5 Malam Mustajab Doa
5 Malam Mustajab Doa dikongsikan oleh Ustaz Fawwaz dalam kuliahnya. Terdetik untuk berkongsi. Sambil berkongsi sambil menjadi ingatan buat diri sendiri. Dalam setahun ada 5 malam Mustajab Doa. Sebagai Muslim doa adalah senjata. Samada kita gembira, kita bersedih, kita mengharap, kita kecewa apa saja perasaan jangan lupa untuk berdoa.
Malam Mustajab Doa
Sebesar manapun dosa kita berdoalah memohon ampun. Sebesar manapun ujian yang mendatang doalah semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya. Seandainya bersedih sekalipun berdoalah mengadu pada Allah SWT. Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hari-hari kita jangan lupa untuk berdoa.
Orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong. Allah suka hambanya meminta padaNya. Mintalah yang baik-baik. Diaman saja kita berada boleh berdoa tidak ada hadnya. Tahukah bahawa ada 5 Malam Mustajab Doa
Seandainya kita benar-benar mempunyai hajat mahupun tidak cubalah berdoa di 5 malam yang mustajab ini mudah-mudahan dimakbulkan. Tetapi jangan pula kecewa seandainya doa belum dimakbulkan. Mungkin Allah ingin menguji kita sebelum memperkenankan doa kita.
5 Malam Mustajab Doa ini menurut imam Syafie Rahimahullah
- Malam Jumaat
- Malam Hari Raya Aidil Fitri
- Malam Hari Raya Aidil Adha
- Malam Awal Rejab (malam pertama bulan rejab)
- Malam Nisfu Sya'ban
![]() |
Kredit #darulmurtadza |
Sebanyak mana pun permintaan kita berdoalah. Andai kita tahu hebatnya senjata doa ini. Jangan lepaskan peluang. Walaupun ada beberapa malam yang kita hanya temui sehari sahaja dalam setahun, tetapi ada satu malam yang kita bertemu setiap minggu. Jangan lepaskan peluang untuk berdoa.
Selain daripada itu jangan lupa rukun doa mudah-mudahan dengan mengamalkan rukun doa ini memudahkan lagi doa kita diperkenankan. Insyaallah ada masa aRz kongsikan rukun doa. Berdoa perlu dengan yakin doa akan di makbulkan. Seandainya doa belum dimakbulkan jangan bersedih jangan hampa jangan kecewa. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kita bersabar. Mungkin juga Allah suka bila kita berdoa maka Allah lewatkan sedikit perkenankan doa kita agar kita tidak menjadi hamba yang lupa.
Setakat ini dahulu semoga perkongsian ini berguna untuk semua peringkat umur. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai 5 Malam Mustajab Doa dan jangan lupa untuk kongsikan pada sahabat.