Info Terkini Banjir Di Pulau Pinang 15 September 2017
Hujan sejak tengah malam lagi tengah mengakibatkan beberapa tempat di Pulau Pinang khasnya di kawasan pulau dinaiki air. Selain banjir di beberapa kawasan di Pulau Pinang, terdapat beberapa pokok tumbang dan tanah runtuh. Paras air laut juga mungkin salah satu sebab banjir berlaku selain daripada hujan sejak tengah malam.
![]() |
Info Terkini Banjir Di Pulau Pinang |
Bangun pagi tadi air dah mula naik di hadapan rumah. Begitu juga menerima pesanan whatsapp air sudah naik di beberapa tempat. Selepas mandi dan siap tengok paras air semakin naik. Bagai tak ada tanda-tanda untuk surut. Nampaknya terpaksa cuti begitu juga Cik Puteri tak dapat ke sekolah.
Sebenarnya telah keluar amaran cuaca buruk jam 5.02am 15 September 2017 dan dijangka sehingga lewat petang.
![]() |
Amaran cuaca buruk |
![]() |
Paras Air Laut |
Walaubagaimanapun semua pihak telah turun untuk membantu kepada yang memerlukan ianya meliputi MBPP, JKR, Polis, Bomba, JPAM, JPS dan lain-lain yang terlibat. Tahniah diatas tindakan yang cepat dan membantu orang awam.
Setakat jam 2.30 petang 15 September 2017, tanda-tanda air surut mula kelihatan dan mungkin semua jalan dapat dibuka tidak lama lagi.
![]() |
Farlim, Penang |
![]() |
Pokok Tumbang |
Bagi mereka yang inginkan maklumat cepat dan pantas boleh lawati Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang Di sini >>>> MBPP <<<<
Dah lama sebenarnya tak melalui pengalaman banjir. Teringat kenangan banjir di Pulau Pinang. Ketika aRz dilahirkan dan masih dalam tempoh pantang kalau tak silap sebenarnya pada waktu banjir. Lagipun keadaan tanah rumah arwah Tok yang agak rendah berbanding kawasan lain dan bersebelahan sungai.
Kemudian melalui pengalaman kedua sekitar Tadika atau Darjah 1 dimana empangan Air Itam terpaksa dibuka menyebabkan banjir yang meliputi banyak kawasan di Pulau Pinang.
Kenaikan paras air hari ini masih dalam keadaan biasa dan tidak seteruk sebelum ini. Sama-sama kita doakan semoga keadaan disini semakin baik. Insyaallah.