Tiramisu Premium Desserts KFC
Tiramisu by Solo Italia merupakan antara Premium desserts yang disediakan di KFC Malaysia. Macam mana boleh cerita pasal tiramisu ni? Ok sebenarnya masa Puan Isteri dan Cik Puteri tunggu aRz solat selepas membeli belah barang keperluan dapur. Mungkin Cik Puteri ada minta sesuatu, Jadi Puan Isteri bawa ke KFC dan belikan Tiramisu. Bak kata orang "Like Abah Like Anak Perempuan" :p
![]() |
Tiramisu KFC Premium Desserts |
Peminat Kek
Memang tidak dinafikan, aRz memang seorang yang gemar makan kek, coklat dan kuih yang lembut macam tepung talam, bengkang, puding dan lain-lain. Kek kalau ada dekat dalam peti ais memang akan "clean and clear". Mungkin disebabkan aRz minat kek, maka turun pula pada Cik Puteri. Berbalik pada cerita kat atas tadi, alang-alang tunggu aRz solat Puan Isteri belikan Tiramisu di KFC buat Cik Puteri. Tak sangka sampai habis dia makan, Puan Isteri pun tak dapat rasa. Tiramisu ni termasuk dalam golongan kek ka? Sapa leh jawabkan? Muahaha (ayat cover)
![]() |
Lapisan Dalam |
![]() |
Zoom Lagi |
Harga Tiramisu Premium Desserts by KFC
Harga biasa Tiramisu yang dijual di KFC adalah RM 4.80 sahaja. Tetapi ada waktu-waktu tertentu dapat pada harga yang lebih rendah. Kebetulan beberapa hari lepas Cik Puteri minta "kek hepi besday to you", asal kek ja mesti sambung dengan 'hepi besday to you'. Tak kiralah kek batik ka atau kek pisang sekalipun.
Singgah di KFC 'drive-thru' berdekatan dengan Masjid Negeri Pulau Pinang. Harga yang diberikan cuma RM 3.90. Adakalanya juga lebih rendah mungkin disebabkan 'short expired'.
harga tiramisu kfc |
Memang menjadi kebiasaan Cik Puteri baca doa sebelum makan. Perkara ini ditekankan ketika bayi lagi. Masa bayi? Macam mana? Bak kata orang Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Insyaallah ada ruang dan masa aRz kongsikan untuk semua.
Amalan makan makanan yang manis ini perlu dikawal. Jangan kerap diberi atau didedahkan kerana sekarang ini pun kanak-kanak boleh terkena penyakit kencing manis dan obes. Untuk yang dewasa pun kena hati-hati juga. Sekali-sekala nak makan manis tu tak ada masalah rasanya kan? Yela Orang rumah pun teringin nak berehat dari memasak mungkin kehabisan idea untuk memilih resipi yang terbaik untuk keluarga. Bagi yang belum merasa Tiramisu cepat-cepat dapatkan di KFC berdekatan.
Jumpa Lagi.