Skip to main content

Review Film Cars 3 | Bersara atau Terus Berjuang?

Review Filem Animasi Cars 3 | Bersara atau Terus Berjuang

Aktiviti hujung minggu sudah pasti bagi seorang Lifestyle & Parenting Blogger adalah meluangkan masa bersama keluarga. Anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. mereka memerlukan ibubapa untuk luangkan masa bersama dalam proses mengenali erti sebuah kehidupan. Baru-baru ini sempat menonton wayang Filem Animasi Cars 3 yang mana aRz rasakan agak lebih tepat mengatakan Bersara atau Terus Berjuang. Sambil mengambil semangat Sukan Sea KL 2017 yang masih lagi berlangsung. Jom baca sedikit review mengenai Cars 3 dari Disney Pixar.

disney cars 3, disney movie cars 3, review filem cars 3 malaysia, lightning mc queen vs jackson storm, nilai positif dalam cars 3, malaysia parenting blogger
Disney Cars 3 | credit to google images

aRz dan keluarga (termasuk Cik Puteri) sepatutnya ke menghabiskan hujung minggu ke Bukit Bendera tetapi Cuti Sekolah memang agak kurang mengizinkan, terlalu ramai pengunjung dalam dan luar negeri. Jadi kami ubah keputusan untuk menonton wayang yang sesuai dengan Cik Puteri. Dengan membeli tiket 'couple seat' lebih selesa menonton bertiga.

Cars 3 adalah sambungan daripada Cars dan juga Cars 2. Cumanya Cars 2 agak kurang menarik bila ada babak spy yang membuatkan kanak-kanak agak hilang tumpuan. Bila menonton dengan anak ianya agak susah untuk menjawab persoalan demi persoalan kenapa dengan babak ini.

Cars 3 seakan Cars dimana lebih fokus pada perlumbaan. Cumanya ianya merupakan kisah dimana pengakhiran kerjaya Lightning McQueen. Kita tahu setiap kejayaan pasti akan ada pengakhirannya. Ianya mula dipanggil Lagenda. Terdapat banyak lagenda samada di negara kita mahupun luar negara.

Bila seseorang itu akan bersara? Teringat kata-kata Cal Weathers rakan Lightning McQueen " Mentor saya selalu berkata saya tak tahu bila waktunya sehingga seorang baru akan beritahu bila masanya"

Disini babak sedih mula bermula selepas perlumbaan mereka dikejutkan dengan pelumba baru iaitu Jackson Storm dimana kereta yang baru dan canggih mula diperkenalkan dan mengalahkan semua kereta lain. Syarikat tajaan mula menggantikan dengan kereta baru. Zaman berubah. Teknologi berubah. Nama-nama baru mula mencipta kejayaan.

Kehadiran Jackson Storm tidak melemahkan semangat Lightning McQueen. Dia tidak berputus asa dan berusaha untuk kembali bersaing. Malangnya dia akhirnya kemalangan. Ramai yang mula tertanya-tanya adakah juara Lightning McQueen bakal bersara atau menamatkan kariernya.

Lightning McQueen mempunyai rakan-rakan yang hebat yang sentiasa memberi sokongan serta penaja yang hebat. Dia kembali tetapi penaja sudah berpindah milik dan mempunyai tempat latihan yang canggih serta pelatih yang hebat.

Disini dia mula berjumpa Cruz Raminez (dibintangi oleh Cristela Alonzo). Pelatih yang bakal membantunya. Tetapi Lightning Mc Queen tidak berminat dengan latihan yang canggih tetapi lebih kepada latihan yang sebenar.

Akhirnya dia buntu sehingga terpaksa mencari Smokey, Ketua krew perlumbaan untuk Doc Hudson. Kalau tengok dari Cars mesti dah kenal siapa Doc Hudson. (tengok gambar)

cars 3, doc hudson, doc hudson tiada dalam cars 3, review filem animasi cars 3, review filem cars 3 malaysia, bersara atau terus berjuang,
Doc Hudson | credit to google images

smokey cars 3, review filem animasi car 3, cars 3 film review, review cars 3 malaysia, smokey cars 3, filem animasi 2017, cars 3 2017,
Smokey | credit to google images

Saat pertemuan dengan Smokey ada babak di mana dia kongsikan dengan Lightning McQueen apa yang terjadi selepas Doc Hudson juga pernah kemalangan dalam perlumbaan sehingga dipaksa bersara. Walaupun sudah bersara Doc masih berbangga kerana berjaya membantu Lightning McQueen berjaya dalam perlumbaan. Sedikit sebanyak memberi motivasi kepada Lightning Mc Queen.

Dalam latihan bersama Smokey, Lightning McQueen ditemani pelatihnya Cruz. Dalam sesi latihan Lightning tidak berjaya memotong atau memenangi Cruz. Mungkin kerana Cruz merpuakan kereta yang agak canggih berbanding Lightning.

Setelah tamat latihan Lightning McQueen kembali ke perlumbaan untuk menentukan kerjayanya. Sekiranya kalah dia bakal terpaksa bersara. Bagaimana kesudahannya? Lightning McQueen memulakan perlumbaan tetapi diakhirkan dengan perlumba baru yang menggantikannya. Siapa? Jawapannya akan terjawab sekiranya korang menonton di pawagam berdekatan.

Reaksi Cik Puteri Menonton Cars 3?

Mula-mula risau juga kalau Cik Puteri kurang berminat. Ini kerana Cars 2 tidak berjaya menarik minat Cik Puteri. Mungkin sebab Cars 2 lebih menonjolkan ke arah penyiasatan seakan Filem James Bond membuatkan kanak-kanak kurang memberi perhatian. Orang dewasa mungkin faham. 

Menonton Filem Animasi Cars 3 di TGV 1st Avenue di mulakan dengan filem pendek Lost and Found. Bagus juga filem pendek ini kepada kanak-kanak dan mengajar kanak-kanak menghargai mainan dan hak rakan-rakan. Cik Puteri mula bertanya "Abah mana Cars?". Mula menunjukkan rasa teruja. Walaupun ada part yang mana Cik Puteri mula hilang tumpuan tetapi boleh dikatakan 80% tumpu pada filem ini.

cars 3, disney pixar animation film review, kids watching cars 3, nilai positif dalam filem animasi cars 3 pada kanak-kanak, review filem cars 3 malaysia, cars 3 in malaysia, Lightning McQueen bersara atau terus berjuang,


Nilai Positif Dalam Cars 3 

Ada beberapa nilai positif yang menarik khasnya untuk anak-anak. Mungkin anak-anak kurang faham mereka lebih tumpu pada kartun animasi. Tetapi inilah peranan ibubapa untuk menerangkan sambil berkomunikasi dengan anak-anak. Bercakap dan terus bercakap ianya memberikan perhubungan dua hala dan mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak. Banyak sebenarnya Filem animasi barat memberikan kesan positif yang baik, walaupun animasi ini tidak masuk akal. Nama pun animasi kan?

Nilai positif dalam filem animasi Disney Pixar Cars 3 :


1. Semangat juang yang tinggi.
Anak-anak masih dalam proses pembelajaran. Adakala dalam proses pembelajaran mereka mudah mengalah. Ala...ibubapa juga pernah merasai pengalaman ini kan. Adakala kita mengalah bila sampai tahap yang agak susah.

Dalam filem animasi Cars 3 ini Lightning McQueen juga mula sampai tahap dia mula ingin mengalah disebabkan gagal menandingi persaingnya Jackson Storm. Ditambah dengan rakan seperjuangannya Cal Weather dari pasukan Dinoco mula bersara. Tetapi Lightning McQueen terus bangkit dan berjuang. Dia yakin pada dirinya. Semangat juang yang tinggi patut anak-anak contohi.

2. Memberi Peluang Kepada Orang lain Bukan Beerti Kalah

Memberi peluang kepada orang lain bukan beerti kalah. Adakala kita perlu lihat kemampuan kita. Ada masa kita boleh lihat ada orang yang pentingkan diri walaupun tidak mampu lagi untuk terus berjuang dimana muncul orang yang lebih muda tetapi kita tidak memberikan laluan atau peluang.

Memberi peluang bukan beerti kalah, mengalah, atau bersara. Tidak semestinya. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang mampu berkongsi pengalaman dalam satu-satu bidang yang dah lama kita ceburi. Masih belum nampak? Sebagai contoh pemain bola sepak negara sampai satu masa ia terpaksa bersara mungkin umur sudah mencapai tahap maksimum atau kecederaan yang menyebabkan tidak mampu beraksi lagi.

Tidak semestinya terus bersara dan tinggalkan dunia yang diminati, sebaliknya menjadi motivator, penasihat, pelatih kepada generasi baru. Walaupun tidak lagi berada di dalam gelanggang sebaliknya ia masih menjadi sebahagian dari penyumbang kejayaan.

Begitu juga pada babak akhir Cars 3 dimana Lightning McQueen akhirnya menjadi Ketua Krew perlumbaan pada pelumba baru. Menarik.

Filem Cars 3 lebih menarik berbanding Cars 2 dan sesuai buat kanak-kanak untuk menontonnya agar nilai positif yang ditunjukkan dalam filem ini memberi kesan untuk anak-anak kita. Walaubagaimanapun mungkin terdapat banyak lagi nilai positif dalam filem animasi Cars 3 ini yang tidak aRz tuliskan seperti kehadiran Smokey yang tidak sombong untuk memberi tunjuk ajar dan ilmu pada Lightning McQueen. Jangan mengalah dan teruskan berjuang.

Jika belum menonton jangan lupa ke pawagam berdekatan. Jumpa Lagi

Sekian terima kasih kerana sudi membaca Review Filem Cars 3 | Bersara atau Terus Berjuang

Comments

  1. Replies
    1. menarik...apatah lagi kalau tengok dari yang pertama

      Delete
  2. Belum tengok lagi, hahaha dah sampai 3 rupanya. Dulu tengok yg first je. adoi jauh tertinggal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama kan yang 1st tu rasanya 2006 macam tu..tengoklah menarik juga...beri suntikan semangat untuk kita terus berdaya saing

      Delete
  3. betul..balik cik puteri pun masih bertanya...kita kena terangkan pula...link kan dengan pembelajaran di sekolah agar dia semakin minat belajar

    haha dah lama tak tengok filem 18 tahun keatas since ada anak ni

    ReplyDelete
  4. still ada nilai2 positive dlm cita ni..bagus ni

    ReplyDelete
  5. anak anak ibu mesti suka tengok cerita ni

    tahniah tuan sebab luangkan masa untuk anak anak

    ReplyDelete
  6. Even hanya sebuah filem kartun, tetapi banyak pengajaran dan mesej2 positif yang ada pada nya. thats why saye kadang tak kisah layan kartun. nampak cam bebudak, tapi tak sebenarnya. hahaha

    ReplyDelete
  7. Cars ni bagi saya, kartun untuk remaja dan dewasa.Agak heavy.huhu.

    ReplyDelete
  8. mcqueen tetap hero pujaan hati.. mmg follow citer Cars cuma yang baru ni tak tengok lagi.. laterla hihi..

    ReplyDelete
  9. bangga filem ni ada sentuhan drpd anak malaysia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...