Pertemuan Cik Puteri Dan Blogger Ibu Anajingga
Pertemuan Cik Puteri dan Blogger Anajingga sebenarnya tidak dirancang senang kata. Kebetulan bercuti bersama keluarga ke Marina Cove Resort (pengalaman bercuti ke Marina Cove Resort Lumut aRz cerita di entri lain) kalau ikutkan pelan asal kami nak ke Rockbound Fishing Chalet tetapi ada beberapa perkara yang tidak sesuai jadi terpaksa mengubah pelan Family Day kali ini. Tetapi alhamdulillah dengan program Family Day telah membawa kepada pertemuan dengan Blogger Ibu Anajingga yang berasal dari Teluk Intan.
Selepas dari family day pada hari ahad sepatutnya dah balik Penang tetapi kebetulan adik ipar dijangka bersalin pada hari Jumaat, jadi aRz dah pun memohon cuti sehingga hari Selasa. Memandangkan baki cuti masih banyak dan kalau nak ke Kajang sekalipun agak dekat. Kalau masih belum bersalin maknanya balik Penang dan batalkan cuti.
Alhamdulillah tepat pagi Jumaat adik ipar selamat melahirkan anak perempuan. Jadi mengikut pelan asal selepas family day terus ke Kajang. Sesudah sampai di kajang sempat whatsapp Kak Ana ( blogger anajingga ) bagitau yang ada di Kajang. Sebelum ini pernah juga nak bertemu tapi tak sempat ada beberapa perkara menyebabkan tak dapat nak berjumpa. Jadi pesan pada Kak Ana, tak berani janji tapi kalau betul-betul nak sampai dekat dengan tempat tinggal kak ana barulah aRz mesej semula.
Alhamdulillah pertemuan dipermudahkan, nak cari jalan ke rumah kak Ana pun mudah. Guna google maps. Inilah kali pertama bertemu selama ini hanya berkenalan di alam blog dan media sosial. Kalau dulu Kak ana yang rajin singgah di blog aRz, masa tu 'mood blogwalking' pun masih ke laut. Kak Ana juga seorang kakak, rakan, mentor yang tak henti-henti memberi nasihat, pandangan tanpa rasa jemu sebagai seorang kakak kepada adiknya.
Kedatangan di sambut oleh Kak Ana dan Abang Halim ( suami ) macam datang raya kebetulan masih lagi bulan Syawal. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan aRz dan keluarga. Cik Puteri macam biasa, awal-awal memang malu sangat, lepas 10-20 minit dah boleh membiasakan diri. ( malu macam abah dia laa :p) Pertemuan yang rasa macam agak singkat. Tak sempat nak berbual panjang. Tapi Kak Ana tetap dengan memberi nasihat dalam blogging dan pesanan dalam melalui hari-hari mendatang.
Inilah kali pertama pertemuan antara Cik Puteri dan Ibu Ana. Selama ini Ibu Ana selalu ssangat cakap nak jumpa dengan Cik Puteri tapi tak berkesempatan. Terima kasih atas jamuan dan buah tangan yang diberikan. Semoga Kak Ana dan Suami serta anak sentiasa dirahmati oleh Allah, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. amin...
Buat yang belum mengenali Blogger Anajingga atau panggilan mesra Kak Ana boleh ke :
blog miliknya www.anajingga.com
instagram : @anajingga
kalau ada yang nak tengok gambar Cik Puteri dengan Ibu Ana >>TEKAN INI<<
Rugi kalau tak berkenalan dengan Blogger Anajingga seorang yang rajin rajin menulis entri berkongsi mengenai kehidupan, resepi, produk dan juga tempat menarik di Teluk Intan. aRz juga banyak belajar dari Kak Ana mengenai blogging. Semoga Kak Ana sihat selalu dan dapat berkongsi lebih banyak ilmu dan nasihat buat kita semua. Insyaallah.