Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

HOTEL VALYA | HOTEL DI MERU RAYA BERDEKATAN MAPS PERAK

HOTEL VALYA @ MERU RAYA | HOTEL SELESA BERDEKATAN MOVIE ANIMATION PARK STUDIO (MAPS) PERAK Saya baru saja pulang dari Movie Animation Park Studio atau lebih dikenali MAPS Perak. Teringin nak bawa anak-anak ke MAPS? Nanti saya kongsikan sekali mengenainya cuma terlebih dahulu saya nak kongsikan mengenai hotel Valya di Meru Raya berdekatan MAPS Perak. Sebelum kita pergi bercuti semestinya kita akan mencari hotel yang selesa dan berdekatan degan destinasi kita. Betul tak? Jom baca pengalaman saya menginap di Hotel Valya. kredit tripadvisor.com Sebelum keluar bercuti sudah semestinya perkara pertama yang akan saya dan isteri  bincangkan adalah tempat penginapan atau hotel. Tak adalah cerewet sangat kadang kami tinggal di motel atau hotel budget saja. Tapi sekiranya ada pilihan kami pilih yang selesa sebabnya dah bekeluarga. Untuk kami ke Movie Animation Park Studio (MAPS) ada beberapa kriteria yang kami pilih seperti berikut : DEKAT DENGAN LOKASI YANG HENDAK DITUJUI  Kebi

WARUNG NASI KERABU POK DIN SARAPAN PAGI BEST DI TERENGGANU

WARUNG NASI KERABU POK DIN | SARAPAN PAGI BEST DI KUALA TERENGGANU Kuala Terengganu memang satu lokasi yang tidak asing dengan saya. Sebab inilah kampung kedua selepas berkahwin. Setiap kali balik kampung, dah macam orang pergi bercuti juga sebab nak kena cuba makanan yang sedap dan terbaik di sekitar Kuala Terengganu. Kali ini saya nak kongsikan sikit tempat sarapan pagi yang best pernah dicuba iaitu Warung Nasi Kerabu Pok Din. Nasi Kerabu Pok Din Inilah rupa Nasi Kerabu yang disediakan di Warung Pok Din Kampung Gong Datuk. Orang penang yang selalu makan nasi kandar makan nasi kerabu? Sebenarnya memang menjadi kebiasaannya bila berada di tempat orang kita memang nak rasa sendiri menu makanan tempatan. Bila balik ke Kuala Terengganu, rasanya tak pernah lagi saya cari nasi kandar. Walaupun tahu beberapa tempat yang sediakan nasi kandar. Kalau nak cuba nasi kandar lebih baik di Penang saja. WARUNG NASI KERABU POK DIN Warung Nasi Kerabu Pok Din ini dibuka seawal pagi kalau t