Mustajab Doa 1 | Orang Yang Mustajab Doa

INDIVIDU ATAU ORANG YANG MUSTAJAB DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum.

Doa Mustajab tidak pernah diberi kepada umat lain melainkan kepada Para Nabi. Untungnya kita umat Nabi Muhammad SAW, Allah memperuntukkan Doa Mustajab diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Di antara tips orang-orang yang berjaya adalah mereka mencari mustajab doa. Siapa yang diberikan mustajab doa? Dikesempatan yang diberikan saya sekadar ingin berkongsi apa yang dikongsikan oleh Ustaz Al-Amin mengenai Individu atau Orang Yang Mustajab Doa.


orang yang mustajab doa, doa, prayerr, silhoutte prayer,
kredit SuleymanKarakas (pixabay.com)

Allah ceritakan di dalam Al-Quran mengenai perkara mustajab doa ini di dalam Surah Al-Mukmin atau Surah Al-Ghafir ayat 60

" Dan Tuhanmu berfirman 'Berdoalah kepadaKu, Aku akan mustajabkan bagimu....'

Apakah berbeza doa mustajab dan doa yang makbul? Berbeza iaitu Doa makbul doa itu diterima tetapi tidak tahu bila Allah nak perkenankan. Doa yang mustajab Allah terus perkenankan doa tersebut.

Sekiranya ada diantara kita mengharapkan doa mustajab maka carilah individu-individu ini untuk mendoakan buat kita. Doa mereka adalah mustajab. Rugilah bilamana sesuatu yang Allah perkenankan kepada Umat Nabi Muhammad SAW kita sia-sia kan.

Individu Yang Mustajab Doa

1. Nabi

Para sahabat Nabi, apabila mempunyai masalah terus bertemu Nabi dan memohon doa lalu diperkenankan iaitu mustajab. Kisah-kisah ini kita pernah dengar bukan sebelum ini mengenai kisah-kisah para sahabat. 

Tetapi kita hari ini tidak ada lagi Nabi, walaubagaimanapun Allah memperkenankan doa Nabi Muhammad SAW untuk memperuntukan doa mustajab kepada umatnya.

2. Ulama - Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi, Orang-orang Alim sekiranya kita berjumpa maka kita mintalah sama-sama berdoakan kita. Lidah-lidah Para Ulama digunakan untuk membaca Al-Quran, mendidik ummah dan perkara-perkara baik. Mereka adalah antara individu yang mustajab doa.

3. Ibu Bapa

Terdapat 5 jenis ibubapa. Menurut Ustaz Al-Amin, kelima-lima ibubapa diperuntukan doa mustajab iaitu ibubapa kandung, ibubapa tiri, ibubapa susuan, ibubapa mertua, dan ibubapa angkat yang membela kita sejak dari kecil. Taatilah ibubapa dan mintalah mereka mendoakan kita untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Inilah antara individu atau orang yang diberikan mustajab doa. Walaupun ada yang mengatkan orang yang dizalimi juga memiliki mustajab doa tetapi ia dikira sebagai keadaan mustajab doa. Mudah-mudahan perkongsikan ini memberikan manfaat kepada semua. 

Setiap dari kita mempunyai hajat. Ada yang berhajat supaya anak berjaya dalam pelajaran, ada yang berhajat untuk memiliki pekerjaan yang diminati, ada yang berhajat mempunyai kewangan yang baik dan lain-lain hajat. 

Mintalah pada Allah SWT. Terus berdoa dan carilah mustajab doa.

Hidup kita bergantung kepada fikiran kita. Jika kita selalu memikirkan yang negatif maka negatiflah kita, sekiranya kita berfikiran positif insyaallah hasilnya juga positif.

Jangan lupa mengenai dengan hadith

"Aku mengikuti sangkaan hambaKu kepadaKu, bersangkalah kepadaKu apa saja yang dikehendaki"

Bersangkalah yang baik-baik dan teruskan berdoa. Sekiranya doa belum mustajab maka bersangka baik, mungkin Allah akan perkenankan pada waktu lain dan sesuatu jauh lebih baik dari apa yang kita hajati. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

Insyaallah jika diberikan kesempatan saya kongsikan perkara lain mengenai Mustajab Doa.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan harap dimaafkan dan tegurlah saya.

Comments

  1. Selagi ibu ayah kita masih ada..mintalah mereka sentiasa mendoakan kita.

    ReplyDelete
  2. Allah belum beri bukan bermaksud Allah tak tunaikan. Mungkin masanya belum tiba 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih