir positif semoga Allah permudahkan segala urusan Cik Puteri ke fasa baru. Dia tak ada masalah nak ke sekolah, memang sangat teruja terutama bila jumpa kawan. Harap dia pandai cari kawan. Cerita abah ke sekolah dah habis, kini cerita dia dalam menempuhi dunia baru.  Macam mana nak periksa penempatan ke Tahun 1 Se

TEMPAH CINCIN ATAU PASANG SIAP?

TEMPAH CINCIN ATAU PASANG SIAP DI LORONG KULIT Pemakaian cincin bagi kalangan wanita itu adalah perkara biasa. Bagi lelaki pula, pemakaian cincin ini boleh dikatakan tidak semua mengamalkannya. Ada yang selesa memakainya ada pula sebaliknya. aRz pula sejak dari sekolah menengah sudah memakai cincin. Bermula dari cincin perak (silver) dan kemudian bertukar ke cincin batu. Cincin batu pula ada yang di tempah ada juga boleh pasang siap. Saja nak kongsi mengenai cincin baru aRz. Lorong kulit | ada juga batu lain yang dijual CINCIN BATU Cincin batu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada bermacam jenis batu, asli dan tidak asli serta kayu yang boleh dijadikan sebagai batu perhiasan pada cincin tersebut. Ada juga yang memilih warna batu untuk disesuaikan warna kegemaran tersendiri. aRz pernah pakai cincin? ya pernah pakai bermula dari cincin silver yang mudah dibeli di kompleks-kompleks membeli belah suatu ketika dahulu. Lepas beberapa tahun, arwah mak ajak buat cincin