Salam. Semua sihat? Semoga semua pembaca blog ini sihat sejahtera.
Seperti tajuk yang saya nyatakan diatas, cara hasilkan gambar cantik di dalam 'Black and White'. Semua orang mampu lakukan. Saya pasti ada yang lebih hebat dalam menghasilkan gambar B&W. Saya cuma ingin kongsikan ilmu yang cetek yang saya ada untuk kegunaan semua.
UNTUK SIAPA TUTORIAL INI?
Tutorial ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Samaada Pelajar, Pekerja, Peminat photography, dan juga blogger. Sebagai seorang pelajar dan pekerja pentingnya dalam menghasilkan gambar yang cantik supaya ketika membuat presentation dapat menarik perhatian audience dan mungkin juga juri dalam satu-satu majlis.
Begitu jugak dengan blogger supaya pembaca mudah tertarik dengan blog anda.
Begitu jugak dengan blogger supaya pembaca mudah tertarik dengan blog anda.
TUTORIAL BLACK AND WHITE
Jom kita mulakan. Seperti mana yang anda semua lihat gambar diatas dan dibawah merupakan antara gambar B&W yang saya hasilkan. Diluar sana anda mungkin dapat melihat lebih banyak gambar yang lebih cantik dari ini.
Untuk maklumat anda semua dua gambar ini ada sedikit sentuhan lain yang tidak akan saya ketengahkan dalam tutorial kali ini. Tidak semua gambar sesuai untuk dijadikan B&W (ada masa saya ceritakan mengenai ini). Baik jom kita teruskan dengan tutorial untuk menghasilkan gambar hitam putih yang cantik.
BLACK AND WHITE TUTORIAL
Untuk pengetahuan anda semua saya menggunakan perisian Photoshop Cs5. Terpulang kepada anda untuk menggunakan apa saja perisian photoshop yang anda ada. Ianya tidak menjadi masalah untuk mengikuti tutorial ini. Untuk tutorial ini saya menggunakan gambar format JPEG.
PERHATIAN: CLICK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
PERHATIAN: CLICK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Kemudian keluar akan keluar seperti gambar di atas. Pilih gambar yang anda ingin edit.
Selesai pilih, click open.
Selepas anda click open. Lihat di sebelah kanan ada layer yang bertanda 'lock'
Click layer tersebut dua kali dan akan keluar dialogue box seperti diatas. Anda boleh mengubah nama layer tersebut ataupun kekalkan sahaja. Tiada masalah.

Selesai saja anda click ok. Anda akan lihat paparan seperti diatas
Anda perlu tekan ctrl + shift + U untuk menjadikan gambar anda desaturate benar-benar seperti gambar di atas.
Kemudian anda nampak yang saya 'higlight'kan? click>level>click
Lihat layer level akan keluar seperti gambar di atas. Di bahagian atas ada adjustment untuk level seperti gambar di bawah.

Sila adjust arrow yang saya tunjukkan sesedap rasa supaya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah gambar anda. Selesai anda melakukan adjustment, kembali ke bahagian layer. Pastikan layer Level tadi masih dipilih. Kemudian dengan menggunakan keyboard Ctrl + E untuk merge down layer menjadi satu layer sahaja.
Boleh sampai tahap ini?
Sampai ditahap ini pun anda telah berjaya menjadikan gambar anda sebagai Black and White. Tetapi untuk lebih mencantikkan supaya lebih menarik ikuti langkah dibawah.
Baik, Pertama sekali copy layer 0 tadi. Selepas copy anda akan lihat layer baru muncul seperti diatas tertera Layer 0 copy.
Cuba lihat gambar diatas. Ubah Blending Mode kepada Soft light. Yang mana ada sedikit perubahan pada gambar anda. Kemudian lihat di kotak merah sebelah kanan. Itu dipanggil "opacity"
Langkah seterusnya ubah Opacity kepada lebih kurang 40%. Terpulang kepada anda. Tetapi saya guna 40% bagi memudahkan anda faham untuk menggunakan opacity ini.
Seterusnya click kotak merah yang dibawah terlebih dahulu. Kotak ini dipanggil Add Vector Mask. Anda akan melihat dibahagian layer ada kotak berwarna putih seperti di kotak merah diatas.
Setelah siap arahan diatas. Lihat gambar diatas. Click butang brush seperti dalam kotak merah yang diatas. Kemudian pastikan Foreground Colour berwarna hitam. Seperti kotak merah yang dibawah.
Selepas itu anda perlu mengubah sedikit dibahagian kotak merah di dalam gambar di atas. Mengubah opacity brush kepada 35% dan Flow kepada 50%.
Kemudian click layer mask thumbnail seperti gambar diatas. Brush di bahagian kulit yang saya highlightkan (dengan warna merah) supaya tidak kelihatan terlalu gelap atau terlalu terang. Setelah anda berpuas hati click Ctrl + E sekali lagi.
Sekarang layer anda hanya tinggal satu. Copy lagi layer anda dengan menarik layer tersebut ke Create a New Layer. Jika anda tidak menjumpai cara ini. Anda boleh ke menu Layer>Duplicate Layer. Perhatikan Gambar diatas Blending mode diubah ke Multiply.
Tetapi sebelum itu gambar anda setelah di blend dengan multiply akan kelihatan agak gelap. Jangan risau. Langkah seterusnya akan mencantikkan semula gambar anda.
Sekali lagi anda perlu click add Vector Mask. Seperti gambar diatas.
Sekali lagi pilih Brush. Foreground yang sama berwarna hitam.
Baik dengan menggunakan brush anda perlu brush berbentuk bulatan. Lakukan 2-4 kali seperti kelihan pada gambar di atas.
Akhitnya inilah hasilnya.
Bagaimana? anda telah mencuba? hasilnya bagaimana? Jangan lupa 'tag'kan ke page saya disini aRzMohdHaniffa Photography. Sebelum itu kena like page saya dulu.
Ini adalah tutorial pertama saya. Mungkin ada langkah yang anda kurang faham. Jangan malu dan segan untuk bertanya terus dengan saya di page saya :).
Nantikan lagi tips yang lain akan datang. Jumpa Lagi.