SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021.

sop pkp 3.0
SOP 3.0

Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik.

Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan mempunyai data dan informasi yang cukup sebelum mengeluarkan SOP terbaru ini. Paling penting adalah kita mesti jaga kita. Kegagalan kita memastikan kita menjaga diri sendiri sudah tentu akan menyebabkan diri sendiri dan keluarga dijangkiti virus pandemik ini. 

Kalau tidak ada sebarang urusan sila pastikan anda dan keluarga berada dirumah. ( sekiranya diizinkan saya kongsikan aktiviti di rumah sempena PKP 3.0)


SOP TERBARU PKP 3.0

Mungkin saya tak dapat kongsi kesemua SOP PKP TERBARU 25 Mei 2021 tetapi macam saya tulis diatas, anda semua mesti ke laman web MKN untuk dapatkan informasi yang tepat dan sepenuhnya.

Apa yang boleh saya kongsikan adalah sedikit info yang saya rasakan amat penting buat kita semua supaya dapat mengelakkan dari dikenakan kompaun dan kekeliruan.

1. Seperti biasa TIDAK dibenarkan RENTAS DAERAH DAN NEGERI tanpa sebarang urusan penting.

2. Waktu perniagaan restoran, kedai makan, gerai makanan, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, foodtruck dan sebagainya termasuk pandu lalu ( drive thru) dari jam 8 pagi - 8 malam sahaja.
p/s : tolong jangan keluar selepas waktu ini, duduk di rumah.

3. Kedai runcit serbaneka juga waktu yang sama 8pagi-8 malam

4. Pasaraya (giant,tesco, mydin) dan Pusat Beli Belah hanya pada 8 pagi- 8 malam. Rancang waktu sebaiknya untuk membeli barang keperluan. Kiosk tidak dibenarkan.

5. Pasar tani, pasar harian, pasar minggu, pasar awam dari jam 6 pagi - 2 petang tertakluk kebenaran PBT.

6 Stesen minyak dari jam 6 pagi hingga 8 malam. Kecuali di lebuhraya (pastikan minyak kenderaan tidak terlalu kosong)

7. Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4 petang hingga 8 malam ( mengikut kebenaran PBT)

8. Kedai Farmasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

9. Kedai Dobi, Dobi Layan Diri, Kedai gunting rambut, Salun, Kedai Cermin mata, Kedai Basuh Kereta dari jam 8 pagi - 8 malam

10. Kedai haiwan dan kedai makan haiwan dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

11. Operasi  kafe ciber, pusar siber dibenarkan 8 pagi - 8 malam


 No 11 Operasi siber kafe ini pendapat peribadi aku rasa macam tak perlu. Sebabnya sudah tentu kalau dah ke sini tak mungkin kita luang masa yang pendek paling kurang sejam dan boleh jadi lebih. Kebiasaan orang kesini adalah untuk bermain game. Melainkan yang ada di dalam Univerisiti atau kolej.

Kebenaran Operasi dan Pergerakan Bagi Perkhidmatan Awan dan Swasta

1. Pergerakan urusan rasmi sudah tentu memerlukan Surat Rasmi, Pas pekerja dan dokumen.

2. Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam adalah 20% manakala perkhidmatan swasta adalah 60%


Begitu juga terdapat beberapa Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan seeloknya dibaca di laman web MKN juga saya cuma ringkaskan iaitu :

aktiviti tidak dibenarkan seperti Spa, reflekslogi, wellness, pusat urut, manicure, pedicure, kelab malam atau pub, panggung wayang, aktiviti fotografi di kawasan Outdoor dan lain-lain lagi.

Samada kita bersetuju atau tidak inilah keputusan yang telah dibuat maka sebaiknya kita mengikut segala SOP PKP 3.0 yang terbaru ini dan masing-masing jaga diri dan keluarga supaya terselamat dari wabak pandemik ini.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang saya lihat adalah bukan Wabak ini sahaja berbahaya tetapi kesan dari wabak ini juga berbahaya seperti kehilangan punca pendapatan, keretakan rumahtangga, kesan emosi serta lain-lain lagi.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak pemahaman mengenai SOP terbaru PKP 3.0 berkuatkuasa 25 mei 2021. 

Kita Jaga Kita. 



Comments

  1. Kdg2 dah tak terikut arahan baru, kecelaruan jadinya, hu3

    Selamat hari raya aRz..

    ReplyDelete
  2. salam 12 syawal buat awak sekeluarg��

    ReplyDelete
  3. Ada juga orang masih tak faham faham dan merbahayakan orang lain.
    Anyway tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. ow, farmasi tutup lewat sikit ya, kalut tadi pi farmasi hah sbb ingat tutup pkui 8..

    ReplyDelete
  5. pening dah sekarang dgn SOP
    hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih