Sketsa Kehidupan Bujang vs Kahwin | Hidup Bujang atau Berkahwin
Kebiasaan dalam kehidupan ini memang ada perbezaan antara hidup bujang dan berkahwin. Yang mana lebih baik? Ok hari bukan nak cerita kebaikan atau kelebihan hidup bujang atau berkahwin. Cuma nak kongsi sebuah cerita kehidupan seorang bujang dan seorang yang dah berkahwin. Dalam perbezaan status ini mungkin ada yang cuba membanding-bandingkan antara satu sama lain. Jom baca....
![]() |
Flat Taman Free School, Penang |
Ceritanya begini, di sebuah rumah pangsa dimana disini dua lelaki antara penghuni di rumah ini. Seorang lelaki A sudah berkahwin dan menetap di sebelah tingkat atas. Dia mempunyai seorang kawan bernama B dan menetap di sebelah bawah kiri rumahnya. Lelaki B ini masih bujang dan tinggal bersama rakan.
Kebetulan hari cuti, Lelaki A dan B cuti dan melakukan aktiviti masing-masing. Lelaki A membantu isterinya menyidai baju di balkoni belakang rumahnya. Dari balkoni rumahnya boleh nampak balkoni belakang rumah B. Kebetulan....lelaki B baru sudah membasuh baju dan terus dibawa ke balkoni dan terus sidai baju.
Lelaki A ternampak Lelaki B yang sedang menyidai baju lalu teringat untuk menyakat.
"Itulah orang suruh kahwin taknak" sakat lelaki A
Lelaki B menjenguk ke atas lalu ternampak kawannya si A lalu tersenyum.
"Insyaallah" Lelaki B membalas.
"hahahaha" gelak lelaki A selepas menyakat kawannya
.
.
Selepas siap menyidai baju lelaki B masuk ke rumah dan berjumpa rakan serumahnya lalu berkata.
"Mat, Si A sakat aku tadi, masa aku sidai baju tadi"
"tapi...patutkah dia kata kat aku, itulah orang suruh kahwin taknak...sedangkan dia pun tengah sidai baju".
Lelaki B meluahkan rasa tidak puas hati sambil tersengih-sengih.
Ok ini sekadar perkongsian dari kisah benar yang telah diolah dan sekadar perkongsian santai. Jangna ambil serius ok. Tak salah pun tolong bini sidai baju. Tak salah juga orang bujang sidai baju. :p
Jumpa Lagi.