ALONG BIHUN SUP MARVELOUS VS AIR RANGGI TIKAM BARU SUNGAI PETANI Assalamualaikum. Dah 2 kali singgah di Along Bihun Sup Marveles. Warung tepi jalan di Tikam Batu Sungai Petani bertentang Caltex. Kebetulan balik dari Butik Elrah Exclusive Sungai Petani dah petang alang-alang singgah minum petang sambil pekena makanan berasaskan Sup. Ada bermacam-macam sup dan yang menambahkan lagi menariknya dengan Air Ranggi yang disediakan disini. Along Bihun Sup Marvelous Tikam Batu ALONG BIHUN SUP MARVELOUS Ok kita mula dengan makanan berasaskan sup dulu. Walaupun nama warung diletakkan bihun sup, tetapi bukan hanya bihun sup saja yang disediakan malah ada juga yang lain seperti nasi, koey teow, dan mee. Jadi kalau bawa kawan/ keluarga nak makan nasi pun boleh juga ambil saja set nasi dan pilih sup yang kita nak. Bab sup pula ada macam-macam jenis sup. Set Nasi + Sup + Air Ranggi Set Nasi + Sup Daging + Air Asam Koey teow Sup Ayam Setiap kali sampai dekat waru...
Kisah Semasa, Travel, & Review