Giveaway Puasa RM 50 by SueAKGoGeous

Giveaway Puasa RM50
Salam Ramadhan. 
Semoga semua pembaca blog saya berada dalam keadaan sihat sejahtera. 
Sempat join Giveaway Puasa RM 50 oleh Suriana Abdul Kadir.

Berminat untuk join? 


Masih lagi sempat. Jangan fikir panjang jom kita join dengan klik banner diatas.
Bermula 4 jun dan berakhir 23 Julai 2014.

Pengalaman Puasa


Suka duka dalam berpuasa sesuatu yang bukan pilihan kita. Sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan.
Seringkali kita dengar indahnya bersahur, berbuka dan bertarawih bersama keluarga. Yang jauh pulang ke kampung halaman. Kerana indahnya Ramadhan.
Tetapi tahun ini adalah tahun ke-3 berpuasa tanpa Mak tersayang dan Abah yang dah lama pergi menghadap Illahi. Siapa yang tidak rindukan air tangan seorang ibu, ketika sahur, ketika berbuka dan bersama-sama menunaikan solat tarawih. Pernah Mak bertanya selepas berbuka "sempat ka Mak tengok cucu Mak" soalan yang lebih susah dari menjawab soalan LAW. 
Akhirnya Mak menghadap Illahi tanpa sempat bertemu cucunya. 
Itulah takdir. Ada hikmah disebaliknya. 
Tetapi pemergian Mak agak susah untuk dilupakan. Syukur isteri seorang yang tabah berhadapan dengan Suami yang mendiamkan diri untuk beberapa tika.
Akhirnya berita gembira diterima. Cucu yang ditunggu. Hadir dalam keadaan misteri. 
Beberapa kali scan tapi tak dapat ketahui jantina. agak surprise. Saat kelahiran baru tahu baby girl.
Kehilangan seorang ibu diganti seorang anak perempuan. Wajah seakan Mak.
Tahun ini baby yang ditunggu itu sudah pun 1 tahun 8 bulan.
Kerinduan pada Mak tetap tidak dapat dilupakan. 'Cucu yang ditunggu' sebagai penawar kerinduan.

Puasa tahun ini tiada lagi masakan seorang Emak.Yang ada senyuman seorang Anak. Semoga Emak dan Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

BUAT MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU BAPA. 
HARGAILAH. HORMATILAH. 
PULANGLAH BERSAHUR, BERBUKA DAN BERTARAWIH BERSAMA.

Comments

  1. Syahdunya cerita. Wuwuwu. Tabahnya awak and isteri :)

    Psst: Semoga menang! Amin! :)

    ReplyDelete
  2. Sedih cerita ni..seriusss..terkedu..

    ReplyDelete
  3. stiap yg hilang, Allah akn gntikan nya dgn yg baru tnpa kita sdari, gud luck :)

    ReplyDelete
  4. Bro, dh boleh bikin cerpen ni.
    Tak berjaya tahan air mata.
    Mati itu pasti. Selalu doa mak abah ye.
    Mak abah irra ajar, setiap kali baca fatihah,
    Waladdoollinnnn.tambah waliwalidayya.aaminn.
    Harta yg mereka boleh bawa adalah doa anak2.
    Tahun ni cik akak la yg tolong masak di dapur..

    ReplyDelete
  5. Memang syahdu cerita bro ni.... Semoga Emak dan Abah bro ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....

    ReplyDelete
  6. Setiap kehilangan ada gantian... goodluck bro :)

    ReplyDelete
  7. terharu baca..semoga tabah and gud luck

    ReplyDelete
  8. syahdu.. tabahnya isteri arz kn.. sgt2 memahami suami.. semoga arz tabah.. yg hilang berganti walaupun xserupa.. :) btw, gud luck! :)

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Terima kasih sudi join..
    All the best ye...

    ReplyDelete
  10. Tetiba teringat arwah nenek & atuk huhuhuhu....
    All the best Arz

    ReplyDelete
  11. Memang sukar bial menempuh puasa tanpa insan tersayang. CP pun sama. Rindu bapak CP. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. Blogwalking from same segment.
    Good luck ye.
    Jemput drop url blog kat Mister Linky's saya:)
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Pemergian insan yang kita sayang memang susah untuk dilupakan. Apatah lagi bila kehilangan ibu atau bapa. Memang mengambil masa sikit untuk kita menerimanya. Arol pun pernah kehilangan abang beberapa hari sebelum Aidilfitri.

    Apa pun, semoga berjaya! :)

    ReplyDelete
  14. semoga arwah emak bro arz ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. kita ni semua milik ALLAH dan apa yang ada dekat dunia ni semuanya sekadar pinjaman.

    tapi berdoalah moga-moga keluarga bro arz akan disatukan semula di Jannah kelak. insya-ALLAH. ^^,

    ReplyDelete
  15. Tak sempat lagi nak JOIN ..masih melekat kat dalam draf huhuhu..Bila la nak start mengarang citer nie..huhuhu sempat ker tdokk nie nak join ..

    ReplyDelete
  16. eh eh... sy pun joint dr segmen sama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih