Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Cara Pembahagian Daging Korban

Cara Pembahagian Daging Korban Ibadah Korban dilakuakan pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijaah. Seperti semua tahu pada hari tersebut di Malaysia tumpuan utama pada program Ibadah korban yang dilakukan selepas Solat Sunat Aidil Adha. Selepas dari penyembelihan haiwan korban maka proses membahagikan daging korban pula akan dilakukan. Bagaimana cara pembahagian daging korban? Ibadah Korban Pembahagian Daging Korban Selepas dari program penyembelihan haiwan korban kebiasaan di Malaysia Lembu ataupun kambing. Maka kita akan lihat program pembahagian daging korban. Mungkin ada yang tertanya bagaimana cara pembahagian daging korban.  Sebelum itu korban pula terbahagi kepada dua. Korban Wajib dan Korban Sunat.   Kalau ada yang bertanya apa beza korban wajib dan sunat? Korban wajib ada dua, satu bernazar dan satu lagi apabila seseorang membeli haiwan korban samada lembu atau unta atau kambing dengan melafazkan atau mengatakan "haiwan ini untuk a

Siapakah Orang Yang Paling Lemah dan Orang Yang Paling Bakhil

Orang Yang Paling Lemah dan Orang Yang Paling Bakhil Perkongsian hari ini perkongsian ringkas mudah-mudahan memebantu diri saya dan semua yang membaca dapat memperbaiki diri kita. Rasulullah s.a.w bersabda " Orang yang paling lemah dalam kalangan manusia ialah orang yang lemah dalam berdoa yakni dia tidak berdoa dan orang yang paling bakhil dalam kalangan manusia ialah orang yang bakhil dalam memberi salam " (Hadis Riwayat Tabrani ) Doa dan Salam Doa adalah senjata umat Islam. Perbanyakkan berdoa. Kurangkan mengadu pada manusia sebaliknya mengadu pada Yang Maha Kuasa. Cari waktu-waktu yang doa mudah dimakbulkan dan hindari perkara yang menyebabkan doa tidak dimakbulkan. Diantara waktu doa mudah dimakbulkan adalah Waktu doa mudah dimakbulkan - ketika sujud - ketika diantara dua khutbah - satu detik selepas soalat asar pada hari jumaat - ketika selepas solat - doa disepertiga malam dan banyak lagi antara waktu yang mudah doa dimakbulkan. Perbany

Wordless Wednesday #49 | Terlalu Kreatif dan Berseni Gajah atau Zirafah?

Wordless Wednesday | Kreatif dan Berseni Gajah atau Zirafah Wordless Wednesday #49 Gajah atau Zirafah hasil seni yang dipertontonkan di Dewan Sri Pinang sempena Georgetown Festival .  Gambar apa yang anda nampak? Pameran di Dewan Sri Pinang sempena Georgetown Festival | gajah Pameran di Dewan Sri Pinang sempena Georgetown Festival | Zirafah

SweetSpot Mobile App

SweetSpot Mobile App Suka atau tidak teknologi hari ini semuanya berada di dalam smartphone kita. Samada nak beli barang, makan, bercuti mahupun membayar bil semua sangat mudah sehingga termasuk blog juga perlu mesra mobile . Hari ini nak perkenalkan Sweetspot Mobile App dimana merupakan aplikasi smartphone untuk pembelian runcit dan barangan untuk pengguna dimana fokus utama adalah memberikan tawaran dan promosi yang hebat. Memang diakui mobile app kebiasaannya lebih murah dan banyak promosi. Nak tahu lebih lanjut? teruskan membaca. Apa itu Sweetspot Mobile App Sebenarnya Sweetspot bukan hanya fokus pada promosi dan tawaran untuk makanan dan barangan sahaja tetapi termasuk penjualan tiket dan memberikan informasi terkini di tempat anda. Tidak dinafikan memang promosi secara online melalui mobile apps agak menguntungkan. Yang penting anda tahu bila dan bagaimana menggunakannya. Untuk membuatkan anda lebih faham mengenai kemudahan yang disediakan dalam Sweetspot Mobile Ap

Masa Ibarat Pedang

Masa Ibarat Pedang Bak kata Pepatah Arab " Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita'. Setiap dari kita diberikan masa yang sama 24 jam, 1440 minit atau 86400 saat sehari betul ka? Kadang kita lihat ada orang mampu buat berbagai-bagai urusan dalam satu hari. Boleh bahagi masa sebaiknya. Ada masa untuk dunia dan akhirat. Orang seperti ini sangat hebat. credit Sword of Might Tak dinafikan semua dari kita ada komitmen tersendiri. Dalam 24 jam kita akan bahagi masa sebaiknya untuk dunia dan akhirat. Termasuk dalam urusan berblogging juga tak terkecuali. Kita yang memilih jalan mana yang ingin kita tempuhi. Jangan nanti setelah masa berlalu kita menyesal tak sudah. Gunakan masa sebaiknya termasuk memperuntukkan sedikit masa untuk orang yang kita sayang. Sebagai contoh,  - waktu anak kecil jangan kita biarkan dia membesar tanpa sempat kita peruntukkan sedikit masa untuk ia merasa kasih dan sayang. - Waktu ibubapa kita semaki

Lirik Lagu Alhamdulillah Nyanyian Wani Feat Juzzthin

Lirik Lagu Alhamdulillah Nyanyian Wani Feat Juzzthin Lagu Alhamdulillah nyanyian Wani feat Juzzthin mempunyai lirik yang baik dan sesuai didengar membuatkan rasa tertarik untuk berkongsi liriknya di sini. Lagu yang secara rasminya di kongsikan di Youtube FMC Music pada bulan May 2016 telah pun mencapai 2 juta view. Jom hayati dan dengar lagu Alhamdulillah yang mana di dalam video lagu ini membawa sedikit kisah pengajaran dari bencana Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 di Acheh. Lirik lagu Alhamdulillah Walau genggamannya kuat Tapi bukan milik kita Akan terlepas jua Tak ada yang lebih baik Tak ada yang lebih cantik Beroleh keredhaanNya Kau karuniakan rasa Cinta sesama manusia Hadapi segala dugaan Bila jiwa rasa lelah Ambil nafas dan senyumlah Kerana langit masih cerah Ku bersyukur  Alhamdulillah Ku beruntung Alhamdulillah Wajburni Alhamdulillah Selama-lamanya Indah ci

Sketsa Kehidupan | Bila Anak Sebut Perkataan Negatif !!!

Sketsa Kehidupan | Bila Anak Kecil Bercakap Menggunakan Perkataan Negatif Setiap hari pasti ada pengalaman baru yang kita hadapi, pelajari dan temui dalam membesarkan anak-anak. Dari bayi yang tidak mampu berdikari sehinggalah besar nanti sehingga mula berdikari dan berfikir untuk menjalani kehidupan. Sampai satu masa aRz dan juga ibubapa lain ada yang telah, sedang dan akan hadapi tahap dimana anak kecil pandai bercakap dan mula berfikir . Waktu ini adalah waktu yang sepatutnya diberi tumpuan dan jangan diabaikan. Kena banyak berinteraksi dan beri perhatian. Masa ini juga mereka mula suka bercerita dan belajar perkataan baru termasuk perkataan negatif.  Apa yang aRz kongsikan hari ini cuma pengalaman bila anak mula menggunakan atau menyebut perkataan negatif. Senyum itu satu sedekah | Paintlab Bila Anak Sebut Perkataan Negatif Suka atau tidak kita sebagai ibubapa akan hadapi perkara ini. aRz juga telah hadapi dan mungkin banyak lagi akan dihadapi di masa akan datang. Ki

Bila Idea Menulis Hilang Sekelip Mata

Bila Idea Menulis Hilang Sekelip Mata Salam. Selamat Tengahari. Baru nak mula menulis. Tiba-tiba idea meulis hilang. Simpan dulu harap petang ni idea dan semangat menulis kembali. Tapi bila idea menulis ini tak datang ada beberapa perkara yang aRz buat supaya tak fikir sangat dengan kehilangan mood menulis tadi.  Bila idea menulis hilang Antara perkara yang aRz akan buat bila kehabisan idea atau kehilangan mood menulis adalah  1. Main game tak kira di komputer atau di tab. 2 . Edit gambar...apa nak buat idea hilang. Edit gambar manalah tahu idea datang balik. Gambar di atas menggunakan paint Lab. Saja cuba. 3. Makan. Dah tengahari...abang-abang kakak-kakak adik adik pembaca blog ni makan apa? aRz insyaallah nak ke KOMTAR Penang makan sambil bertemu seorang kawan baik. Jom makan dulu.... p/s : tolonglah idea datang semula.... Ada yang nak beli bantal Hotel?  BANTAL HOTEL MURAH DAN BERKUALITI

Bantal Hotel Murah dan Berkualiti Penang

Bantal Hotel Murah Berkualiti Penang Bantal Hotel Murah dan Berkualiti Di Penang . Sebelum cerita lebih lanjut, semoga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam. Perkongsian hari ini mengenai satu produk hotel...macam biasa bila dengar produk hotel mesti teringat bantal, tuala, cadar, selimut dan juga tilam. Buat masa ini mengenai Bantal Hotel yang gebu dan selesa untuk tidur yang berkualiti. Bantal Hotel Penang Tidur yang berkualiti sangat penting untuk kekal bertenaga pada keesokkan hari terutama yang sudah berkeluarga ( yang masih bujang pun boleh, lagi banyak masa untuk tidur kan?). Buka saja mata pasti banyak komitmen yang perlu dilakukan. Jika tidur terganggu disebabkan bantal yang kurang selesa dan bau kurang menyenangkan sudah pasti membawa kepada hasil yang kurang baik pada keesokkan hari seperti mengantuk, sakit leher, pening kepala, terasa cepat letih dan sebagainya Walaubagaimanapun tidur yang berkualiti juga terhasil dari beberapa perkara. Bantal dan

Cik Puteri Bertemu Ibu Ana

Pertemuan Cik Puteri Dan Blogger Ibu Anajingga Pertemuan Cik Puteri dan Blogger Anajingga  sebenarnya tidak dirancang senang kata. Kebetulan bercuti bersama keluarga ke Marina Cove Resort (pengalaman bercuti ke Marina Cove Resort Lumut aRz cerita di entri lain) kalau ikutkan pelan asal kami nak ke Rockbound Fishing Chalet   tetapi ada beberapa perkara yang tidak sesuai jadi terpaksa mengubah pelan Family Day kali ini. Tetapi alhamdulillah dengan program Family Day telah membawa kepada pertemuan dengan Blogger Ibu Anajingga yang berasal dari Teluk Intan. Bersama Blogger Anajingga Selepas dari family day pada hari ahad sepatutnya dah balik Penang tetapi kebetulan adik ipar dijangka bersalin pada hari Jumaat, jadi aRz dah pun memohon cuti sehingga hari Selasa. Memandangkan baki cuti masih banyak dan kalau nak ke Kajang sekalipun agak dekat. Kalau masih belum bersalin maknanya balik Penang dan batalkan cuti. Alhamdulillah tepat pagi Jumaat adik ipar selamat melahirkan anak

Sketsa Kehidupan | Bujang vs Kahwin

Sketsa Kehidupan Bujang vs Kahwin | Hidup Bujang atau Berkahwin Kebiasaan dalam kehidupan ini memang ada perbezaan antara hidup bujang dan berkahwin. Yang mana lebih baik? Ok hari bukan nak cerita kebaikan atau kelebihan hidup bujang atau berkahwin. Cuma nak kongsi sebuah cerita kehidupan seorang bujang dan seorang yang dah berkahwin. Dalam perbezaan status ini mungkin ada yang cuba membanding-bandingkan antara satu sama lain. Jom baca.... Flat Taman Free School, Penang Ceritanya begini, di sebuah rumah pangsa dimana disini dua lelaki antara penghuni di rumah ini. Seorang lelaki A sudah berkahwin dan menetap di sebelah tingkat atas. Dia mempunyai seorang kawan bernama B dan menetap di sebelah bawah kiri rumahnya. Lelaki B ini masih bujang dan tinggal bersama rakan. Kebetulan hari cuti, Lelaki A dan B cuti dan melakukan aktiviti masing-masing. Lelaki A membantu isterinya menyidai baju di balkoni belakang rumahnya. Dari balkoni rumahnya boleh nampak balkoni belakang rumah