Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID

GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID Giveaway The Baby Store dimana kedai online yang menyediakan pelbagai jenis barangan bayi bersama Diana Rashid sedang berlangsung 10 pemenang sedang dicari. Hadiah menarik menanti para pemenang. Giveaway The Baby Store bersama Diana Rashid Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari DianaRashid dan The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini dan juga penaja sampingan yang lain. Info Mengenai The Baby Store - Penaja Utama Sebuah Kedai Bayi Online yang menjual barangan kelengkapan dari ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, bayi dan kanak-kanak. Pelbagai jenama ternama ada dijual di online shop ini seperti Tommee Tippee , Philips Avent, Quinny Baby Stroller , Halford Baby Stroller, Aldo, Hauck Baby Stroller, Umma Lacto, Ummie Milky Rich , Mamom, EveLove Breastpump , ScratchMeNot, Susu Kambing Wildan, Sparco Car Seat, Bab

Wordless Wednesday #46 | Nampak Baru

Wordless Wednesday | Lampu Kereta Nampak Baru Nampak baru tak? Wordless Wednesday | Kilatkan lampu yang pudar BACA SINI >>>> Cara Kilatkan Lampu Kereta Yang Pudar Tanpa Belanja Besar

Wordless Wednesday #45 | Kejayaan dan Kegagalan

Kejayaan dan Kegagalan Saling Menemani Wordless Wednesday | Kejayaan dan kegagalan arzmoha | Ban Pecah, Tanjung Piandang

Ada Bear Di Sebalik KitKat

Teddy Bear Dengan Setiap KitKat 15 Packs Sharebag Teddy Bear dari KitKat? Ya dengan setiap pembelian KitKat 15 packs sharebag. Cumanya ianya adalah terhad selagi stok masih ada. Teddy Bear ini didatangkan 3 warna. Pasti penggemar dan penumpul teddy bear tercari-cari untuk melengkapkan koleksi. Ketika anda sedang membaca entri ini aRz yakin stok KitKat ini kemungkinan tiada stok. Maksudnya dah habis . Kitkat 15 packs dan teddy bear KitKat 15 packs Teddy Bear KitKat Teddy Bear dengan pembelian KitKat 15packs. Alang-alang aRz pernah kongsi mengenai KitKat Green Tea , Aiskrim KitKat Green Tea , KitKat Rubies kongsi juga KitKat dengan Teddy Bear yang comel ni. aRz pun cuma nasib baik dapat juga satu. Teddy Bear untuk Cik Puteri, KitKat untuk abah hehe....eh macam mana dengan pembaca blog aRz? Dapat tak? #MYbreak Jumpa Lagi. aRz MoHa Personal Lifestyle, Parenting and Photography, azrilmohdhaniffa@gmail.com

Doorgift atau Cenderahati Di Majlis Perkahwinan

Doorgift Cenderahati Di Majlis Perkahwinan Asal cuti sekolah pasti ada jemputan ke majlis perkahwinan sanak saudara, kawan-kawan atau kenalan. Bila ke majlis perkahwinan kebiasaannya adalah untuk mengeratkan ikatan siratulrahim antara sanak saudara dengan bertanya khabar serta bergambar kenang-kenangan. Antara yang menjadi tarikan ketika majlis perkahwinan adalah Pengantin, lauk kenduri, cenderahati (doorgift) serta soalan yang tidak disangka-sangka . *lupakan dulu bab soalan :p Cenderahati/doorgift musim kenduri Dari dahulu hingga sekarang cenderahati atau doorgift ketika majlis perkahwinan telah mengalamani revolusi. Betul tak? Dari bunga telur ke coklat sampailah ke hari ini macam-macam kita boleh tengok. Memandangkan hari ini telah pun berakhir cuti dan cuti sekolah pun bakal berakhir beberapa hari lagi aRz ingin kongsikan sedikit apa yang aRz dapat ketika menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ini. Cenderahati (doorgift) Tuala Cupcake Tuala bentuk cupcake. Tuala a

Kemalangan Bas SP Bumi Treler Di Jeli Kelantan Pemandu Bas Positif Dadah

Kemalangan Bas SP Bumi dan Treler di Jeli Kelantan Kemalangan diantara bas SP Bumi dan treler di Jeli Kelantan menurut berita dari astro awani  menyebabkan 4 orang meninggal dunia dan lainnya cedera. Kemalangan yang berlaku di kilometer 184, Batu 14 Jalan Jeli-Gerik dimana Bas SP Bumi dari Taiping-Kuala Terengganu hilang kawalan dan bergesel dengan treler. Walaubagaimanapun menurut Berita Harian pemandu bas positif dadah methamphetamine.  kredit Takziah kepada keluarga mangsa Innalillahiwainnailaihiraajiun. Takziah kepada keluarga 4 mangsa yang meninggal dunia dan semoga mangsa yang lain semoga cepat sembuh. Mangsa yang meninggal adalah Hasiah Osman 57, dan anaknya Mohamad Amir Abdul Rahim 16, Nur Afiqah Alimi Mohd Ramli 19, dan Mohd Syafiq Azrol Azni 25. Seorang dari mangsa ini merupakan iaitu Nur Afiqah adalah anak kenalan kakak ipar aRz dan juga merupakan cucu kepada kenalan bapa mertua aRz.  Jenazah Nur Afiqah akan dikebumikan di sebelah pusara ayahnya di Tanah Pe

Awesome Food | Roti Bakar Kacang Phool Pulau Pinang Sempoiii

Kacang Phool | Makanan Menarik Di Pulau Pinang Sekali lagi ini membawakan khas buat pembaca blog mengenai tempat makan menarik di Penang. Roti bakar mempunyai peminat yang tersendiri yang menjadikannya sarapan pagi. Ada yang menikmati hidangan ini dengan membakarnya, ada juga yang dimakan bersama telur setengah masak dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun ada satu lagi cara menikmati roti bakar dengan sedikit kelainan yang sudahpun menjadi viral hidangan yang berasal dari Johor iaitu Kacang Phool. Hidangan ini juga dikatakan berasal dari Timur Tengah. Jom baca selanjutnya. Kuah Kacang Phool Roti Bakar Kacang Phool Pulau Pinang Roti bakar kacang phool yang aRz nikmati ini bukanlah di negeri Johor tetapi di Pulau Pinang. Dimana sebuah gerai menyediakannya dan membuatkan aRz rasa tertarik untuk mencubanya. Satu hidangan yang mengeyangkan jika dimakan di waktu pagi mahupun tengahari. Tetapi kalau perut yang selalu diisi dengan nasi kandar..ermmm mungkin kena order dua set he

Awesome Food Terengganu | Akok Sedap

Akok Sedap Kuala Terengganu Jika berkunjung ke Pantai Timur pastinya kita mencari akok sedap untuk dicuba. Akok atau kuih akok. Makanan tradisional di pantai timur. Mudah di dapati di Kelantan dan Terengganu tetapi di Pahang aRz tidak pasti mudah atau tidak. Pertama kali rasa akok adalah ketika bercuti ke kelantan iaitu di Wakaf Che Yeh. Kemudian berkahwin pula dengan orang Terengganu. Semasa bertunang, antara hantaran ketika itu adalah kuih akok, yang mana adalah kuih akok yang aRz akan ceritakan ini. (mengenang kisah lalu pula) . aRz ada ceritakan sebelum ini nak kongsikan makanan di Kuala Terengganu yang aRz biasa singgah seperti di entri Mengembara Jauh Hanya Kerana Makanan Kegemaran Kuih akok ini, kalau ikut kata ipar duai "akok telur". Tapi aRz panggil akok ja. Sejak dari bertunang hingga sekarang memang beli di tempat ini saja. Sebelum ini ada juga mencuba di tempat lain, tapi yang ini paling terbaik. Kelembutannya, rasanya, memang tak puas. Setiap kali sampa

Awesome Food | Cendol Sedap Bukit Jambul, Pulau Pinang

Cendol Melayu Famous Di Penang Bila sampai di Penang nak tahu kat mana tempat makan menarik. Jadi aRz kongsikan Cendol melayu yang sedap dan famous terletak di Bukit Jambul Pulau Pinang. Cendol sedap pastinya akan menjadi kunjungan ramai orang. Bagi yang mencari cendol sedap di pulau pinang baca selanjutnya. Cendol @ Cendol Pulut Bukit Jambul, Pulau Pinang. Pulau Pinang boleh dikatakan atau memang ada yang mengatakan sebagai syurga makanan. Itu bermaksud banyak jenis makanan yang boleh didapati di sini. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua gerai kecil yang menjual Cendol dan cendol pulut yang sangat sedap (sempoi orang pulau pinang kata). Jadi saya nak kongsi bersama anda semua lokasi dimana gerai tersebut, supaya anda semua dapat juga menikmati Cendol yang saya maksudkan ini. Insyaallah kalau boleh mana-mana lagi kedai yang menyediakan makanan yang sedap atau awesome food saya akan kongsikan untuk anda semua. Tetapi, gerai ini bukan menjual cendol saha

Awesome Food | Nasi Minyak Nasi Tomato Tarzan, Nusantara

Nasi Tomato Tarzan Nusantara Sungai Pinang Penang Pulau Pinang memang terkenal dengna nasi kandar dan nasi tomato. Banyak tempat makan menarik di Pulau Pinang. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Nasi Tomato Tarzan Nusantara. Jom baca selanjutnya. Nasi tomato Tarzan, Sungai Pinang, Pulau Pinang Sebenarnya gerai ni bukan dimiliki oleh tarzan. Panjang ceritanya mengenai nama tarzan ni. Dari keratan akhbar yang ditampal di gerai ini sebelum ini ada cerita serba sedikit mengenai Mat Tarzan yang pada suatu masa mungkin tahun 80-an adalah orang kuat di Pulau Pinang. Gerai inilah adalah milik mat tarzan. Tapi bukan sekarang. Sekarang saya sendiri tak pasti gerai ini milik siapa.  Gerai ini ada banyak nama sebenarnya. Ada yang memanggil dengan nama lain. Ada yang panggil nama nasi minyak EON memandangkan berdekatan dengan Pusat Servis EON Tapi saya dan kawan-kawan panggil Nasi Tarzan. Lokasi Gerai, Jalan Makloom dan Jalan Che Rose, Sungai Pinang Gerai Nasi Min

Puisi Di Dalam Filem Ketika Tuhan Jatuh Cinta

Puisi Filem Ketika Tuhan Jatuh Cinta Filem atau movie Indonesia Ketika Tuhan Jatuh Cinta. Ianya sebuah filem adaptasi dari novel sepertimana drama-drama melayu di Malaysia ketika ini. Sekadar ingin berkongsi puisi yang terdapat dalam filem ini. Tapi sebelum itu...macam mana boleh minat dengan filem indonesia ni? Macam aRz pernah kongsikan sebelum ini dua filem yang tiba-tiba membuatkan aRz menjadi minat iaitu Laskar Pelangi dan juga Sang Pemimpi kemudiannya Sang Kiai. Mungkin juga pengaruh dari lagu OST filem ini diambil dari lagu NIDJI. Begitu juga filem ini menggunakan lagu dari kumpulan muzik indonesia NIDJI. Filem Indonesia | Ketika tuhan jatuh cinta Puisi Di Dalam Filem Ketika Tuhan Jatuh Cinta Puisi yang diberikan oleh Fikri kepada Leni Langit masih biru sejak pertama kali diciptakan sampai sekarang, Embun pun masih bening dan sejuk setiap kali hadir di dedaunan yang selalu merinduinya tanpa henti, Namamu pun rupanya tak mau kalah,  Masih tetap tersimpan d

MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP

Mini Giveaway - Saya Nak Topup Sebuah Mini Giveaway dianjurkan oleh Cik Akak sehingga 25 Disember 2015. Jom sama-sama memeriahkan lagi mini GA ini mana tahu rezeki anda. aRz juga mengambil kesempatan untuk sama-sama turut serta dalam Giveaway ini untuk mengisi kekosongan entri buat ketika ini. Semoga berjaya klik banner - join Syarat-syaratnya :- Follow blog  AQMA JAMIL MIX ANIQ BUKHARY SYAZA NANIE CIK EN SYUHADA ABAM KIE AQILAH NICK QIYA SAAD ARZ MOHA WAWA EIRA ETUZA CIK AKAK Buat entri bertajuk "MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP" Copy coding  yang disediakan &  paste kan  dalam ruangan  HTML Tinggalkan URL entri  anda ke dalam ruangan komen entri  ini  Giveaway berlangsung  18.12.2015 - 25.12.2015 Giveaway  tamat 25.12.2015 jam 11.59 malam Pemenang dinilai melalui  RANDOM.ORG Rujuk Entri - Kak Mialiana