Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu Rasa Jus Mangga Sebenar

Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu Rasa Mangga Jus Sebenar

Jus Mangga atau lebih dikenali dengan Mr Adib Manggo Juice yang di jual di Kampung Kubang Badak, jalan Tok Jembal Kuala Terengganu dengan rasa jus sebenar menarik perhatian ketika berada di Kuala Terengganu. Kebetulan baru-baru ini merupakan musim panas dapat pula sebekas air jus sebenar memang melegakan tekak. Nampak gaya sudah menjadi antara salah satu lokasi air jus yang menarik di Kuala Terengganu.

Kiosk Jus Sebenar di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu juga terkenal dengan Air buah gelas besar di sebelah malam. Kalau sebelum ini memang itulah lokasi yang aRz akan terjah. Tetapi setelah terjumpa kiosk Mr Adib Manggo Juice ini rasanya tak perlu tunggu gerai air buah gelas besar buka.

Lokasi kiosk ini berada di Jalan Tok Jembal diantara Universiti Malaysia Terengganu menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Lebih mudah lagi ia betul-betul bersebelahan dengan NAG Snow Wash. Nampak saja kiosk seperti dibawah dan tertulis Mr Adib Manggo Juice bermakna anda berada di lokasi yang sebenar.

Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu Rasa Jus Mangga Sebenar, air jus mangga sedap, kisok jus mangga kuala terengganu, jus buah kuala terengganu,
Mr Adib Manggo Juice

jus buah mangga kuala terengganu, air buah mangga sedap kuala terengganu, rasa buah sebenar, mr adib manggo juice,
Manggo Juice Mr Adib
Mr Adib Manggo Juice ini dengan tagline rasa jus sebenar rasanya agak tepat bukan sahaja jus tetapi ada potongan kecil buah mangga yang boleh dikatakan agak sedap dan puashati. Harga jus mangga ini adalah RM 5 sebekas. Rasa dulu baru tahu.

Cik Puteri dan Mr Adib Manggo Juice

Semoga perkongsian ini membantu anda terutamanya orang luar yang bercuti ke Kuala Terengganu dan juga warga Terengganu sendiri mana tahu ada yang teringin nak minum jus dengan rasa buah sebenar.

Terima kasih kerana sudi membaca Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu.

{ 19 comments.. read them below or add one }

raihanah raihanah 30 Mar 2017, 08:49:00
nampak sangat menyelerakan
Normi Nieza Normi Nieza 30 Mar 2017, 09:20:00
mcm kat area umah sewa cik nor dlu jer tmpat dia tu..hehe
Nor Azimah Nor Azimah 30 Mar 2017, 13:32:00
Arz blk teganu lama ke? Akk blk kejap jr, isnin blk, khamis dh blk KL semula, 2 hari je ddk sana. Tapi mmg kt sana tgh musim panas, terbalik plak, kt KL asyik hujan, tulahkan Allah boleh buat apa saja.
Sedapnya nmpk mango juice tu, feveret akk ni, lain kali blk teganu nk cari juga lah.
aRzMoHa aRzMoHa 30 Mar 2017, 13:37:00
dari hari sabtu sampai hari khamis kak...
aRzMoHa aRzMoHa 30 Mar 2017, 13:37:00
buah mangga makan saja pun dah sedap...jus lagi best hehe
aRzMoHa aRzMoHa 30 Mar 2017, 13:38:00
yaka cik nor...air buah memang dah femes di kuala terengganu ni kan
aRzMoHa aRzMoHa 30 Mar 2017, 13:38:00
lebih sedap di musim panas
dear anies dear anies 30 Mar 2017, 15:15:00
mak aiiii nampak sedaplah!
Uncle Zuan Uncle Zuan 30 Mar 2017, 22:45:00
pernah jumpa macam ni waktu kat China tempoh hari. pure mangga :D
...in the swim... ...in the swim... 31 Mar 2017, 10:10:00
Manggo juice sangat sedap tapi awas gula yang tersembunyi didalamnya.
Farrah MF Farrah MF 31 Mar 2017, 16:19:00
Fuhhh! Menggoda betul jus mangganya!
zarul farhana zarul farhana 2 Apr 2017, 01:14:00
nampk sedappp...
simple dan menarik la kedai dia..
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz 4 Apr 2017, 13:13:00
ramai sangat yg jual air mangga sekarang ni.. kedai ni plak cute
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 5 Apr 2017, 12:48:00
Ok balik ganu kakg kekya terjah sini hehehe
Nour Adieb Nour Adieb 6 Apr 2017, 12:59:00
kalau rasa sodap & jus sebenar, berbaloi tu RM5 ��

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih