Skip to main content

APA SEPATUTNYA KITA LAKUKAN DI HARI RAYA?

TIPS YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN DI HARI RAYA

Assalamualaikum. 14 Syawal. Baru sempat nak update blog untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali arzmoha dan keluarga secara 'real life' ataupun hanya di alam maya. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap terutama dari perkataan yang di tulis di blog ini.

apa aktiviti yang sepatutnya kita lakukan atau aktiviti di hari raya?

EId Mubarak
Eid Mubarak

ada tak yang mengenali Cik Puteri? Dia dah pun meninggi dengan jayanya. Sama tinggi atau lebih tinggi dari mama dia? hehehe rasa macam lebih tinggi.

AKTIVITI DI HARI RAYA

Kalau kita anak-anak 80an, rasanya kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan atau buat di hari raya. Sebab zaman tu adalah bukan zaman Teknologi di hujung jari. Betul, zaman tu kita boleh nampak dalam komik, majalah, surat khabar bercerita tentang dunia di hujung jari tapi belum digunakan sepenuhnya, berbanding anak-anak hari ini sehinggakan kunci 'homestay' hanya menggunakan kata kunci, kunci kereta boleh dibuka melalui telefon (socar), suis lampu kipas di rumah menggunakan telefon sahaja.

Hari ini pula selepas Musim PKP ( covid) kita mula biasa dengan video call dan paling terbaru teknologi AI seperti ChatGPT, Midjourney dan lain-lain. 

Semestinya kita akan makin kurang masa dengan dunia sebenar sehinggakan kita tak tahu apa patut kita lakukan di HARI RAYA.

APA SEPATUTNYA KITA LAKUKAN DI HARI RAYA

Sudah 14 syawal, mungkin tulisan ini agak terlambat sebab ada perkara tidak mampu lagi diulang. tetapi mungkin menjadi bacaan untuk di tahun mendatang. Saya tulis juga mudah-mudahan memberi kebaikan kepada orang lain.

Menghidupkan Malam Hari Raya

Malam hari raya merupakan antara malam-malam. Baca sini >> Malam mustajab doa<<. Jadinya ajaklah anak-anak terutama Kaum Adam untuk Solat berjemaah Isyak dan Takbir hari raya. Mungkin ada masjid-masjid yang mengadakan solat tasbih dan aktiviti lain.

Aktiviti di Pagi Hari Raya

  • Pagi hari raya kita bangun awal, solat subuh berjemaah kemudian sarapan pagi kerana sunat di pagi hari raya Aidilfitri untuk makan sebelum Solat Sunat AidilFitri. 

  • Solat Sunat AidilFitri. ( rugilah kalau tak solat, sebab hanya ada setahun sekali, tak solat raya macam ada yang tak kena pagi raya kita)

  • Bersalam-salaman bermaaf-maafan

  • Bergambar keluarga. (Sekarang dah zaman video tema Wes Anderson hehe)

  • Boleh juga kita menziarahi kubur ibu dan ayah, atuk dan nenek. Menziarahi kubur membantu kita mengingati akan kematian. Orang yang bijak mengingati mati. Jadi dia akan menggunakan sepenuh masa yang ada untuk membuat kebaikan.

  • Ziarah sanak saudara untuk menghubungkan siratulrahim.

  • Last, Jangan lupa Puasa 6 yang sepatutnya kita schedule betul-betul jadual kita untuk kita dapat berpuasa 6 di Bulan Syawal. Sebab bulan lain tak boleh puasa 6.

Cukuplah beberapa aktiviti yang yang kongsikan ini dahulu. Rasanya beberapa aktiviti ini pun dapat memenuhi seharian pagi 1 syawal. Paling best ziarah semua rumah sanak saudara dan kawan-kawan. 

Meriah sebenarnya raya kita bukan sekadar di depan televisyen, IG Reels, Tiktok atau di facebook semata-mata. 

Sampai sini dulu. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

P/s: doakan saya rajin kongsikan di blog aktiviti raya saya sekeluarga.

Comments

  1. selamat hari raya
    kenNgan raya zaman knk2 paling bestt. rasa masih terbayang bayng lg keseronokanya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah. Baru selesai puasa sunat Syawal semalam. Nanti jika lalu Kelantan singgah la di Tanah Merah. Buleh jumpa abe kie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu lalu kelantan melalui tanah merah machang, tapi lupa nak hubungi abe kie

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...