![]() |
Giveaway Puasa RM50 |
Salam Ramadhan.
Semoga semua pembaca blog saya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Sempat join Giveaway Puasa RM 50 oleh Suriana Abdul Kadir.
Berminat untuk join?
Masih lagi sempat. Jangan fikir panjang jom kita join dengan klik banner diatas.
Bermula 4 jun dan berakhir 23 Julai 2014.

Pengalaman Puasa
Suka duka dalam berpuasa sesuatu yang bukan pilihan kita. Sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan.
Seringkali kita dengar indahnya bersahur, berbuka dan bertarawih bersama keluarga. Yang jauh pulang ke kampung halaman. Kerana indahnya Ramadhan.
Tetapi tahun ini adalah tahun ke-3 berpuasa tanpa Mak tersayang dan Abah yang dah lama pergi menghadap Illahi. Siapa yang tidak rindukan air tangan seorang ibu, ketika sahur, ketika berbuka dan bersama-sama menunaikan solat tarawih. Pernah Mak bertanya selepas berbuka "sempat ka Mak tengok cucu Mak" soalan yang lebih susah dari menjawab soalan LAW.

Akhirnya Mak menghadap Illahi tanpa sempat bertemu cucunya.
Itulah takdir. Ada hikmah disebaliknya.
Tetapi pemergian Mak agak susah untuk dilupakan. Syukur isteri seorang yang tabah berhadapan dengan Suami yang mendiamkan diri untuk beberapa tika.
Akhirnya berita gembira diterima. Cucu yang ditunggu. Hadir dalam keadaan misteri.

Beberapa kali scan tapi tak dapat ketahui jantina. agak surprise. Saat kelahiran baru tahu baby girl.
Kehilangan seorang ibu diganti seorang anak perempuan. Wajah seakan Mak.
Tahun ini baby yang ditunggu itu sudah pun 1 tahun 8 bulan.
Kerinduan pada Mak tetap tidak dapat dilupakan. 'Cucu yang ditunggu' sebagai penawar kerinduan.
Puasa tahun ini tiada lagi masakan seorang Emak.Yang ada senyuman seorang Anak. Semoga Emak dan Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
BUAT MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU BAPA.

HARGAILAH. HORMATILAH.
PULANGLAH BERSAHUR, BERBUKA DAN BERTARAWIH BERSAMA.
Psst: Semoga menang! Amin! :)