Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar
Cuti sekolah dah pun bermula. Teringat percutian yang agak singkat 2 hari 1 malam ke Alor Setar atas urusan yang perlu diselesaikan. Selain daripada urusan yang perlu diselesaikan aRz sempat juga singgah ke Zakaria Laksa Teluk Kechai yang terletak di Jalan Kuala Kedah Alor Setar. Bila sampai ke tempat orang mesti rasa nak cuba makanan yang menarik atau famous di kawasan itu.
![]() |
Zakaria Laksa Teluk Kechai |
Laksa Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah Alor Setar
Sebenarnya aRz ingat-ingat lupa samada pernah sampai atau tidak disini sebelum ini. Lihat pada rupa kawasan rumah kedai ini seakan pernah sampai suatu masa dahulu. Zaman kamera nokia. Tak apalah lupakan saja kisah lama hehe...
Sebelum bercerita lebih jauh, aRz bukan seorang peminat laksa. Kalau ada depan mata belum tentu makan.
Cumanya disebabkan kali ini berjalan ke tempat orang sesekali nak juga rasa apa yang best Laksa Teluk Kechai ni.
Di bawah antara menu yang sempat aRz sekeluarga cuba. Antaranya adalah laksa, satay dan ABC. ABC sama saja macam di tempat lain. Tak ada special. Kalau ada pun cuma diletakkan aiskrim.

Satay yang disediakan disini boleh dikatakan sedap juga. Sengaja order satay disebabkan Cik Puteri memang tak makan laksa, dia cuma makan satay. Memang antara kesukaan dia. Banyak juga yang Cik Puteri makan aRz cuma dapat rasa 2 saja daripada 10 cucuk. Kalau tak silap harga dalam RM 0.70 secucuk. Boleh tahan harganya.
![]() |
CIk Puteri kusyuk makan satay |
Laksa Teluk Kechai. Ini dia menu utama. Memandangkan Puan Isteri memang suka laksa lagi lagi Laksa Penang. Cuma takkan ke Alor Setar masih nak makan laksa penang? Bila ke tempat orang kita cuba makanan yang biasa di makan oleh orang tempatan kan?
Kelainannya Zakaria Laksa Teluk Kechai ini berbanding laksa penang ada beberapa. Antaranya sambal nyok (sambal kelapa). aRz sempat cuba rasa sambal nyok saja sedap juga dan kuah agak ceroi berbanding laksa penang yang pekat dan pedas. Dari sayur pula memang berbeza. Sayur yang ada seakan ulam. aRz sendiri pun tak dapat pastikan sayur yang diletakkan. Tetapi memang lain dari yang lain. Senang kata kalau nak tahu betul-betul kelainan laksa disini...kena mai cuba sendiri. Terkejut juga Puan Isteri bila aRz makan sampai habis hehehe....
Walaubagaimanapun kalau laksa kedah yang aRz tahu mesti ada telur rebus. Disini juga disediakan telur rebus yang diletakkan di atas meja. Kalau nak ambil dan maklumkan masa membuat pembayaran nanti.
Sekiranya teringin nak mencuba laksa di Zakaria Laksa Teluk Kechai dan nak tahu dimana terletaknya lokasi kedai ini boleh rujuk maklumat di bawah.
Zakaria Laksa Teluk Kechai
250, Jalan Kuala Kedah,
Kampung Klong Hoi
06600 Kuala Kedah,
Telefon: 04-762 1071
GPS Coordinate: 6.095206, 100.320114
Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar

aRz, tak cari ke laksa ikan sekoq? Sedap juga tu