Cara Memohon Kad Diskaun KTMB i-card (student) Bagi Perkhidmatan KTM Intercity & KTM Komuter
Sebagai pelajar mahupun ibubapa/penjaga kepada pelajar pastinya rasa juga sedikit kesan apabila harga tiket komuter naik baru-baru ini. Walaubagaimanapun pada 7 Disember 2015, pihak KTMB telah memperluaskan penggunaan kad konsesinya untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Dimana para pelajar yang menggunakan perkhidmatan komuter boleh memohon Kad Diskaun KTM i-card student untuk melayakkan mendapat diskaun atau konsesi perjalanan dengan mempamerkan kad ini di kaunter tiket Komuter Lembah Klang sebelum membuat pembelian tiket. Bagaimana cara untuk memohon Kad diskaun KTM i-card student?
![]() |
Kad Diskaun i-card student |
Kelebihan KTM i-Card Student
KTM i-Card Student mempunyai kelebihan tertentu. Sudah pasti anda perlu mengetahuinya. Antara kelebihan kad ini adalah mendapat konsesi perjalanan seperti jadual dibawah.
![]() |
Jadual diskaun kad KTM i-Card Student |
- Pelajar layak mendapat diskaun atau konsesi perjalanan dari harga tambang dewasa iaitu 50% bagi perkhidmatan Komuter Lembah Klang dan 40% untuk perkhidmatan Intercity dan ETS.
- Layak untuk semua jenis KOC
Cara Memohon Kad KTM i-card Student
Cara memohon Kad KTM i-Card Student adalah :
- Lengkapkan Borang Permohonan Muka 1 dan Borang Permohonan Muka 2 dan juga isi Borang Pengesahan Pelajar ( klik untuk download borang dan surat pengesahan pelajar)
- Setiap permohonan KTM i-Card Student dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 31.80 (termasuk GST) dan simpan resit untuk tujuan rujukan dan bukti pembayaran.
- Hantarkan borang anda ke Pusat Penerimaan Borang KTMB i-card student seperti jadual di bawah.
klik untuk besarkan |
Setiap permohonan yang kengkap akan diproses dan kad yang telah siap diproses akan dihantar stesen mengikut pilihan pemohon dan makluman mengenai status kad tersebut akan dimaklumkan melalui telefon dan email.
Pemohon boleh mendapatkan Kad KTM i-Card serta merta sekiranya permohonan dibuat di kaunter KTMB KL Sentral sahaja.
Syarat dan Terma Kad KTM i-Card Student
- Pelajar sekolah, kolej atau universiti di Malaysia
- Sertakan bersama surat pengesahan dari sekolah, kolej atau universiti.
- Tempoh penggunaan adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.
- Tarikh perjalanan tidak melebihi 30 hari dari tarikh pembelian tiket.
- KTM i-Card mesti ditunjukkan sebelum mendapatkan harga konsesi atau diskaun
- Tiada kuota khas untuk tiket konsesi.
- Bayaran tiket adalah secara tunai
- Tiket konsesi tidak boleh dipindah milik.
Info dari www.ktmintercity.com.my dan anda boleh membaca sendiri pengalaman seseorang yang membuat permohonan KTM i-Card Student DISINI
CARA MEMOHON DAN MEMPERBAHARUI (RENEW) KTM i-Card
Mulai Mei 2016 semua permohonan KTM I-Card adalah secara atas talian (online).
>>>> Cara Memohon & Memperbaharui (renew) KTM i-card secara ONLINE <<<
CARA MEMOHON DAN MEMPERBAHARUI (RENEW) KTM i-Card
Mulai Mei 2016 semua permohonan KTM I-Card adalah secara atas talian (online).
>>>> Cara Memohon & Memperbaharui (renew) KTM i-card secara ONLINE <<<
Bagi pelajar bukan berada di kawasan lembah klang boleh juga memohon bagi mendapatkan harga konsesi atau diskaun untuk kegunaaan ETS dimana dapat digunakan ketika pulang ke kampung halaman. Gunakan kelebihan anda sebagai pelajar sebaiknya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua.
Jumpa Lagi
Nasib baik kakak bukan pengguna tapi terkesan juga bila melihat ramai yg terlibat. Anak kakak belajar di T'ganu balik pun naik bas/flight jadi tak terlibat dgn ini. Kalau belajar di KL boleh juga apply.
ps: sebenarnya kakak tak pernah lagi naik keretapi tau - jgn ketawakan kakak. Kalau naik LRT di S'pore adalah:)