Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar

Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar

Cuti sekolah dah pun bermula. Teringat percutian yang agak singkat 2 hari 1 malam ke Alor Setar atas urusan yang perlu diselesaikan. Selain daripada urusan yang perlu diselesaikan aRz sempat juga singgah ke Zakaria Laksa Teluk Kechai yang terletak di Jalan Kuala Kedah Alor Setar. Bila sampai ke tempat orang mesti rasa nak cuba makanan yang menarik atau famous di kawasan itu.

laksa teluk kechai, zakaria laksa teluk kechai, zakaria laksa teluk kechai alor setar, laksa teluk kechai sambal nyok, laksa sambal nyok, makan menarik dan famous di alor setar kedah, laksa teluk kechai, malaysia best food,
 Zakaria Laksa Teluk Kechai

Laksa Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah Alor Setar

Sebenarnya aRz ingat-ingat lupa samada pernah sampai atau tidak disini sebelum ini. Lihat pada rupa kawasan rumah kedai ini seakan pernah sampai suatu masa dahulu. Zaman kamera nokia. Tak apalah lupakan saja kisah lama hehe...

Sebelum bercerita lebih jauh, aRz bukan seorang peminat laksa. Kalau ada depan mata belum tentu makan.
Cumanya disebabkan kali ini berjalan ke tempat orang sesekali nak juga rasa apa yang best Laksa Teluk Kechai ni.

Di bawah antara menu yang sempat aRz sekeluarga cuba. Antaranya adalah laksa, satay dan ABC. ABC sama saja macam di tempat lain. Tak ada special. Kalau ada pun cuma diletakkan aiskrim.

abc, ais kacang, air batu campur, malaysia best food, laksa teluk kechai, zakaria laksa teluk kechai, zakaria laksa teluk kechai alor setar, laksa teluk kechai sambal nyok, laksa sambal nyok, makan menarik dan famous di alor setar kedah, laksa teluk kechai,

Satay yang disediakan disini boleh dikatakan sedap juga. Sengaja order satay disebabkan Cik Puteri memang tak makan laksa, dia cuma makan satay. Memang antara kesukaan dia. Banyak juga yang Cik Puteri makan aRz cuma dapat rasa 2 saja daripada 10 cucuk. Kalau tak silap harga dalam RM 0.70 secucuk. Boleh tahan harganya.

kids, cik puteri makan, satay, kanak-kanak makan satay, anak blogger malaysia, kids photography, kanak-kanak comel, model kanak-kanak,
CIk Puteri kusyuk makan satay

Laksa Teluk Kechai. Ini dia menu utama. Memandangkan Puan Isteri memang suka laksa lagi lagi Laksa Penang. Cuma takkan ke Alor Setar masih nak makan laksa penang? Bila ke tempat orang kita cuba makanan yang biasa di makan oleh orang tempatan kan?

Kelainannya Zakaria Laksa Teluk Kechai ini berbanding laksa penang ada beberapa. Antaranya sambal nyok (sambal kelapa). aRz sempat cuba rasa sambal nyok saja sedap juga dan kuah agak ceroi berbanding laksa penang yang pekat dan pedas. Dari sayur pula memang berbeza. Sayur yang ada seakan ulam. aRz sendiri pun tak dapat pastikan sayur yang diletakkan. Tetapi memang lain dari yang lain. Senang kata kalau nak tahu betul-betul kelainan laksa disini...kena mai cuba sendiri. Terkejut juga Puan Isteri bila aRz makan sampai habis hehehe....

laksa teluk kechai, food blogger, malaysia food blogger, zakaria laksa teluk kechai, zakaria laksa teluk kechai alor setar, laksa teluk kechai sambal nyok, laksa sambal nyok, makan menarik dan famous di alor setar kedah, laksa teluk kechai,
Zakaria Laksa Teluk Kechai

Walaubagaimanapun kalau laksa kedah yang aRz tahu mesti ada telur rebus. Disini juga disediakan telur rebus yang diletakkan di atas meja. Kalau nak ambil dan maklumkan masa membuat pembayaran nanti.

Sekiranya teringin nak mencuba laksa di Zakaria Laksa Teluk Kechai dan nak tahu dimana terletaknya lokasi kedai ini boleh rujuk maklumat di bawah.

Zakaria Laksa Teluk Kechai
250, Jalan Kuala Kedah,
Kampung Klong Hoi
06600 Kuala Kedah,
Telefon: 04-762 1071
GPS Coordinate: 6.095206, 100.320114

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar

Comments

  1. Antara menu kani jika ke aloq setar.. sedapkan..

    aRz, tak cari ke laksa ikan sekoq? Sedap juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masa amat mencemburui...kalau tak semua tempat nak diterjah

      Delete
  2. Jalan jalan makan laksa ya tuan arzmoha

    bawa keluarga berjalan jalan

    syabas sebab bagi masa berkualiti untuk keluarga

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa.. terliur tengok. lama tak pekena laksa

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak makan laksa. Apa yg spesel laksa teluk kecai, kalo taruk ayam goreng seketui is baru lah spesel, hehe..jgn marah na

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal nyok (kelapa) kak... Jrg jumpa laksa camni

      Delete
  5. Sedapnya...jemput singgah ke laman http://www.pokucu.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai pak ucu...terima kasih sudi singgah sini

      Delete
  6. Laksa penang/utara, bau nya membuat satu kampung tahu anda sedang memasak



    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa penang memang bau sangat kuat....

      Delete
  7. bhahaha samalah dop minat. betul kalo ada depan mata x tergoda pun rasa nak makan. unless laksa adalah satu2nya makanan yg ada nak hidup =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata tak minat tak juga...cuma kurang, sama macam durian...ada depan mata pun tak rasa nak makan...tapi kadang-kadang makan juga

      Delete
    2. ohhhoooooohoi.. durian is heven i tak tolaaak hihi..

      Delete
  8. setengah org xminat laksa teluk kechai ni...

    ReplyDelete
  9. kuah dia mmg ceroi... lasksa dia laksa beras buat sndri rasanya.... sambal nyok dia best... ulam yg digunakan pucuk putat saja... telur mmg kena ambil sndri...

    ReplyDelete
  10. dah ada ais kacang..sblum ni xda ais kacang...
    x try ka pulut sambal.. sedap jugak kt sini..

    ReplyDelete
  11. pi utagha wajib cari laksa.thanks share arz!

    ReplyDelete
  12. kalau g langkawi nnt otw blk boleh sggh kot... da dkt dgn jeti kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih