Skip to main content

KENAPA KITA SAKIT?

KENAPA KITA SAKIT?

Rasa lama tak kongsi artikel disini. Sibuk sejak kebelakangan ini. Hari ini tekad juga nak tulis kembali selepas balik dari perjalanan yang memerlukan pemanduan sejauh 1400km. Dari Penang ke Terengganu ke Kuala Lumpur kembali ke Penang. Walaupun tangan terasa sakit urat tetapi bukanlah disebabkan pemanduan yang lama. Sebelum tu lagi dah sakit, mungkin silap gaya tidur. Sesuailah dengan tajuk kali ini kenapa kita sakit?


kenapa kita sakit, sakit, sabar bila sakit, sakit tanda Allah sayang, sakit itu ujian,
kredit gambar pada 

Sebab itu kalau sesiapa yang ikut Facebook, Instagram saya boleh lihat saya pun dah mula jogging dengan Cik Puteri. Lama sangat tak keluarkan peluh mungkin itu juga salah satu penyebab kepada kesakitan yang saya alami.

KENAPA KITA SAKIT?

Dalam ikhtiar mencari penawar kepada sakit urat teringat nak kongsikan mengenai Kenapa Kita Sakit mudah-mudahan diri ini tak merungut dengan sakit yang diterima. Sakit ini pun ada kebaikannya.

Bila sakit carilah penawar. Doa juga adalah penawar carilah Mustajab Doa >> baca sini Orang Yang Mustajab Doa

1. Sakit Penghapus Dosa

Kita sakit sebab Allah sayang kita, nak hapus dosa kita sebelum ini. Kita ini pendosa kadang tak sedar dosa yang kita lakukan. 

2. Allah Angkat Darjat Seseorang

Allah akan darjat seseorang kita dengan ujian dengan syarat kita SABAR. Jadi bila sakit kena sabar jangan mengeluh.

3. Allah Nak Kita Dekat DenganNya

Allah sayang kita sebab nak kita dekat denganNya. Bila kita sakit selalunya kita akan berdoa bersungguh-sungguh. Betul tak? Mungkin bila kita sihat dan diberi nikmat kadang-kadang kita lupa, kita lalai. Allah bagi kita sakit nak kita dekat denganNya. 

4. Sebab Kita Tidak Jaga Kesihatan

Kesihatan diri kita adalah tanggungjawab kita. Kita tak jaga pemakanan yang sihat. Kadang malam pun masih makan. Ikutlah apa yang agama ajar kita "Berhenti sebelum kenyang". Ada masa berpuasa supaya perut kita sihat.

Teringat pesan beberapa orang tua yang pernah saya jumpa. Ada di antaranya tukang urut, ada juga rakan bermain badminton yang berusia 71, dan juga mereka yang jauh lebih berusia dari saya.

Antara pesan mereka ini adalah :

- Jangan minum air selepas makan, biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. ( tips elak perut buncit) tapi jarang amal.
- Banyak makan buah. ( Bukan setahun sekali)
- Keluarkan peluh. Ikutlah aktiviti apa yang kita nak buat. Main badminton ka, berlari ka, basuh kereta ka asalkan keluar peluh.
- Minum air kosong. Air kosong penting untuk membuang segala yang tidak diperlukan.

5. Sebab Kita Tidak Mensyukuri Nikmat Yang Allah Beri

Kadang kita lupa nak mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita oleh itu Allah tarik nikmat yang diberikan. Kadang bila sihat, kita lupa nak Solat, selalu tinggal solat ataupun solat lewat waktu selalu. boleh jadi sebab sepanjang hidup kita jarang ke masjid untuk solat berjemaah dan ke majlis ilmu. Mudah-mudahan Allah permudahkan kita semua yang membaca ini untuk membuat perubahan sedikit demi sedikit. Insyaallah.

6. Tidak Pelawa/Ajak Orang Lain Makan

Kalau kita kembali ke zaman 90an dulu, memang orang tua-tua selalu pesan jangan lupa pelawa/ajak/semawa orang lain yang ada di sekeliling kita. Kalau mengikut apa yang disampaikan oleh Ustaz Shahul Hamid kita sakit hari ini adalah disebabkan apabila kita makan kemudian ada dua mata yang memandang kita tidak mempelawa, lalu kita ditimpa penyakit yang tiada ubatnya.

7. Gangguan Jin/Syaitan

Dunia bukan kita sahaja yang menjadi penghuni. Malah sebelum kita wujud di alam ini, golongan jin sudah pun menjadi penghuni dunia ini. Kemungkinan kita melalui sesuatu tempat dan kita membuat kerosakan dan membuat gangguan di tempat-tempat jin. Lalu dia mengganggu kita.

Perkongsian ini sebenarnya dikongsikan oleh Ustaz Shahul Hamid dalam satu ceramahnya. Mudah-mudah berguna buat kita semua untuk kembali mensyukuri nikmat yang Allah beri sebelum ianya ditarik semula, iaitu nikmat sihat.

Bila sakit baru kita kenal erti nikmat yang kita kecapi sebelum ini. Contoh bila kita sakit urat belakang, kadang nak bangun pun sakit, nak ke tandas pun punya sakit, baru kita sedar waktu itu nikmat sihat sangat-sangat indah, sangat-sangat besar berbanding ada duit, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya.

Setakat ini dahulu perkongsian mengenai Kenapa Kita Sakit mudah-mudah sekiranya ada diantara kita yang sakit moga Allah memberi kesembuhan. Ingat sakit tanda ujian dari Allah dan tanda Allah sayang kita. Penyakit itu datang dari Allah maka perdekatkanlah diri kepada Allah. Mudah-mudahan kita peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sekadar berkongsi #DariKacaMataAbah.

Comments

  1. Moga sakit yang Allah izin berlaku tarbiah diri kita untuk LEBIH RAPAT PADANYA.Aamin.

    ReplyDelete
  2. Zumal ni sakit maybe sebab tak jaga makan dan kesihatan kot. Hehe...

    ReplyDelete
  3. nice sharing! sha selalu sakit sebab takmakan buah kehkeh

    ReplyDelete
  4. Nice sharing. cuaca tak bersalah pun kalau kita sakit. Mungkin kurang bersyukur sebab tulah dapat sakit sebagai tanda peringatan

    ReplyDelete
  5. sakit ni macam-macam asbab yang datang namun ia satu ujian dari Allah swt. Jaga kesihatan baik2 naa..

    ReplyDelete
  6. mudah2an sakit itu menghapuskan dosa2 kita..

    ReplyDelete
  7. Mudahan yang mana sakit disembuhkan.. dikuatkan iman..

    ReplyDelete
  8. Asalam AR..harap sakit tu tak melarat kan..kita mohon doa dan memohon keampunan padaNya. Dia lah penyembuh..yakni Allah

    ReplyDelete
  9. Lepas ni kena selalu-selalu keluar peluh semula la...cik puteri boleh temankan.

    ReplyDelete
  10. Dia selalu ajak abah dia, tapi abah dia yang malas hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...