Pulang Ke Kampung Halaman Sempena Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri, Pulang ke kampung, hati-hati, memandu, jalan gerik, jalan baling gerik, keadaan jalan gerik kelantan,
| arzmohdhaniffa photography | Berhati-hati pulang ke kampung halaman

Salam. Salam Ramadhan al-Mubarak. Semoga sihat selalu
Bagaimana dengan pengisian 10 Ramadhan terakhir ini? Sudah capai tujuan utama Ramadhan?
Bila tiba 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ada yang sudah mengambil pulang ke kampung halaman untuk merasai Ramadhan yang terakhir di kampung halaman. Mana mungkin sama suasana di tempat orang dengan kampung halaman sendiri kan?
Bukanlah niat sebenar saya untuk mengajak semua bersedia untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Sebaiknya menggunakan baki Ramadhan yang ada untuk diisi sebaiknya walaupun sesaat lagi untuk memasuki Hari Raya.
Tetapi seperti yang kita sedia maklum, sedia dengar dan mungkin sedia lihat kejadian yang meragut banyak nyawa ketika pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Jadi ingin saya ingatkan kepada semua supaya 

BERHATI - HATI DI JALAN RAYA.

Ada diantara kita yang pulang awal ada juga yang masih bertugas dan pulang disaat akhir. Tidak kira bila waktu anda bertolak, dari mana ke mana, pastikan anda sentiasa berhati-hati di jalan raya. 

INGATLAH KELUARGA TERSAYANG

Insyaallah saya akan berkongsi pada entri akan datang tips memandu pulang ke kampung berdasarkan pengalaman saya yang setahun lebih kurang 3-4 kali memandu selama 8 jam untuk sampai ke destinasi saya.

JANGAN BIARKAN HARI RAYA ANDA DISAMBUT DENGAN AIRMATA

Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengisi 10 hari terakhir di dalam Ramadhan.
JUMPA LAGI.

Gambar diatas : Permandangan ketika memandu pulang ke kampung halaman isteri. 8 jam pemanduan sebelum tiba ke destinasi.

Comments

  1. dihari raya...terkenang daku kepada sidia....kampungku indah nun jauh disana.... ayah serta bondaku.....sobbsobbbsobbb....ingatlah yang tersayang... lawanyaaaa gambar yang menepek kat entri ni.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. +tunsha over sangat niiiii. kahkahkah~ gambar tu dekat mane?

      Delete
    2. Meh nak tlg jawab fadzi. Kat gerik. Laluan irra balik kampung shah alam-baling

      Delete
    3. haaaa mommy irra tolong jawab kan

      Delete
  2. Heheehe 8 jam tuuu ........ Mak aii penat penat ...Kak Lya dalam 3 4 jam jer sampai la kampung hehehe ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sekali ja sampai dalam 6 jam. tanpa berhenti

      Delete
  3. Selamat Balik Kampung la yerr ..Bila start cuti Arz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari raya baru start cuti. Hari raya pertama masih di utara

      Delete
  4. selamat pulang ke kampung.. dan selamat menempuh hari-hari terakhir Ramadhan.makin kuat godaan nak raya, makin ramai yang malas nak tingkatkan ibadah. termasuk la yang taip komen ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ya. Berhati-hati tak kira samada pulang berhari raya ataupun keluar berhari raya.

      Delete
  5. semoga perjalanan kita semua didalam lindunganNya jua..Amin.berwaspada di jalan raya..

    ReplyDelete
  6. takde kampung nak balik raya..sobs..sobs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun tiada kampung. Lepas kahwin ja tumpang kampung hehe

      Delete
  7. wahh.. dekat mana tu? selamat pulang ke kampung halaman dan pulang semula ke rumah dengan selamat ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat mana kena tengok entry sebelum sebelum ini hehehe

      Delete
  8. eh, lupa nak cakap. selamat hari raya maaf zahir batin. weee...

    bro arz moha nak kad raya tak? saya nak pos kalau nak. blogger yang lain pun saya dah hantar kelmarin ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya
      Terima kasih atas kad raya. Insyaallah saya balas lepas raya

      Delete
  9. Selamat hari Raya Arz..semoga selamat sampai ke destinasi..berhati2 memandu sebab lebuhraya timur barat tu jalan mencabar sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah CP kebiasaannya memang berhati-hati

      Delete
  10. selamat hari raya n balik kampung dgn ati ati ye

    ReplyDelete
  11. salam. singgah jumaat kat sini..hati+ balik kampung hehe

    p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^

    ReplyDelete
  12. SB tak pulang kampung..sbb kita duk kampung..hehehee..seronok tau!!..

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya maaf zahir batin arz dan family.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Anizz Maaf zahir dan Batin

      Delete
  14. lama tak nampak arz moha.. sakan raya awk ye... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduh-waduh. balik kampung wife ja internet terputus, selsema demam + sakit kepala. Mungkin perubahan cuaca. sekarang dah kebali ke home sweet home baru aktif semula

      Delete
  15. arz.. update suasana hari raya plak boleh ke? suke tgk gmbr2 kat blog nie.. cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah gambar tak banyak. tak sihat sikit raya kali ini.

      Delete
  16. eh bro gambar ni kat haigway gerik-kupang kedah ke bro?

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih