Capati Sedap Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang

Awesome Food | Capati Sedap Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang

Kalau sebut MAJ semestinya orang akan teringat capati dan kuah yang begitu sedap dan menepati citarasa. Setelah tutup beberapa minggu kini MAJ mula beroperasi. Tak tahulah samada Gerai makanan MAJ yang popular dengan capati di sebelah pagi dan petang popular di kalangan orang luar tetapi bagi orang Penang MAJ memang sudah popular sejak dulu lagi.

capati di gerai makanan MAJ, capati sedap penang, awesome food penang, makanan terbaik penang, mencari capati sedap di penang, kuah kari kambing,
Capati MAJ

Capati Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang

Gerai makanan MAJ ini kalau di waktu pagi waktu bekerja memang ramai. Ini kerana terdapat banyak pejabat di sekitar sini. Lagipun rasanya kuahnya yang menarik memang menjadi tarikan. Sebenarnya aRz memang pernah merasainya sebelum bergiat dalam penulis blog. Tetapi kini alang-alang dah sampai saja nak kongsikan kepada pembaca blog yang mungkin dari negeri lain atau pelancong asing. 

Pulau Pinang memang terkenal dengan kuah kari dari campuran rempah yang istimewa. Memang surrr kata orang penang. Antara kuah pilihan adalah kuah Sambal Sardin dan juga Kambing Cincang...Tetapi masih ada banyak pilihan kuah lagi. Yang lain kena mai cuba lagi.

Bukan hanya capati tetapi bagi mereka yang memang sudah kebiasaan makan yang agak berat sedikit boleh mencuba nasi dengan kuah yang disediakan. Insyaallah nexti time boleh cuba.

Capati di gerai makanan MAJ Penang, capati sedap, capati pagi dan petang, capati kuah kari best, capati kuah kari kambing,
Capati MAJ kredit gambar pada sahabat Amz Imba

Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba sendiri menu yang terdapat di gerai makanan MAJ ini boleh lihat peta di bawah. Lokasi gerai ini sebenarnya berdekatan dengan makanan-makanan yang terbaik juga sekitar georgetown. Kalau ada yang nak food review memang boleh sangat.

Gerai Makanan dan Minuman MAJ
30, Lebuh Ah Quee, Gerogetown
10300, Georgetown, Pulau Pinang



Moga artikel ini membantu anda menemui makanan yang menarik di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun jangan lupa berhenti sebelum kenyang dan banyak minum air kosong untuk menjaga kesihatan. Terima kasih kerana sudi membaca Capati Sedap Gerai Makanan MAJ Lebuh Ah Quee Penang

Comments

  1. Sedapnya..tengok kuahnya tu ngam sangat..pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kuah dia pekat sesedap rasa...cuma kedai dia ni kadang buka kadang tutup...mungkin ada masalah yang sedang diusahakan selesai...ramai peminatnya

      Delete
  2. Singgah sini, banyak lagi nak explore kat Penang ni.. hemm

    ReplyDelete
  3. abang Halim rajin makan capati ni Arz, dia kata bagus untuk jaga kesihatan sebab tak berminyak kan... :)

    ReplyDelete
  4. Capati dengan kuah kari kambing cincang dan teh tarik(?) yang berbuih dalam dalam gambar tu sangatlah mengancam.

    ReplyDelete
  5. Wah jadi pengen nyoba, enak kayaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang ke Malaysia wajib singgah penang, negeri kaya dengan makanan berempah

      Delete
  6. sedapnya capati.. dah lama tak makan capati sedap... nanti balik , kalau rajin leh cuba..tak gitewwww..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy balik penang singgah la...tapi dua tiga hari ni gi MAJ tutup hari sabtu dan ahad

      Delete
  7. Assalamualaikum selamat pagi tuan arz moga

    memang makan makan saja duduk penang ya

    ReplyDelete
  8. Dah pernah pergi. Memang sedap!

    ReplyDelete
  9. saya pun minat dgn capati, sedap kan

    ReplyDelete
  10. capati ni kalu kena cara buatnya mmg sedap x hengat

    ReplyDelete
  11. Capati memang feveret saya. Bolehlah singgah jika menjejakkan kaki di Pulau Pinang

    ReplyDelete
  12. aritu ambo gi penang, make tosey paha aye besaq rm8

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih