Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

PRODUK KELENGKAPAN PERIBADI KETIKA UMRAH DAN HAJI DENGAN PEK MUDAH TRAVEL SUCHI

SUCHI | PEK MUDAH TRAVEL KELENGKAPAN PERIBADI KOSMETIK KETIKA UMRAH DAN HAJI  SET MUDAH TRAVEL KELENGKAPAN PERIBADI KOSMETIK KETIKA UMRAH DAN HAJI | Assalamualaikum. Seronok bila mendengar khabar berita daripada sahabat mahupun saudara yang akan pergi atau baru balik dari mengerjakan umrah/haji. Antara perkara yang selalu menjadi perhatian saya adalah apakah persediaan yang mereka lakukan sebelum ke Tanah Suci? Antara yang selalu dipesan adalah kena ada niat dan usaha. Insyaallah, dipermudahkan. Suchi | Pek Mudah Travel Kelengkapan Peribadi ketika Umrah Baru saja ipar saya pulang dari mengerjakan umrah dan haji, hujung bulan ini pula ipar saya yang lain bakal mengerjakan Umrah. Ada juga sahabat yang sedang berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Saya tumpang gembira dan mohon mereka mendoakan pula untuk saya dan keluarga. Apabila kita mendengar khabar gembira mengenai saudara atau sahabat kita kebiasaannya kita akan mengunjungi mereka dan sedekah atau kirimkan se

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

KENAPA KITA SAKIT?

KENAPA KITA SAKIT? Rasa lama tak kongsi artikel disini. Sibuk sejak kebelakangan ini. Hari ini tekad juga nak tulis kembali selepas balik dari perjalanan yang memerlukan pemanduan sejauh 1400km. Dari Penang ke Terengganu ke Kuala Lumpur kembali ke Penang. Walaupun tangan terasa sakit urat tetapi bukanlah disebabkan pemanduan yang lama. Sebelum tu lagi dah sakit, mungkin silap gaya tidur. Sesuailah dengan tajuk kali ini kenapa kita sakit? kredit gambar pada  Sebab itu kalau sesiapa yang ikut Facebook, Instagram saya boleh lihat saya pun dah mula jogging dengan Cik Puteri. Lama sangat tak keluarkan peluh mungkin itu juga salah satu penyebab kepada kesakitan yang saya alami. KENAPA KITA SAKIT? Dalam ikhtiar mencari penawar kepada sakit urat teringat nak kongsikan mengenai Kenapa Kita Sakit mudah-mudahan diri ini tak merungut dengan sakit yang diterima. Sakit ini pun ada kebaikannya. Bila sakit carilah penawar. Doa juga adalah penawar carilah Mustajab Doa >> baca