Awesome Food | Capati Sedap Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang
Kalau sebut MAJ semestinya orang akan teringat capati dan kuah yang begitu sedap dan menepati citarasa. Setelah tutup beberapa minggu kini MAJ mula beroperasi. Tak tahulah samada Gerai makanan MAJ yang popular dengan capati di sebelah pagi dan petang popular di kalangan orang luar tetapi bagi orang Penang MAJ memang sudah popular sejak dulu lagi.
![]() |
Capati MAJ |
Capati Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang
Gerai makanan MAJ ini kalau di waktu pagi waktu bekerja memang ramai. Ini kerana terdapat banyak pejabat di sekitar sini. Lagipun rasanya kuahnya yang menarik memang menjadi tarikan. Sebenarnya aRz memang pernah merasainya sebelum bergiat dalam penulis blog. Tetapi kini alang-alang dah sampai saja nak kongsikan kepada pembaca blog yang mungkin dari negeri lain atau pelancong asing.
Pulau Pinang memang terkenal dengan kuah kari dari campuran rempah yang istimewa. Memang surrr kata orang penang. Antara kuah pilihan adalah kuah Sambal Sardin dan juga Kambing Cincang...Tetapi masih ada banyak pilihan kuah lagi. Yang lain kena mai cuba lagi.
Bukan hanya capati tetapi bagi mereka yang memang sudah kebiasaan makan yang agak berat sedikit boleh mencuba nasi dengan kuah yang disediakan. Insyaallah nexti time boleh cuba.
![]() |
Capati MAJ kredit gambar pada sahabat Amz Imba |
Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba sendiri menu yang terdapat di gerai makanan MAJ ini boleh lihat peta di bawah. Lokasi gerai ini sebenarnya berdekatan dengan makanan-makanan yang terbaik juga sekitar georgetown. Kalau ada yang nak food review memang boleh sangat.
Gerai Makanan dan Minuman MAJ
30, Lebuh Ah Quee, Gerogetown
10300, Georgetown, Pulau Pinang
Moga artikel ini membantu anda menemui makanan yang menarik di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun jangan lupa berhenti sebelum kenyang dan banyak minum air kosong untuk menjaga kesihatan. Terima kasih kerana sudi membaca Capati Sedap Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang