Skip to main content

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan

Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun.

Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar.

Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series


mikasa ackerman tshirt, tshirt attack on titan, review tshirt,


Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia.

Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa yang diambil untuk sampai boleh mencecah sehingga 2 minggu. Jadi kalau dah beli pejam mata jangan asyik check aplikasi shopee hehehe...

Alhamdulillah akhirnya sampai. Cik Puteri suka sangat dan kalau boleh hari-hari nak pakai. Bawah nanti saya kongsi kualiti tshirt dan cetakan. Cumanya saya sendiri silap saiz, jadi cukup-cukup sangat. Sepatutnya labuhkan sikit baru sesuai pakai untuk keluar.

Kualiti kain - cotton, selesa, tak panas
Kualiti cetakan - Cantik dan bertahan walaupun selepas beberapa kali basuhan.
Saiz - Tepat cuma kalau nak labuh pilih saiz yang lebih besar.

Boleh katanya selesa sangat. Macam biasa sebelum membeli saya memang akan baca komen terlebih dahulu. Kalau banyak yang komen positif terus beli ja.


Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan


Selain dari Tshirt, tak terkecuali "Abah... mmmm boleh tak kalau nak keychain sekali" dalam hati abah kata, kalau keychain pun nak letak dekat mana, musim covid bukan boleh keluar rumah, letak dekat beg sekolah pun, tak pergi sekolah.

Tapi malas nak panjangkan cerita. Abah beli saja itu pun lepas berbulan dia minta sebenarnya hehehe...

keychain cantik mikasa ackerman, keychain attack on titan, keychain anime mikasa ackerman,

Inilah lebih kurang rupa keychain tu. Sebab comel abah belikan juga. Lagipun watak Mikasa ni pun menarik. Semangat juang dia cuma yang tak best kisah silam dia yang agak sedih. Boleh dikatakan semua watak dalam Attack On Titan memang mempunyai kisah silam yang agak menyedihkan.

Walaubagamanapun biasalah produk yang murah macam ni ada sedikit kekurangan, dimana pedang dan pergelangan tercabut. itupun sebba kesilapan Cik Puteri juga.

So far 4 bintang saya beri dengan harga dia. Sesuailah.

Mungkin tak banyak gambar yang saya dapat kongsi tapi anda semua boleh tonton di dalam video di bawah. Bantulah saya untuk Subscribe, like dan tinggalkan komen di Channel Youtube saya Lesminit. Terima kasih.


Comments

  1. Salam Ziarah..lama tak ke laman ni . kaifa haluka ya sahabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sihat terima kasih cikgu etuza

      Delete
  2. Nice post. Dtg dari masa lalu. Time traveling blogwalk dari blog yg last entry tahun 2010

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. salam dato arz. lama x singgah. singgah lah blog usang saya

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing about artikel
    Visit :
    website kami

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su