Sketsa Kehidupan | Bila Anak Kecil Bercakap Menggunakan Perkataan Negatif
Setiap hari pasti ada pengalaman baru yang kita hadapi, pelajari dan temui dalam membesarkan anak-anak. Dari bayi yang tidak mampu berdikari sehinggalah besar nanti sehingga mula berdikari dan berfikir untuk menjalani kehidupan. Sampai satu masa aRz dan juga ibubapa lain ada yang telah, sedang dan akan hadapi tahap dimana anak kecil pandai bercakap dan mula berfikir. Waktu ini adalah waktu yang sepatutnya diberi tumpuan dan jangan diabaikan. Kena banyak berinteraksi dan beri perhatian. Masa ini juga mereka mula suka bercerita dan belajar perkataan baru termasuk perkataan negatif. Apa yang aRz kongsikan hari ini cuma pengalaman bila anak mula menggunakan atau menyebut perkataan negatif.
![]() |
Senyum itu satu sedekah | Paintlab |
Bila Anak Sebut Perkataan Negatif
Suka atau tidak kita sebagai ibubapa akan hadapi perkara ini. aRz juga telah hadapi dan mungkin banyak lagi akan dihadapi di masa akan datang. Kita tidak mampu elak tetapi boleh menyedarkan anak-anak mengenai tidak baik menggunakan perkataan seperti ini.
Cik Puteri, satu-satunya anak ketika ini, berusia lingkungan 4 tahun baru-baru ini mengeluarkan satu perkataan negatif seperti "bodoh".
( bukanlah perkataan ini teruk sangat tetapi bagi anak kecil ianya agak tidak berapa sesuai. Malah kita yang sudah dewasa dan besar panjang ni pun akan nampak kurang sopan kalau banyak menggunakan perkataan negatif. Betul kan???)
Terkejut bila dengar perkataan ini dari mulut dia. Sedangkan dia belum bersekolah. Ini bermaksud perkataan ini didengari dari rumah mahupun persekitaran rumah pengasuh. Mungkin aRz juga ada menggunakan perkataan ini ketika memarahi sesuatu. Mungkin tanpa sedar.

Contoh ketika memandu kereta dalam keadaan jem, berdepan pemandu yang biadap dan sebagainya, mungkin...ya mungkin...aRz juga adakala terlupa bahaya mengunakan perkataan yang tidak elok dalam waktu anak sedang belajar bercakap/bertutur atau semakin membesar. Ketika umur ini kanak-kanak memang cepat belajar perkataan baru. Mungkin juga kanak-kanak sekitar rumah pengasuh yang pernah aRz dengar...ada menggunakan perkataan negatif ini.
Apa perlu buat? menangis di tepi bucu katil? atau hentak kepala ke dinding?
Takla...ianya belum teruk. tetapi perkara yang perlu diabil berat dan seringkali kita ambil mudah. Apa nak buat? Buat pembaca blog ini pernah tak hadapi? Ada cara tak?
aRz kongsikan sedikit pengalaman aRz ( sekadar perkongsian dan mungkin satu penyelesaian yang terbaik ) dan aRz juga harapkan semua pembaca dapat juga kongsikan pendapat masing-masing.
![]() |
Kami bertiga di Lumut ketika ini |
1. Kerap Luangkan Masa Bersama Anak-Anak - aRz akan cuba luang masa yang banyak bersama Cik Puteri kalau di rumah. Waktu ini kita akan dapat perasan kalau dia ada sebut apa-apa perkataan negatif. Macam Cik Puteri kalau dia belajar sesuatu maka dia akan kerap menyebutnya. Contoh belajar lagu Let it Go - Frozen, Doa makan, terbaru membaca Al-fatihah ( walaupun pelat sikit bunyi) dan lain-lain. Terkejut juga sebab aaRz belum pernah ajar melainkan masukkan
2. Tegur Secara Baik - Tegur dia dengan cara yang baik. Cakap kat dia tak elok atau tak baik guna perkataan ni. Insyaallah ada masa dia dengar dengan baik. tapi kalau berulang juga mungkin boleh cuba dengan sedikit ketegasan. Jangan lupa waktu sebelum hampir tidur, waktu atau detik paling baik untuk menasihati/bercakap dengan anak. Insyaallah lebih mudah dia dengar dan faham. (Ada masa aRz kongsikan mengenai kebaikan nasihat waktu sebelum tidur)
3. Doa - Doa ini sepatutnya yang paling utama. Ya setiap ibubapa pasti doakan anak-anak yang dikasihani kan? Jangan lupa juga doa khusus agar mudah dididik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa dan terus berdoa. Insyaallah Allah dengar doa ibubapa.
*** Selepas menggunakan 3 langkah ini, Alhamdulillah dengna izin Allah Cik Puteri faham dan tak sebut lagi perkataan bodoh. Errr salah ka sebut perkataan ini? aRz dah terang kat atas tadi kan...jangan salah faham ya. Tapi bila Cik Puteri faham aRz dan isteri terpaksa hadapi satu keadaan baru.
Nak tahu apa?
Minggu lepas, isteri aRz tak ada idea untuk masak.. jadi dia tanya
"abang nak makan apa?"
"simple-simple saja boleh?"
"ok boleh ja" aRz iyakan saja. Kadang yang simple ni lama tak makan memang rasa macam sedap sangat.
"Buat sup sayur, ikan goreng cicah BUDU...boleh?" isteri tanya lagi.
Tak sempat aRz nak jawab Cik Puteri menyampuk...
"Mama tak baiklah cakap bodo...nanti tuhan marah"
aRz pandang isteri. Isteri pandang aRz terdiam kami....huhuhuu
Itu belum lagi kes ajar baca surah Fatihah yang Cik Puteri salah ertikan.... :)
Hadapi dengan senyuman.

huhuhuhuhu |
Kalau ada pembaca dan rakan-rakan yang ada pendapat dan cadangan atau kakak-kakak dan abang-abang yang sudah mempunyai pengalaman seperti ini boleh kongsikan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jumpa Lagi