Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak Di Penang

Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak Di Penang Ada yang tanya kat mana tempah kek hari jadi Cik Puteri. Tak sempat aRz nak kongsikan tempohari walaubagaimanapun hari ini nak kongsikan Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Di Penang untuk kanak-kanak. Kalau ikutkan nak beli saja kek dari Secret Recipe tapi atas permintaan Cik Puteri kami tunaikan.  Tempah kek hari jadi baby shark untuk kanak-kanak di penang Bila dah semakin dekat dengan hari jadi Cik Puteri rasa keaadaan semakin tegang, pening mana nak cari pembuat kek. Lepas tu nak kena fikir bagaimana hasil dan rasa. Yela kali pertama bukan mudah nak percaya hasil kerja seseorang kan?  Mujurlah Puan Isteri rajin mencari, nak harapkan aRz memang nak yang mudah beli siap dan tulis diatas kek. Tapi Cik Puteri buat permintaan nak kek baby shark. Selepas Puan Isteri bertanya pada kawan pejabat kemudian ada yang mencadangkan menempah dengan seseorang. Bila tengok hasil kerjanya terus cakap ok jadi saja. Tempah Kek

7 Tips Penjimatan Minyak Petrol

7 Tips Penjimatan Minyak Petrol Tips Penjimatan Minyak Petrol. Sejak harga petrol mula diperkenalkan dengan sistem apungan, minggu ini iaitu 16 November 2017 hingga 22 November 2017. Apabila berlaku kenaikan harga petrol ianya sudah tentu memberi kesan kepada perbelanjaan harian kita dari segi bajet bulanan melainkan pendapatan kita agak tinggi. Nak tahu beberapa tips penjimatan minyak petrol? Tips Penjimatan Minyak Petrol Harga Minyak Petrol 16 November 2017 Sejak petang semalam boleh dikatakan ramai pengguna mula mengisi minyak bagi menjimatkan beberapa ringgit sebelum kenakan berkuatkuasa pada 12 tengah malam. Harga terkini untuk minggu ini adalah  RON 95 - RM 2.38 ( +0.07) RON 97 - RM 2.66 ( +0.06) DIESEL - RM 2.25 ( +0.05) Apa yang boleh dilihat ianya merupakan harga tertinggi bagi kesemua jenis petrol dan diesel. Sikit atau banyak tetap memberi kesan kepada penguna terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Baik jom teruskan dengan Tips Penjimatan

SAPS Ibu Bapa & Sistem KPM - Ibu Bapa Wajib Tahu Mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Ibu Bapa & Sistem KPM - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa Wajib Tahu Saps ibu bapa ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang memudahkan ibu bapa dan pelajar serta guru-guru. Teknologi semakin mengubah kebiasaan yang kita lakukan dulu, hari ini dengan kemudahan internet yang ada ibu bapa dengan mudah untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak. Kalau dahulu pelajar diberikan buku rekod peperiksaan yang mana perlu membawa pulang ke rumah untuk mendapatkan tandatangan ibubapa. Ada yang membawa balik, ada yang meniru tandatangan dan sebagianya. Kini ianya jelas berbeza.  SAPS Ibu Bapa Pertama sekali yang ibu bapa perlu tahu ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang mana diwujudkan untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seperti diterangkan awal-awal sistem ini untuk memudahkan ibubapa dan pelajar untuk membuat semakan tentang keputus

Lirik Lagu Jatuh Bangun Nyanyian Haqiem Rusli

Lirik Lagu Jatuh Bangun Nyanyian Haqiem Rusli Lirik lagu jatuh bangun nyanyian Haqiem Rusli merupakan single terbaru yang dilancarkan pada 27 Oktober 2017. Setelah berjaya dengan dua lagu sebelum ini Tergantung Sepi dan Segalanya kini single terbaru bakal mencipta sebuah kejayaan dalam industri muzik tanahair. Selain dari Lirik lagu Jatuh Bangun ini video yang di kongsi di bawah dibawakan khas oleh ARLETA dengan menggunakan teknologi Augmented Reality. Jatuh Bangun Haqiem Rusli Augmented Reality (AR) merupakan satu teknologi yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan bahan bercetak atau video melalui telefon pintar yang menggunakan aplikasi khas iaitu ARLETA. Muat turun di Google Play. Lirik Lagu Jatuh Bangun Haqiem Rusli Perjalananku Sungguh jauh Ada jatuh ada bangun Dan ku tempuhi  Semuanya Dan terus berlari Cause all i want is time To know you're mine And i want you to know I'm Fine Cause all i want is time To know you'

Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir (Dengan Video)

Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir  Lirik lagu Menang nyanyian Faizal Tahir. Lagu yang dimuatnaik di akaun Youtube Faizal Tahir pada 26 Okt. Lagu menang ini membawa mesej yang baik untuk didengari. Khasnya buat seorang lelaki supaya menghargai wanita. Kita di dunia saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun rasanya sesuai saja untuk kaum wanita pada lelaki sekalipun. Lirik Lagu Menang Mesej yang ingin dibawakan dalam lirik lagu menang nyanyian Faizal Tahir ini mengingatkan aRz tentang amanah seorang lelaki yang bergelar suami terhadap isterinya. Ada di luar sana sang lelaki masih mencari pasangannya dan mengimpikan untuk membahagiakannya tetapi masih belum bertemu jodoh. Sedangkan ada pula yang sudah dipermudahkan jodohnya tetapi tidak menghargainya Membiarkan isteri bekerja sedang lelaki duduk saja di rumah mengharap hasil gaji isterinya tanpa ada halangan yang kukuh seperti penyakit yang serius sehingga tidak mampu bekerja. Itu lain ceritanya. Moga-moga lirik