Wajib Singgah Kedai Coklat Penang | Georgetown Heritage Chocolate & 1st Chocolate Museum In Penang
Baru-baru ini bersama dengan Blogger Utara kami serbu ke sebuah kedai coklat di Penang. Wajib singgah kalau dah sampai di Penang sambil ke tempat-tempat menarik sekitar Georgetown. Kedai coklat ini diberi nama Georgetown Heritage Chocolate Penang yang mana terdapat bermacam coklat yang bermutu tinggi dan berkualiti. Sambil singgah ke kedai coklat kami juga buat sedikit lawatan ke 1st Chocolate Museum in Penang. Menarik tak? Teruskan membaca....
Sebenarnya aRz sendiri pun tak tahu kewujudan Georgetown Heritage Chocolate Penang sebelum salah seorang dari Blogger Utara maklumkan mengenai jemputan dari pemilik kedai coklat ini iaitu Puan Farhana Shariff. Tak dapat bayang kedai coklat yang macam mana lagi. Yela biasanya beli coklat di supermarket ja. Rupanya seakan butik coklat.
![]() |
Georgetown Heritage Chocolate Penang |
Sebenarnya aRz sendiri pun tak tahu kewujudan Georgetown Heritage Chocolate Penang sebelum salah seorang dari Blogger Utara maklumkan mengenai jemputan dari pemilik kedai coklat ini iaitu Puan Farhana Shariff. Tak dapat bayang kedai coklat yang macam mana lagi. Yela biasanya beli coklat di supermarket ja. Rupanya seakan butik coklat.
Georgetown Heritage Chocolate Penang
Georgetown Heritage Chocolate Penang ini menurut pemiliknya iaitu Puan Farhana merupakan kedai coklat yang menampilkan produk coklat-coklat yang bermutu tinggi dan biasanya dibuat menggunakan butter cocoa atau cocoa mass. Kuantiti atau kandungan butter cocoa inilah yang sebenarnya membezakan kualiti sesuatu coklat.
Coklat yang dihasilkan dan dijual di Malaysia dan juga Eropah sebenarnya amat berbeza dari segi kandungan butter cocoa. Begitu juga dipasaran kita. Senang cerita kandungan gula yang lebih. Tahu tak coklat adalah makanan yang boleh menghilangkan stress dan memberi tenaga dan menambah libido. Tapi yang betul-betul kaw coklat sehingga 70%.. harga memang mahal sikit dari coklat biasa tetapi memang berbaloi dan sedap.
Sebelum tu nak kenalkan sikit Blogger Utara yang dapat hadir adalah
- Pha Is ( www.budakpening.com)
- Lyana Ishak ( www.lyanaishak.com)
- Timm ( www.fatimahnabila.com
- Kak Marsha ( www.marshaliza.com)
- Zya ( misszyaroses.blogspot.com)
- Cik En ( www.nurfuzie.com)
dan aRz sendiri.....Korang pun membaca lebih lanjut dari blog-blog diatas.
Ini memang cerita mengenai coklat sahaja. Nama pun ke kedai coklat kan. Selain daripada coklat yang bermutu tinggi, homemade ianya juga mendapat Halal Jakim.
Disini memang terdapat coklat yang dihasilkan sendiri dan juga di kilang ianya terdiri daripada jenis coklat pralin, panned dan juga bar. Terdapat juga pralin homemade dengan pelbagai perisa antaranya durian, buah pala dan juga mint. Pernah cuba coklat perisa ni?
![]() |
Coklat yang terdapat di Georgetown Heritage Chocolate |
![]() |
Coklat yang terdapat di GHC |
![]() |
Coklat dengan bungkusan yang cantik dan kemas sesuai dijadikan hadiah |
![]() |
Fidani |
![]() |
GHC |
![]() |
Fidani GHC |
![]() |
Fidani |
![]() |
Banyak pilihan coklat |
Memang terdapat banyak coklat di Georgetown Heritage Chocolate Penang. Menurut pemilik kedai ini kebanyakan pengunjung yang singgah disini adalah daripada kalangan pelancong luar negara dan juga pelajar sekolah. Ini kerana terdapat sekolah di sebelah kedai coklat ini. Paling penting terdapat diskaun untuk pelajar sekolah
Jangan risau takut tersalah beli kerana terdapat sample coklat disediakan yang mana anda boleh mencuba terlebih dahulu. Teringat zaman sekolah memang aRz sangat minat dengan coklat boleh dikatakan setiap bulan wajib beli coklat. Tetapi mula berhenti sejak sambung belajar dan seterusnya bekerja sehingga ada anak perlu kawal minat pada coklat.
Rasanya lepas ini wajib beli setiap bulan dan sorokkan dari Cik Puteri. Boleh tak camtu? Untuk pengetahuan semua Cik Puteri lah orang paling bahagia bila sampai ke kedai coklat yang menarik di Penang ni. Mana tidaknya dapat mencuba hampir semua coklat termasuk Homemade pralin yang berharga RM 5 sebiji. Memang bahagia...Semua coklat Cik Puteri cuba walaupun perisa durian..dia tak makan durian sebenarnya hehe.
Selain dari tu Cik Puteri bila jumpa kawan macam biasa hampir terlupa abah dan mama. Seronok sangat bermain dengan anak Kak Marsha. Buktinya ada di bawah.
![]() |
Cik Puteri |
![]() |
Cik Puteri bersama kawan |
1st 3D Chocolate Museum In Penang
Selain daripada boleh membeli belah coklat, anda boleh juga memasuki 1st Chocolate Museum in Penang. Mungkin semua sudah tahu yang Pulau Pinang memang kaya dengan kepelbagaian muzium yang menarik dan lain dari yang lain. Apa yang ada di muzium coklat serta harga yang dikenakan?
![]() |
3D Chocolate Museum Penang |
Muzium chocolate atau 3D Chocolate Museum ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian. Di awalnya terdapat perkongsian asal usul penemuan coklat, siapa yang mula-mula menghasilkan coklat dan bagaimana ianya mula tersebar. Walaubagaimanapun mata aRz tertumpu pada hiasan di bahagian siling seakan coklat yang sedang mencair...sedap ja nampak. Tau tak siapa yang mula menemui coklat? Datangla sini untuk selanjutnya....
Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah
ADULT (with MYKAD): RM14.00
ADULT (with MYKAD): RM10.00
ADULT (without MYKAD): RM 24.00
KID (without MYKAD): RM 20.00
![]() |
Coklat di bahagian siling |
Kemudian terdapat bahagian bagaimana coklat dihasilkan dan peralatan yang digunakan. Disini kami diterangkan secara lanjut bagaimana pemprosesas coklat cara dahulu. Sekarang memang 100% kilang melainkan coklat homemade yang dihasilkan di kedai coklat ini.
Terlupa nak maklum kalau ke kedai coklat ini anda boleh melihat bagaimana coklat-coklat homemade dihasilkan begitu juga kek coklat.
![]() |
Antara peralatan yang digunakan suatu ketika dahulu |
Terdapat juga bahagian dimana fakta mengenai coklat yang boleh anda baca dan dapat manfaatkan sebelum ke bahagian 3D. yang mana boleh mengambil gambar kenang-kenangan. Begitu juga kami difahamkan masih terdapat bahagian yang dalam pembinaan dan bakal dibuka kepada pengunjung lebih kurang beberapa bulan lagi.
![]() |
Fakta-fakta coklat |
Dah sampai pun di penghujung cerita. Dimana lokasi Georgetown Heritage Chocolate Penang dan museum ini?
Georgetown Heritage Chocolate
30, Lebuh light
10200 Georgetown
Penang, Malaysia
Waktu Operasi
10am - 8pm
Ahad-Sabtu
Tel: +604261 0118
E-Mail: penang.ghc@gmail.com
Website : http://georgetownherittagechocolate.com/
Facebook : https://www.facebook.com/penang.ghc/
Sebelum tamat, Di Georgetown Heritage Chocolate Penang ini anda boleh mengadakan sesi DIY ( ibu & anak, Bapa & Anak, Suami & Isteri) iaitu membuat chocolate sendiri pada harga RM 40 untuk satu sesi. Untuk sesi ini sebaiknya bertanya terus dengan pihak Georgetown Heritage Chocolate terma dan syarat.
Semoga entri ini membantu dan memberi penerangan secukupnya. Jangan lupa jadikan antara lokasi yang wajib dikunjungi sekiranya ke Pulau Pinang. Sebab lokasi kedai coklat ini dekat sangat dengan Padang Kota Lama ( Esplanade).
Terima kasih kerana sudi membaca Wajib Singgah Kedai Coklat Penang | Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum In Penang