![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Berhati-hati pulang ke kampung halaman |
Salam. Salam Ramadhan al-Mubarak. Semoga sihat selalu
Bagaimana dengan pengisian 10 Ramadhan terakhir ini? Sudah capai tujuan utama Ramadhan?
Bagaimana dengan pengisian 10 Ramadhan terakhir ini? Sudah capai tujuan utama Ramadhan?
Bila tiba 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ada yang sudah mengambil pulang ke kampung halaman untuk merasai Ramadhan yang terakhir di kampung halaman. Mana mungkin sama suasana di tempat orang dengan kampung halaman sendiri kan?
Bukanlah niat sebenar saya untuk mengajak semua bersedia untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Sebaiknya menggunakan baki Ramadhan yang ada untuk diisi sebaiknya walaupun sesaat lagi untuk memasuki Hari Raya.
Tetapi seperti yang kita sedia maklum, sedia dengar dan mungkin sedia lihat kejadian yang meragut banyak nyawa ketika pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Jadi ingin saya ingatkan kepada semua supaya
BERHATI - HATI DI JALAN RAYA.
Ada diantara kita yang pulang awal ada juga yang masih bertugas dan pulang disaat akhir. Tidak kira bila waktu anda bertolak, dari mana ke mana, pastikan anda sentiasa berhati-hati di jalan raya.
INGATLAH KELUARGA TERSAYANG
Insyaallah saya akan berkongsi pada entri akan datang tips memandu pulang ke kampung berdasarkan pengalaman saya yang setahun lebih kurang 3-4 kali memandu selama 8 jam untuk sampai ke destinasi saya.

JANGAN BIARKAN HARI RAYA ANDA DISAMBUT DENGAN AIRMATA
Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengisi 10 hari terakhir di dalam Ramadhan.
JUMPA LAGI.
Gambar diatas : Permandangan ketika memandu pulang ke kampung halaman isteri. 8 jam pemanduan sebelum tiba ke destinasi.