Bila Rindu Seseorang
Hai semua, bila hati rindu pada seseorang adakala tak keruan jadinya. Tetapi rindu ini tak seteruk orang dilamun cinta. Mana tidaknya mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Niat hari ini bukan nak menulis mengenai percintaan. Walaupun kekadang terfikir nak menulis juga khas untuk panduan remaja. Insyaallah nanti andai ada masa terluang. Bila rindu seseorang.....
![]() |
Cik Puteri |
Rindu Cik Puteri Masa Kecil
Rasa macam cepat sangat waktu berlalu. Pejam celik pejam celik Cik Puteri dah pun meningkat umur dah hampir memasuki 5 tahun. Teringat masa mula-mula wujudkan blog hanya untuk kongsi gambar Cik Puteri dan juga gambar-gambar lain.
Kebetulan baru-baru ni mencari gambar lama dalam hardisk terjumpa gambar ini. Cik Puteri masih kecil. Inilah gaya rambut setiap pagi. Kusut macam Anna dalam Filem Animasi Frozen. Boleh lihat disini Anna vs Cik Puteri.
Waktu anak masih kecil rakam gambar dan video sebanyak mungkin itulah kenangan yang boleh dilihat dan ditonton semula. Mungkin bila mereka membesar nanti boleh lihat semula bagaimana pe'el atau telatah mereka masa kecil.
Bila rindu seseorang, rindu Cik Puteri masa kecil biasa aRz tengok semula gambar ini dan video yang ada. Tersenyum melihat telatah Cik Puteri masa kecil. Korang pula kalau rindu anak (anak sedara khas yang belum berkahwin/ belum dikurniakan zuriat) apa yang korang buat pula?
Cara Menyimpan Gambar dan Video Dengan Selamat
1. Album
Pilih gambar yang menarik, efit dan bukukan. Ada banyak cara untuk bukukan dan banyak juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. Buku lebih selamat berbanding menyimpan di dalam CD atau Hardisk. Sekiranya video saya pun agak kurang pasti mana tempat yang selamat.
2. Hardisk/ CD/ Pendrive
Jika sudah bukukan, maka jawapan kedua adalah menyimpan menggunakan hardisk/CD/pendrive berbanding menyimpan secara online. Ini kerana kita tak tahu berapa lama sesebuah perkhidmatan online itu mampu bertahan, seperti blog, drive, cloud, facebook dan sebagainya. Walaubagaimanpun cubalah sentiasa memeriksa keadaan barangan ini dari masa ke masa kerana ianya mempunyai tempoh hayat tertentu.
Setakat ini dahulu perkongsian Bila Rindu Seseorang. Sekiranya ada cadangan dan pendapat cara menyimpan gambar dan video dengan selamat boleh kongsikan di ruangan komen. Amat dialu-alukan. Terima Kasih