Wajib Singgah Kedai Coklat Penang | Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum In Penang

Wajib Singgah Kedai Coklat Penang | Georgetown Heritage Chocolate & 1st Chocolate Museum In Penang

Baru-baru ini bersama dengan Blogger Utara kami serbu ke sebuah kedai coklat di Penang. Wajib singgah kalau dah sampai di Penang sambil ke tempat-tempat menarik sekitar Georgetown. Kedai coklat ini diberi nama Georgetown Heritage Chocolate Penang yang mana terdapat bermacam coklat yang bermutu tinggi dan berkualiti. Sambil singgah ke kedai coklat kami juga buat sedikit lawatan ke 1st Chocolate Museum in Penang. Menarik tak? Teruskan membaca....

georgetown heritage chocolate penang, kedai coklat di penang, tempah coklat diy penang, kat mana nak buat coklat sendiri, 1st Chocolate Museum in Penang,
Georgetown Heritage Chocolate Penang

Sebenarnya aRz sendiri pun tak tahu kewujudan Georgetown Heritage Chocolate Penang sebelum salah seorang dari Blogger Utara maklumkan mengenai jemputan dari pemilik kedai coklat ini iaitu Puan Farhana Shariff. Tak dapat bayang kedai coklat yang macam mana lagi. Yela biasanya beli coklat di supermarket ja. Rupanya seakan butik coklat.

Georgetown Heritage Chocolate Penang

Georgetown Heritage Chocolate Penang ini menurut pemiliknya iaitu Puan Farhana merupakan kedai coklat yang menampilkan produk coklat-coklat yang bermutu tinggi dan biasanya dibuat menggunakan butter cocoa atau cocoa mass. Kuantiti atau kandungan butter cocoa inilah yang sebenarnya membezakan kualiti sesuatu coklat. 

Coklat yang dihasilkan dan dijual di Malaysia dan juga Eropah sebenarnya amat berbeza dari segi kandungan butter cocoa. Begitu juga dipasaran kita. Senang cerita kandungan gula yang lebih. Tahu tak coklat adalah makanan yang boleh menghilangkan stress dan memberi tenaga dan menambah libido. Tapi yang betul-betul kaw coklat sehingga 70%.. harga memang mahal sikit dari coklat biasa tetapi memang berbaloi dan sedap.

georgetown heritage chocolate penang, kedai coklat di penang, tempah coklat diy penang, kat mana nak buat coklat sendiri, 1st Chocolate Museum in Penang, kedai coklat halal, tempah coklat untuk hadiah,
Blogger Utara di Georgetown Heritage Chocolate Penang
Sebelum tu nak kenalkan sikit Blogger Utara yang dapat hadir adalah
- Pha Is ( www.budakpening.com)
- Lyana Ishak ( www.lyanaishak.com)
- Timm ( www.fatimahnabila.com
- Kak Marsha ( www.marshaliza.com)
- Zya ( misszyaroses.blogspot.com)
- Cik En ( www.nurfuzie.com)
dan aRz sendiri.....Korang pun membaca lebih lanjut dari blog-blog diatas.

Ini memang cerita mengenai coklat sahaja. Nama pun ke kedai coklat kan. Selain daripada coklat yang bermutu tinggi, homemade ianya juga mendapat Halal Jakim.

Disini memang terdapat coklat yang dihasilkan sendiri dan juga di kilang ianya terdiri daripada jenis coklat pralin, panned dan juga bar. Terdapat juga pralin homemade dengan pelbagai perisa antaranya durian, buah pala dan juga mint. Pernah cuba coklat perisa ni?

kedai coklat penang, penang chocolate shop, penang halal chocolate, georgetown heritage chocolate penang, kedai coklat halal, butik coklat,
Coklat yang terdapat di Georgetown Heritage Chocolate
chocolate, chocolate shop, chocolate boutique, homade chocolate, kedai coklat halal penang, georgetown heritage chocolate, muzium chocolate georgetown, tempat menarik sekitar georgetown,
Coklat yang terdapat di GHC
chocolate, chocolate shop, chocolate boutique, homade chocolate, kedai coklat halal penang, georgetown heritage chocolate, muzium chocolate georgetown, tempat menarik sekitar georgetown,
Coklat dengan bungkusan yang cantik dan kemas sesuai dijadikan hadiah
chocolate, chocolate shop, chocolate boutique, homade chocolate, kedai coklat halal penang, georgetown heritage chocolate, muzium chocolate georgetown, tempat menarik sekitar georgetown,
Fidani

chocolate, chocolate shop, chocolate boutique, homade chocolate, kedai coklat halal penang, georgetown heritage chocolate, muzium chocolate georgetown, tempat menarik sekitar georgetown,
GHC
Fidani GHC
love, chocolate love, coklat bentuk love, gambar love, georgetown heritage chocolate, coklat homemade
Fidani
arzmoha di georgetown heritage chocolate, penang blogger, blogger utara, aktiviti blogger utara,
Banyak pilihan coklat

Memang terdapat banyak coklat di Georgetown Heritage Chocolate Penang. Menurut pemilik kedai ini kebanyakan pengunjung yang singgah disini adalah daripada kalangan pelancong luar negara dan juga pelajar sekolah. Ini kerana terdapat sekolah di sebelah kedai coklat ini. Paling penting terdapat diskaun untuk pelajar sekolah

Jangan risau takut tersalah beli kerana terdapat sample coklat disediakan yang mana anda boleh mencuba terlebih dahulu. Teringat zaman sekolah memang aRz sangat minat dengan coklat boleh dikatakan setiap bulan wajib beli coklat. Tetapi mula berhenti sejak sambung belajar dan seterusnya bekerja sehingga ada anak perlu kawal minat pada coklat. 

Rasanya lepas ini wajib beli setiap bulan dan sorokkan dari Cik Puteri. Boleh tak camtu? Untuk pengetahuan semua Cik Puteri lah orang paling bahagia bila sampai ke kedai coklat yang menarik di Penang ni. Mana tidaknya dapat mencuba hampir semua coklat termasuk Homemade pralin yang berharga RM 5 sebiji. Memang bahagia...Semua coklat Cik Puteri cuba walaupun perisa durian..dia tak makan durian sebenarnya hehe.

Selain dari tu Cik Puteri bila jumpa kawan macam biasa hampir terlupa abah dan mama. Seronok sangat bermain dengan anak Kak Marsha. Buktinya ada di bawah.

anak blogger, anak blogger malaysia, cik puteri, cik puteri arzmoha, georgetown heritage chocolate,
Cik Puteri

georgetown heritage choolate, kedai coklat di penang, kedai coklat halal penang, chocolate shop, chocolate boutique in penang, tempat menarik di georgetown, padang kota,
Cik Puteri bersama kawan

1st 3D Chocolate Museum In Penang

Selain daripada boleh membeli belah coklat, anda boleh juga memasuki 1st Chocolate Museum in Penang. Mungkin semua sudah tahu yang Pulau Pinang memang kaya dengan kepelbagaian muzium yang menarik dan lain dari yang lain. Apa yang ada di muzium coklat serta harga yang dikenakan?

georgetown heritage chocolate penang and 3D Chocolate museum, kedai coklat, muzium coklat, beli coklat sedap kat mana,
3D Chocolate Museum Penang

Muzium chocolate atau 3D Chocolate Museum ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian. Di awalnya terdapat perkongsian asal usul penemuan coklat, siapa yang mula-mula menghasilkan coklat dan bagaimana ianya mula tersebar. Walaubagaimanapun mata aRz tertumpu pada hiasan di bahagian siling seakan coklat yang sedang mencair...sedap ja nampak. Tau tak siapa yang mula menemui coklat? Datangla sini untuk selanjutnya....

Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah 

ADULT (with MYKAD): RM14.00
ADULT (with MYKAD): RM10.00
ADULT (without MYKAD): RM 24.00
KID (without MYKAD): RM 20.00

georgetown heritage chocolate penang, kedai coklat penang, coklat cair, chocolate melting, best chocolate shop in penang,
Coklat di bahagian siling

Kemudian terdapat bahagian bagaimana coklat dihasilkan dan peralatan yang digunakan. Disini kami diterangkan secara lanjut bagaimana pemprosesas coklat cara dahulu. Sekarang memang 100% kilang melainkan coklat homemade yang dihasilkan di kedai coklat ini. 

Terlupa nak maklum kalau ke kedai coklat ini anda boleh melihat bagaimana coklat-coklat homemade dihasilkan begitu juga kek coklat.

3d chocolate museum, kedai coklat, mesin membuat chocolate, asal usul coklat, georgetown heritage chocolate,
Antara peralatan yang digunakan suatu ketika dahulu 

Terdapat juga bahagian dimana fakta mengenai coklat yang boleh anda baca dan dapat manfaatkan sebelum ke bahagian 3D. yang mana boleh mengambil gambar kenang-kenangan. Begitu juga kami difahamkan masih terdapat bahagian yang dalam pembinaan dan bakal dibuka kepada pengunjung lebih kurang beberapa bulan lagi.

georgetown heritage chocolate penang, kedai coklat di penang, coklat sebagai hantaran, muzium coklat penang,
Fakta-fakta coklat

Dah sampai pun di penghujung cerita. Dimana lokasi Georgetown Heritage Chocolate Penang dan museum ini?

Georgetown Heritage Chocolate 
30, Lebuh light
10200 Georgetown
Penang, Malaysia

Waktu Operasi 

10am - 8pm
Ahad-Sabtu

Tel: +604261 0118
E-Mail: penang.ghc@gmail.com


Sebelum tamat, Di Georgetown Heritage Chocolate Penang ini anda boleh mengadakan sesi DIY ( ibu & anak, Bapa & Anak, Suami & Isteri) iaitu membuat chocolate sendiri pada harga RM 40 untuk satu sesi. Untuk sesi ini sebaiknya bertanya terus dengan pihak Georgetown Heritage Chocolate terma dan syarat.

Semoga entri ini membantu dan memberi penerangan secukupnya. Jangan lupa jadikan antara lokasi yang wajib dikunjungi sekiranya ke Pulau Pinang. Sebab lokasi kedai coklat ini dekat sangat dengan Padang Kota Lama ( Esplanade).

Comments

  1. menarik...pelbagai jenis coklat ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak selian boleh DIY coklat sendiri

      Delete
  2. rambang matalah bila masuk kedai coklat macam ni..hadoiii...semua sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap....tambahan ianya betul betul coklat

      Delete
    2. memang sedap....tambahan ianya betul betul coklat

      Delete
  3. Ya Allah.....seronoknya...puas hati kalau gini...sebab yakin bersih..halal..lagi2 bila tahu pemiliknya...PC suka coklat.Cuma sekarang tidak sekerap dulu membeli..kalau beli pun makan sikit-sikit...wah Cik puteri dapat makan coklat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC bila tahu ianya halal dan siapa pemiliknya kita lebih yakin nak makan.

      Cik Puteri memang minat sangat sehingga terpaksa control

      Delete
  4. Kena pergi ni.. Memang kegemaran saya coklat2 ni..

    Lawa gambar2 ni.. pakai kamera apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DC wajib singgah ke kedai coklat di penang ini.

      Terima kasih gambar diambil menggunakan DSLR

      Delete
  5. Alamak tuan. TIap kali saya borong coklat. Tak lama lepas tu mesti gigi sakit

    berlubang

    ReplyDelete
  6. menarik....sayangnya tak dapat join sekali hari tu kalau tak bolehlah rasa pelbagai variasi coklat.

    ReplyDelete
  7. gambar kilang takde ye Arz?ke kilang dia kat tempat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kilang di lokasi lain...tetapi di dalam kedai ini ada kawasan untuk melihat coklat dan kek dihasilkan atau nak mencuba DIY coklat sendiri

      Delete
  8. Insya Allah akan kesana nanti utk membeli coklat sbg hantaran kawen anak akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga menemui coklat yang terbaik buat majlis anak akak nanti

      Delete
  9. wah..coklat! macam2 jenis ada. mesti pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah jangan tak singgah pasti tak kecewa

      Delete
  10. wow coklat... di Malaysia berapa harga coklat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terdapat pelbagai harga....singgah la ke sini

      Delete
  11. Adussss. Tengok gambar pun dah terliur nih

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi sampai muzium coklat ni. Nanti kalau datang Penang lagi nak singgah jugaklah. Hakak tak berapa suka sangat coklat tp boleh je layan...
    Suka coklat yang ada kacang ...

    ReplyDelete
  13. Seriously saye pun tak pernah tahu kewujudan 3D chocklat museum ni. haritu pergi penang tak singgah pun. btw tqq sharing

    ReplyDelete
  14. kalau pegi penang wajib singgah sini beli coklat banyak2

    ReplyDelete
  15. kalau da msk ni sure payah sy nk keluar nanti hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih