Cara Hasilkan Gambar Cantik | Tutorial Black and White

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial

Salam. Semua sihat? Semoga semua pembaca blog ini sihat sejahtera.
Seperti tajuk yang saya nyatakan diatas, cara hasilkan gambar cantik di dalam 'Black and White'. Semua orang mampu lakukan. Saya pasti ada yang lebih hebat dalam menghasilkan gambar B&W. Saya cuma ingin kongsikan ilmu yang cetek yang saya ada untuk kegunaan semua.

UNTUK SIAPA TUTORIAL INI?

Tutorial ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Samaada Pelajar, Pekerja, Peminat photography, dan juga blogger. Sebagai seorang pelajar dan pekerja pentingnya dalam menghasilkan gambar yang cantik supaya ketika membuat presentation dapat menarik perhatian audience dan mungkin juga juri dalam satu-satu majlis.
Begitu jugak dengan blogger supaya pembaca mudah tertarik dengan blog anda.

TUTORIAL BLACK AND WHITE

Jom kita mulakan. Seperti mana yang anda semua lihat gambar diatas dan dibawah merupakan antara gambar B&W yang saya hasilkan. Diluar sana anda mungkin dapat melihat lebih banyak gambar yang lebih cantik dari ini.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial

Untuk maklumat anda semua dua gambar ini ada sedikit sentuhan lain yang tidak akan saya ketengahkan dalam tutorial kali ini. Tidak semua gambar sesuai untuk dijadikan B&W (ada masa saya ceritakan mengenai ini). Baik jom kita teruskan dengan tutorial untuk menghasilkan gambar hitam putih yang cantik.

BLACK AND WHITE TUTORIAL

Untuk pengetahuan anda semua saya menggunakan perisian Photoshop Cs5. Terpulang kepada anda untuk menggunakan apa saja perisian photoshop yang anda ada. Ianya tidak menjadi masalah untuk mengikuti tutorial ini. Untuk tutorial ini saya menggunakan gambar format JPEG.
PERHATIAN: CLICK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial

Sebelum kita mulakan sesi editing (gambar diatas) : click>file>open

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial

Kemudian keluar akan keluar seperti gambar di atas. Pilih gambar yang anda ingin edit. 
Selesai pilih, click open.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial

Selepas anda click open. Lihat di sebelah kanan ada layer yang bertanda 'lock'

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Click layer tersebut dua kali dan akan keluar dialogue box seperti diatas. Anda boleh mengubah nama layer tersebut ataupun kekalkan sahaja. Tiada masalah.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Selesai saja anda click ok. Anda akan lihat paparan seperti diatas

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Anda perlu tekan ctrl + shift + U untuk menjadikan gambar anda desaturate benar-benar seperti gambar di atas.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Kemudian anda nampak yang saya 'higlight'kan? click>level>click

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Lihat layer level akan keluar seperti gambar di atas. Di bahagian atas ada adjustment untuk level seperti gambar di bawah.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial

Sila adjust arrow yang saya tunjukkan sesedap rasa supaya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah gambar anda. Selesai anda melakukan adjustment, kembali ke bahagian layer. Pastikan layer Level tadi masih dipilih. Kemudian dengan menggunakan keyboard Ctrl + E untuk merge down layer menjadi satu layer sahaja.
Boleh sampai tahap ini?

Sampai ditahap ini pun anda telah berjaya menjadikan gambar anda sebagai Black and White. Tetapi untuk lebih mencantikkan supaya lebih menarik ikuti langkah dibawah.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Baik, Pertama sekali copy layer 0 tadi. Selepas copy anda akan lihat layer baru muncul seperti diatas tertera Layer 0 copy.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Cuba lihat gambar diatas. Ubah Blending Mode kepada Soft light. Yang mana ada sedikit perubahan pada gambar anda. Kemudian lihat di kotak merah sebelah kanan. Itu dipanggil "opacity"

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Langkah seterusnya ubah Opacity kepada lebih kurang 40%. Terpulang kepada anda. Tetapi saya guna 40% bagi memudahkan anda faham untuk menggunakan opacity ini.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Seterusnya click kotak merah yang dibawah terlebih dahulu. Kotak ini dipanggil Add Vector Mask. Anda akan melihat dibahagian layer ada kotak berwarna putih seperti di kotak merah diatas.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Setelah siap arahan diatas. Lihat gambar diatas. Click butang brush seperti dalam kotak merah yang diatas. Kemudian pastikan Foreground Colour berwarna hitam. Seperti kotak merah yang dibawah.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Selepas itu anda perlu mengubah sedikit dibahagian kotak merah di dalam gambar di atas. Mengubah opacity brush kepada 35% dan Flow kepada 50%.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Kemudian click layer mask thumbnail seperti gambar diatas. Brush di bahagian kulit yang saya highlightkan (dengan warna merah) supaya tidak kelihatan terlalu gelap atau terlalu terang. Setelah anda berpuas hati click Ctrl + E sekali lagi.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Sekarang layer anda hanya tinggal satu. Copy lagi layer anda dengan menarik layer tersebut ke Create a New Layer. Jika anda tidak menjumpai cara ini. Anda boleh ke menu Layer>Duplicate Layer. Perhatikan Gambar diatas Blending mode diubah ke Multiply.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Tetapi sebelum itu gambar anda setelah di blend dengan multiply akan kelihatan agak gelap. Jangan risau. Langkah seterusnya akan mencantikkan semula gambar anda.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Sekali lagi anda perlu click add Vector Mask. Seperti gambar diatas.
 Sekali lagi pilih Brush. Foreground yang sama berwarna hitam.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Baik dengan menggunakan brush anda perlu brush berbentuk bulatan. Lakukan 2-4 kali seperti kelihan pada gambar di atas.

Gambar cantik, Black and White, B&W, arzmoha.com, Tips, Tutorial
Akhitnya inilah hasilnya.
Bagaimana? anda telah mencuba? hasilnya bagaimana? Jangan lupa 'tag'kan ke page saya disini aRzMohdHaniffa Photography. Sebelum itu kena like page saya dulu.
 Ini adalah tutorial pertama saya. Mungkin ada langkah yang anda kurang faham. Jangan malu dan segan untuk bertanya terus dengan saya di page saya :).

Nantikan lagi tips yang lain akan datang. Jumpa Lagi. 

{ 40 comments.. read them below or add one }

irrayyan irrayyan 15 Jul 2014, 06:20:00
Teringat zaman photoshop buat FYP dulu-dulu 2009...fuhhhh
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 15 Jul 2014, 08:14:00
terima kasih..tutorial yang menarik.
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 15 Jul 2014, 11:05:00
terus bookmark ! tenkiu for sharing , bro..
Karya Mahirah Karya Mahirah 15 Jul 2014, 13:45:00
huhu... lama dah tinggal tapi boleh lagi ingat sikit2... thanks for sharing...
Anizz Annisa Anizz Annisa 15 Jul 2014, 14:44:00
nice sharing..nanti boleh godek2 gambar nak cube..hihi...
Sobri Yaacob Sobri Yaacob 15 Jul 2014, 18:21:00
nice sharing bro..
aku punya skill ps ni dah hilang dah...
ni kalau nak buat lain follow step hang boleh la kot sikit2,,
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2014, 19:38:00
Terima kasih CP atas sokongan memang nampak panjang tetapi kalau dah mahir cepat ja
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2014, 19:38:00
Kalau tinggal terus memang boleh lupa
Khamsi Abdullah Khamsi Abdullah 15 Jul 2014, 20:38:00
hehe.. teruskan bro. Ini yang kita nak lihat... berilmu.. :)

Semoga lebih banyak tutorial yang saya dapat nanti. Terima kasih. :) (y)
Fadzi Razak Fadzi Razak 15 Jul 2014, 21:01:00
woah cantik bro gambar hasil last sekali
Anwar Abdullah @ Kaio Anwar Abdullah @ Kaio 16 Jul 2014, 00:39:00
bagus artikel ini untuk peminat photography. Kadang-kadang setengah orang dia ingat editing tu simple je. lebih2 lagi kalau black and white. namun hakikatnya lebih dari tu. banyak benda yang kena faham dalam editing photo ni. level, curve, white balance, shadow highlight etc. tahniah atas entri yang bagus ni! teruskan menulis. :) www.kaio.my
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jul 2014, 01:32:00
boleh ja Sobri. Terima kasih atas sokongan
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jul 2014, 01:37:00
Terima kasih Khamsi ingatkan saya. Kerap terlupa untuk berkongsi ilmu yang cetek ini
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jul 2014, 01:39:00
Betul editing bukan proses yang mudah. Tapi mudah kalau pelajari dengna betul
chegu zam chegu zam 16 Jul 2014, 05:54:00
Ada nilai seni yang mendalam gambar kucing tu ... pandainye dia pose .. mesti ada kesabaran yang amat tinggi melatihnya
Hans Hans 16 Jul 2014, 06:03:00
nice entry
bagus lah berkongsi macam nih
:)
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jul 2014, 09:11:00
Haha. Chegu Zam, Itu bukan kucing saya. Sebenarnya ini adalah kawasan taman, yang mana terdapat kucing yang tidak bertuan. Kebetulan masa saya nak ambil gambar anak saya, kucing ni pun datang dan duduk diam.
Amy J Amy J 16 Jul 2014, 16:19:00
kaki lagi. ehehe.. thanks for the tutorial! bila dah exam ni, dah lama x buka CS6.

cousin saya wedding photographer, dia suruh saya pakai color efex pro. bro arz moha pun pakai software tu juga ke?
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 16 Jul 2014, 18:02:00
Memang terasa susah untuk saya sebab x penah guna Photoshop.
aRz MoHa aRz MoHa 17 Jul 2014, 01:16:00
terima kasih. Selamat Mencuba
aRz MoHa aRz MoHa 17 Jul 2014, 01:19:00
Setiap photog ada software kegemaran tersendiri. ada yang sukakan lightroom, ada suka color efex pro dan ada yang setia dengan photoshop
aRz MoHa aRz MoHa 17 Jul 2014, 01:20:00
yela. memang jarang Dr guna photoshop.
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin 17 Jul 2014, 04:24:00
Perkongsian yang sangat berguna..terima kasih atas tutorial nie.. :D
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 17 Jul 2014, 08:17:00
betul tu..CP pun ambil masa 2 tahun belajar photoshop ni..cuma sayangnya bila sambung degree terpaksa tukar jurusan. sekarang ni pun dok asah balik skill cuma ketinggalan la..
Eshamz Halim Eshamz Halim 17 Jul 2014, 21:45:00
Terbaekkk bro...entri yg berguna... moga semakin banyak lagi tutorial seperti ini... nice sharing bro.. :D
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 18 Jul 2014, 06:29:00
Satu perkongsian yang baik ..Thanks Arz sudi berbagi ilmu ..
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 18 Jul 2014, 11:26:00
interesting..perkongsian yg baik, nnt sha try buat..
Denaihati Denaihati 22 Jul 2014, 00:35:00
terima kasih perkongsiannya. memang cantik dengan hasilnya lepas edit macam ni.
aRz MoHa aRz MoHa 23 Jul 2014, 09:22:00
dah buat hasil nya tag la di facebook page saya k
husna zahidi husna zahidi 23 Jul 2014, 15:13:00
wahh..hasilnya menonjol gituhh..
Farrah MF Farrah MF 15 Aug 2014, 03:45:00
Cantekkklah! Suka tengok gambar2 B&W. Akak ni bab edit2 gambar memang fail!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih