5 Malam Mustajab Doa

5 Malam Mustajab Doa

5 Malam Mustajab Doa dikongsikan oleh Ustaz Fawwaz dalam kuliahnya. Terdetik untuk berkongsi. Sambil berkongsi sambil menjadi ingatan buat diri sendiri. Dalam setahun ada 5 malam Mustajab Doa. Sebagai Muslim doa adalah senjata. Samada kita gembira, kita bersedih, kita mengharap, kita kecewa apa saja perasaan jangan lupa untuk berdoa. 

5 malam mustajab doa, malam doa diperkenankan, 5 malam doa dimakbulkan, kebaikan doa malam hari raya aidil fitri, kebaikan doa malam aidil adha, kelebihan berdoa malam jumaat, kelebihan berdoa malam nisfu sya'ban, kelebihan berdoa malam 1 rejab,
5 malam Mustajab Doa

Malam Mustajab Doa

Sebesar manapun dosa kita berdoalah memohon ampun. Sebesar manapun ujian yang mendatang doalah semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya. Seandainya bersedih sekalipun berdoalah mengadu pada Allah SWT. Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hari-hari kita jangan lupa untuk berdoa. 

Orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong. Allah suka hambanya meminta padaNya. Mintalah yang baik-baik. Diaman saja kita berada boleh berdoa tidak ada hadnya. Tahukah bahawa ada 5 Malam Mustajab Doa

Seandainya kita benar-benar mempunyai hajat mahupun tidak cubalah berdoa di 5 malam yang mustajab ini mudah-mudahan dimakbulkan. Tetapi jangan pula kecewa seandainya doa belum dimakbulkan. Mungkin Allah ingin menguji kita sebelum memperkenankan doa kita.

5 Malam Mustajab Doa ini menurut imam Syafie Rahimahullah



  1. Malam Jumaat
  2. Malam Hari Raya Aidil Fitri
  3. Malam Hari Raya Aidil Adha
  4. Malam Awal Rejab (malam pertama bulan rejab)
  5. Malam Nisfu Sya'ban
5 malam mustajab doa, bila doa mustajab, berdoa pada malam mustajab doa, 5 malam dalam setahun doa mustajab, 5 malam doa mudah dimakbulkan,
Kredit #darulmurtadza

Sebanyak mana pun permintaan kita berdoalah. Andai kita tahu hebatnya senjata doa ini. Jangan lepaskan peluang. Walaupun ada beberapa malam yang kita hanya temui sehari sahaja dalam setahun, tetapi ada satu malam yang kita bertemu setiap minggu. Jangan lepaskan peluang untuk berdoa.

Selain daripada itu jangan lupa rukun doa mudah-mudahan dengan mengamalkan rukun doa ini memudahkan lagi doa kita diperkenankan. Insyaallah ada masa aRz kongsikan rukun doa. Berdoa perlu dengan yakin doa akan di makbulkan. Seandainya doa belum dimakbulkan jangan bersedih jangan hampa jangan kecewa. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kita bersabar. Mungkin juga Allah suka bila kita berdoa maka Allah lewatkan sedikit perkenankan doa kita agar kita tidak menjadi hamba yang lupa.

Setakat ini dahulu semoga perkongsian ini berguna untuk semua peringkat umur. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai 5 Malam Mustajab Doa dan jangan lupa untuk kongsikan pada sahabat.

Comments

  1. Doa itu bicara hamba dengan Pencipta..seperti anak kecil yang bersungguh minta gula-gula.....merayu...menangis...sentiasa setiap waktu..lambat atau cepat in shaa Allah terlaksana juga..kesungguhan itu utama.terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Salam Jumaat Arz

    ReplyDelete
  3. Salam hujung minggu...terima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama untuk kebaikan bersama bunda

      Delete
  4. Thank you sharing. kadang2 kita sbg manusia biasa selalu terlepas pandang pada waktu2 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah sama-sama kita mencari peluang dan amalkannya

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga doa2 arz sentiasa termakbul ..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. sentiasa ingat mengingati.. semoga kita sentiasa Istiqamah dalam berdoa... =)

    ReplyDelete
  7. Dan ada lagi satu malam

    Yang tuan Arz moha lupa

    Malam apa yang makbul doa

    selain 5 malam yang yang tuan beri tu
    .






    Jawapannya

    2/3 malam terakhir setiap hari.

    Solat tahajud waktu ni makbul doanya

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang baik... sangat bermanfaat dan mengingatkan sesama Islam...

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni tak berapa pasti bila hari2 doa mustajab.. Alhamdulillah dapat kepastian melalui entri ini.. Terima kasih saudara aRzMoHa..

    ReplyDelete
  10. Subhanallah.. terima kasih atas perkongsian ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan memakbulkan segala doa... aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih