WARUNG NASI KERABU POK DIN | SARAPAN PAGI BEST DI KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu memang satu lokasi yang tidak asing dengan saya. Sebab inilah kampung kedua selepas berkahwin. Setiap kali balik kampung, dah macam orang pergi bercuti juga sebab nak kena cuba makanan yang sedap dan terbaik di sekitar Kuala Terengganu. Kali ini saya nak kongsikan sikit tempat sarapan pagi yang best pernah dicuba iaitu Warung Nasi Kerabu Pok Din.
Inilah rupa Nasi Kerabu yang disediakan di Warung Pok Din Kampung Gong Datuk. Orang penang yang selalu makan nasi kandar makan nasi kerabu? Sebenarnya memang menjadi kebiasaannya bila berada di tempat orang kita memang nak rasa sendiri menu makanan tempatan. Bila balik ke Kuala Terengganu, rasanya tak pernah lagi saya cari nasi kandar. Walaupun tahu beberapa tempat yang sediakan nasi kandar. Kalau nak cuba nasi kandar lebih baik di Penang saja.
Warung Nasi Kerabu Pok Din ini dibuka seawal pagi kalau tak silap jam 6.30 pagi sehingga 2 petang. Betulkan jika saya tersilap. Kebiasaannya saya ke kedai ini antara jam 10 pagi - 12 tengahari. Sebab ini adalah waktu saya akan balik ke Penang. Makan dulu sebelum bertolak balik.
Warung nasi kerabu pok din ini terletak di jalan utama laluan dari Kuala Terengganu-Kelantan/Utara. Terletak di Kampung Gong Datuk. Lebih senang diantara UNISZA dan Padang Nenas. Boleh juga melihat lokasi secara jelas di dalam peta Google yang akan saya kongsikan di bawah.
Menu istimewa semestinya Nasi kerabu. Ada juga nasi lain seperti nasi minyak. Lauk kebiasaan yang saya akan ambil telur masin, ayam bakar, daging bakar. Cuma baru-baru ini saya mencuba kambing bakar madu. Sedap rupanya rugi sebelum ni tak pernah cuba, tapi yang sebenarnya langsung tak tahu ada kambing bakar.
Kalau ikutkan ada sebuah lagi kedai di Gong Kapas iaitu berdekatan area bandar, tak pernah sampai pun lagi. Secara umumnya kedai selesa dan bersih. Cuma ramai orang kena bersabar, tapi tak perlu beratur terlalu lama.
Saya tak tahu bagaimana nak ceritakan tahap kesedapan sesuatu menu. Tapi dari segi rasa memang saya makan sampai habis. Orang tempatan pun ramai yang ke sini. Jadi saya yakin ianya menepati citarasa orang-orang tempatan.
Sebab lain saya ke sini, kerana tahap keselesaan kedai dan kebersihan. Sejak berkeluarga, paling tepat sejak ada anak memang saya memilih tempat makan yang selesa untuk makan. Kalau warung terlalu kecil pun agak kurang selesa.
Ini kerana orang Malaysia masih lagi kurang menghormati hak orang lain atau adab bila dikhalayak ramai terutama perokok. Main sedap mulut ja hisap di mana-mana saja, tanpa toleh kiri kanan untuk pastikan ada tak kanak-kanak sekeliling mereka. Tapi kadang anak sendiri di sebelah pun diorang tak kisah, apatah lagi anak orang kan? Tiba-tiba 'emo' bab merokok di kedai makan,
![]() |
Nasi Kerabu Pok Din |

WARUNG NASI KERABU POK DIN
Warung Nasi Kerabu Pok Din ini dibuka seawal pagi kalau tak silap jam 6.30 pagi sehingga 2 petang. Betulkan jika saya tersilap. Kebiasaannya saya ke kedai ini antara jam 10 pagi - 12 tengahari. Sebab ini adalah waktu saya akan balik ke Penang. Makan dulu sebelum bertolak balik.
![]() |
Warung Nasi Kerabu Pok Din |
Warung nasi kerabu pok din ini terletak di jalan utama laluan dari Kuala Terengganu-Kelantan/Utara. Terletak di Kampung Gong Datuk. Lebih senang diantara UNISZA dan Padang Nenas. Boleh juga melihat lokasi secara jelas di dalam peta Google yang akan saya kongsikan di bawah.
Menu istimewa semestinya Nasi kerabu. Ada juga nasi lain seperti nasi minyak. Lauk kebiasaan yang saya akan ambil telur masin, ayam bakar, daging bakar. Cuma baru-baru ini saya mencuba kambing bakar madu. Sedap rupanya rugi sebelum ni tak pernah cuba, tapi yang sebenarnya langsung tak tahu ada kambing bakar.
![]() |
Kambing Bakar MaduWarung Nasi Kerabu Pok Din Kuala Terengganu |
Kalau ikutkan ada sebuah lagi kedai di Gong Kapas iaitu berdekatan area bandar, tak pernah sampai pun lagi. Secara umumnya kedai selesa dan bersih. Cuma ramai orang kena bersabar, tapi tak perlu beratur terlalu lama.
Saya tak tahu bagaimana nak ceritakan tahap kesedapan sesuatu menu. Tapi dari segi rasa memang saya makan sampai habis. Orang tempatan pun ramai yang ke sini. Jadi saya yakin ianya menepati citarasa orang-orang tempatan.
Sebab lain saya ke sini, kerana tahap keselesaan kedai dan kebersihan. Sejak berkeluarga, paling tepat sejak ada anak memang saya memilih tempat makan yang selesa untuk makan. Kalau warung terlalu kecil pun agak kurang selesa.
Ini kerana orang Malaysia masih lagi kurang menghormati hak orang lain atau adab bila dikhalayak ramai terutama perokok. Main sedap mulut ja hisap di mana-mana saja, tanpa toleh kiri kanan untuk pastikan ada tak kanak-kanak sekeliling mereka. Tapi kadang anak sendiri di sebelah pun diorang tak kisah, apatah lagi anak orang kan? Tiba-tiba 'emo' bab merokok di kedai makan,
Sekiranya anda bercuti ke Kuala Terengganu jangan lupa untuk mencuba hidangan yang disediakan di sini. Jadikan Warung Nasi Kerabu Pok Din di Gong Datuk, Kuala Terengganu sebagai salah satu tempat sarapan pagi dan makan tengahari.
Maaf sebab tak dapat nak kongsikan harga makanan disini sebab setiap kali ke sini kakak ipar saya selalu belanja, tetapi harga adalah standard.

UPDATED peta lokasi ke Nasi Kerabu Sedap Di Kuala Terengganu
Jumpa Lagi.