Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak Di Penang
Ada yang tanya kat mana tempah kek hari jadi Cik Puteri. Tak sempat aRz nak kongsikan tempohari walaubagaimanapun hari ini nak kongsikan Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Di Penang untuk kanak-kanak. Kalau ikutkan nak beli saja kek dari Secret Recipe tapi atas permintaan Cik Puteri kami tunaikan.
![]() |
Tempah kek hari jadi baby shark untuk kanak-kanak di penang |
Bila dah semakin dekat dengan hari jadi Cik Puteri rasa keaadaan semakin tegang, pening mana nak cari pembuat kek. Lepas tu nak kena fikir bagaimana hasil dan rasa. Yela kali pertama bukan mudah nak percaya hasil kerja seseorang kan?
Mujurlah Puan Isteri rajin mencari, nak harapkan aRz memang nak yang mudah beli siap dan tulis diatas kek. Tapi Cik Puteri buat permintaan nak kek baby shark. Selepas Puan Isteri bertanya pada kawan pejabat kemudian ada yang mencadangkan menempah dengan seseorang. Bila tengok hasil kerjanya terus cakap ok jadi saja.
Tempah Kek Hari Jadi Untuk Kanak-Kanak Penang
Baik kita pendekkan cerita. Andai ada yang ingin menempah kek untuk Majlis Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak mahupun dewasa sekitar Pulau Pinang (Penang) boleh hubungi
Puan Norheyanti : FB Norheyanti Mohd Redhowan
![]() |
Kenapa saya beri akaun facebook? sebab boleh tengok dulu hasil yang telah disiapkan sekiranya berkenan di hati boleh terus menghubungi beliau.
Di bawah ini aRz kongsikan beberapa gambar kek hari jadi yang telah disiapkan selain kek hari jadi cik puteri di atas sekali.
![]() |
kek hari jadi kanak-kanak |
Setakat ini dulu. Semoga membantu tuan/puan mencari pembuat kek untuk majlis sambutan hari jadi anak-anak mahupun untuk orang dewasa. Terima kasih kerana sudi membaca Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak di Penang.