Bila Rindu Seseorang

Bila Rindu Seseorang

Hai semua, bila hati rindu pada seseorang adakala tak keruan jadinya. Tetapi rindu ini tak seteruk orang dilamun cinta. Mana tidaknya mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Niat hari ini bukan nak menulis mengenai percintaan. Walaupun kekadang terfikir nak menulis juga khas untuk panduan remaja. Insyaallah nanti andai ada masa terluang. Bila rindu seseorang..... 

Cik Puteri, Anak blogger malaysia, kids, cik puteri arzmoha, anak blogger arzmoha, kanak-kanak bangun tidur, bila rindu, tips menyimpan gambar dengan selamat, cara menyimpan gambar dengan selamat, cara menyimpan gambar dan video anak dengan selamat, blogger malaysia, kisah anak blogger malaysia,
Cik Puteri

Rindu Cik Puteri Masa Kecil

Rasa macam cepat sangat waktu berlalu. Pejam celik pejam celik Cik Puteri dah pun meningkat umur dah hampir memasuki 5 tahun. Teringat masa mula-mula wujudkan blog hanya untuk kongsi gambar Cik Puteri dan juga gambar-gambar lain.

Kebetulan baru-baru ni mencari gambar lama dalam hardisk terjumpa gambar ini. Cik Puteri masih kecil. Inilah gaya rambut setiap pagi. Kusut macam Anna dalam Filem Animasi Frozen. Boleh lihat disini Anna vs Cik Puteri.

Waktu anak masih kecil rakam gambar dan video sebanyak mungkin itulah kenangan yang boleh dilihat dan ditonton semula. Mungkin bila mereka membesar nanti boleh lihat semula bagaimana pe'el atau telatah mereka masa kecil.

Bila rindu seseorang, rindu Cik Puteri masa kecil biasa aRz tengok semula gambar ini dan video yang ada. Tersenyum melihat telatah Cik Puteri masa kecil. Korang pula kalau rindu anak (anak sedara khas yang belum berkahwin/ belum dikurniakan zuriat) apa yang korang buat pula?

Cara Menyimpan Gambar dan Video Dengan Selamat


Bagaimana nak menyimpan gambar dan video supaya dapat dilihat di masa hadapan? Kalau ikutkan terdapat banyak cara untuk memastikan gambar dan video selamat. Tetapi bila fikirkan memang tiada cara yang selamat 1005 sebenarnya tetapi bolehlah mengambil beberpaa langkah ini yang dirasakan dalam menyimpan pada satu jangka masa yang lama.

1. Album

Pilih gambar yang menarik, efit dan bukukan. Ada banyak cara untuk bukukan dan banyak juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. Buku lebih selamat berbanding menyimpan di dalam CD atau Hardisk. Sekiranya video saya pun agak kurang pasti mana tempat yang selamat.

2. Hardisk/ CD/ Pendrive

Jika sudah bukukan, maka jawapan kedua adalah menyimpan menggunakan hardisk/CD/pendrive berbanding menyimpan secara online. Ini kerana kita tak tahu berapa lama sesebuah perkhidmatan online itu mampu bertahan, seperti blog, drive, cloud, facebook dan sebagainya. Walaubagaimanpun cubalah sentiasa memeriksa keadaan barangan ini dari masa ke masa kerana ianya mempunyai tempoh hayat tertentu.

Setakat ini dahulu perkongsian Bila Rindu Seseorang. Sekiranya ada cadangan dan pendapat cara menyimpan gambar dan video dengan selamat boleh kongsikan di ruangan komen. Amat dialu-alukan. Terima Kasih


{ 23 comments.. read them below or add one }

Noor Azlan Noor Azlan 14 Aug 2017, 14:22:00
Betul tu... Bila tengok balik gambar2 lama memang mengulit kenangan silam... rasa nak kembali pada waktu tersebut..
PeRdU cINta PeRdU cINta 14 Aug 2017, 14:52:00
Rasa rindu yang dtg susah di jangka..melihat gambar-gambar lama itu solusinya..melihat gambar akan terimbas semuanya.Sangat indah.
Mimi Azirah Mimi Azirah 14 Aug 2017, 15:57:00
Samalah..akak kadang kadang suka tgk gambar anak anak mse diorg kecil.akak smpn sume gbar dlm hp..x berkesempatan print.
dear anies dear anies 14 Aug 2017, 16:11:00
rindu hadir dlm pelbagai bentuk
mamapp mamapp 14 Aug 2017, 23:20:00
Bila rindu datang.. berjurai2 air Mata.. yelah rindu pada org yg dah tiada mana x sedih kan
Dedaun Comel Dedaun Comel 14 Aug 2017, 23:47:00
Comelnya cik puteri

Sekarang ni mudah sikit kan.. dengan teknologi boleh simpan gambar2 dengan mudah.. kalau takut hilang boleh simpan kat google drive jg
raihanah raihanah 15 Aug 2017, 09:48:00
baca al fatihah jugak time2 rindu tu
Aimi Syafiqah Aimi Syafiqah 16 Aug 2017, 00:59:00
Bila dah rindu tu mula lah scroll gallery handphone^^

Singgah dari https://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/08/we-made-it-babe.html
zarul farhana zarul farhana 16 Aug 2017, 21:44:00
klau rindukan anak buah... tgk pic balik..xpon call ja...
mamapp mamapp 16 Aug 2017, 22:48:00
Gambar cik puteri ni sorang ke dua orang hihii.. mmg betul, rakamkan gambar Dan video diorg byk2. Bila dh besar sikit mmg rindu zaman diorg kecil kan
...in the swim... ...in the swim... 17 Aug 2017, 20:33:00
Dalam dunia nyata tidak ada time tunnel . . .



aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 03:09:00
benar Puan....hanya kenangan
aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 03:10:00
Cik Puteri seorang sahaja...aRz edit dan masukkan bersama

Betul aRz mula rindu telatah diwaktu kecil...dan hargai waktu sekarang juga
aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 03:10:00
huhuhu...kadang call pun tak hilang rindu...kena peluk cium...
aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 03:12:00
rindu adakala bertandang Tuan MKL
aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 03:15:00
kan...tetapi masa tetap berlalu dengan pantas
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 28 Aug 2017, 09:04:00
macam rambut heroin citer Brave la.. hehehe..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih