Photoshop | Fungsi Clone Stamp Dalam Mencantikkan Gambar
Clone Stamp adalah satu 'tool' yang disediakan di dalam perisian adobe photoshop dimana kegunaannya adlaah untuk 'clone'. Photoshop sebenarnya banyak kegunaan bukan sahaja untuk 'edit' gambar tetapi ada kegunaan lain seperti mencipta logo dan sebagainya. Tetapi kegunaan 'clone stamp yang aRz maksudkan kali ini untuk membersihkan gambar. Sebelum itu untuk menghasilkan gambar yang cantik, menawan memukau semestinya perlu ada sedikit ilmu dan juga kebolehan. Memilih tempat dan background yang sesuai juga perlu dititikberatkan. Tetapi adakalanya perkara ini tidak dapat dielakkan. Oleh itu fungsi 'clone stamp' amat membantu untuk mencantikan sedikit gambar kita.
![]() |
arzmoha | Gambar Sebelum |
Kegunaan Clone Stamp
Inilah fungsi clone stamp yang aRz gunakan boleh lihat perbezaan antara gambar atas (sebelum) dan gambar bawah (selepas). Sekiranya pembersihan tidak dibuat ianya akan menjejaskan tumpuan kepada fokus utama iaitu gambar berkumpulan. Kalau nak dicetak gambar yang di atas seakan ada gangguan. Jadi kegunaan clone stamp sedikit sebanyak membantu membersihkan background gambar dan fokus sebenar pada gambar berkumpulan.
![]() |
arzmoha | Gambar Selepas |
Cara menggunakan clone stamp agak mudah tetapi aRz tidak sempat untuk membuat tutorial. Walaubagaimanapun terdapat banyak tutorial yang tersedia di Youtube dimana boleh dilihat cara menggunakan clone stamp. Fungsi ini sangat berguna bagi mereka yang minat dalam bidang fotografi dan editing khasnya buat yang baru berjinak dalam bidang ini.
Jumpa Lagi.
Mungkin Anda Belum Membaca