4 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Tersembunyi

Tempat Menarik Yang Tersembunyi Di Malaysia

Malaysia masih terdapat banyak destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi. Sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia yang jarang menjadi perhatian rakyat secaranya umumnya. Mungkin percutian ke bandar-bandar besar atau destinasi yang memang sudah terkenal dengan kecantikan atau sebagai destinasi perlancongan kebiasaannya menjadi tumpuan rakyat Malaysia atau luar negara saban tahun. Hari ini aRz ingin kongsikan kepada semua tempat menarik atau lokasi menarik yang jarang menjadi tumpuan tetapi sangat menarik untuk dikunjungi dan dibanggakan. Ianya adalah tempat menarik yang tersembunyi di Malaysia. Rakyat Malaysia tentu bangga masih ada tempat sebegini untuk dilawati.

tempat menarik di malaysia, tempat percutian menarik yang tersembunyi di malaysia, lokasi tersembunyi yang cantik,

1. Air Terjun Sungai Pandan, Panching, Kuantan

Tempat menarik di Malaysia yang pertama adalah Air Terjun Sungai Pandan, Panching, Kuantan. Ianya dikongsi oleh seorang rakan bernama Papaglamz di blog miliknya. Perkongsian tempat ini sangat lengkap dengan koordinat gps, gambar yang menarik, serta kemudahan yang disediakan. Untuk sampai ke kawasan ini anda perlu melalui kawasan kelapa sawit dan kuari. Tanpa perkongsian seperti ini, aRz pun mungkin tidak tahu ada tempat menarik ini di Malaysia. 



air terjun sungai pandan kuantan, papaglamz.com, tempat menarik di malaysia, tempat tersembunyi yang menarik di malaysia,

2. Menara Condong, Teluk Intan, Perak

Tempat menarik di Malaysia yang kedua adalah Menara Condong Teluk Intan, Perak. Mungkin kita telah pun sampai ke luar negara seperti Bandung, Xian, Krabi, Phuket, Melbourne dan juga Italy tetapi kita terlupa masih ada tempat menarik di Malaysia yang tersembunyi akibat dari kurangnya tumpuan kita pada peninggalan sejarah. Sedangkan di Asia ini adalah antara bangunan atau senibina tunggal yang condong secara semulajadi bukan kesilapan ketika pembinaan. Mungkin ada dikalangan rakyat Malaysia yang sudah sampai atau lebih mengenali The Tower of Pisa, Italy. Di Malaysia juga terdapat menara condong dan lebih menarik di sebelah malam hasil perkongsian Puan Anajingga di blog miliknya.


menara condong teluk intan perak, tempat menarik di malaysia, tempat percutian tersembunyi di malaysia.

3. Rembau 

Tempat menarik di Malaysia yang ketiga ianya tersembunyi bukan kerana belum dijumpai tetapi mungkin kurang kawasan tumpuan pelancong. Mungkin kalau ditanya pada segelintir rakyat Malaysia sudah tentu sukar untuk menjawab apa yang terdapat di Rembau? Perkongsian adik Anizz di blognya menarik perhatian aRz bahawa di Rembau juga terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Ianya tersembunyi keran kurangnya lokasi perlancongan yang agak menonjol. Tetapi rupanya di Rembau terdapat sebuah tempat menarik dimana sekiranya anda berada di puncak di Rembau anda boleh melihat Selat Melaka dan juga tapak kaki yang dipercayai milik Hang Tuah.. Nak tahu tempatnya?

tempat menarik di rembau, tempat jarang dilawati di rembau, lokasi menarik di rembau, tempat percutian menarik di malaysia,
Antara tempat menarik di Rembau

Baca selanjutnya DISINI >> Tempat Menarik Di Rembau

4. Lombong Cantik Guar Petai, Tasek Gelugor, Penang

Tempat Menarik terakhir yang tersembunyi di Malaysia dengan permandangan yang cantik adalah di Lombong Guar Petai Tasek Gelugor, Penang. Lombong Guar Petai ini memang benar tersembunyi, tersembunyi di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Ianya terhasil dari aktiviti pembuatan batu-bata merah dimana pengorekkan tanah di kawasan tersebut akhirnya dipenuhi air. Bagaimanapun terdapat takungan air yang berwarna biru dan hijau secara tidak langsung menjadi satu kawasan yang menarik untuk bergambar. Sekiranya anda masih tercari-cari dimanakah lokasi tempat menarik tersembunyi ini

Baca selanjutnya DISINI >>> Lokasi Sebenar Lombong Terbiar Cantik Pulau Pinang

lombong guar petai, lombong tersembunyi menarik di malaysia, lombong air hijau, lokasi percutian menarik, pulau pinang,
arzmoha | Lombong Guar Petai Pulau Pinang
Lokasi-lokasi seperti diatas sudah pasti akan membaca anda jauh dari kesesakan trafik dan asap yang memeningkan. Dalam mengunjungi tempat menarik tersembunyi seperti ini yang terdapat di Malaysia pastinya dapat menenangkan sedikit fikiran dan membawa jauh dari kesibukan kota. Dengan melihat alam semulajadi juga mampu membuatkan kita terfikir bahawa dunia yang luas ini mempunyai Maha Pencipta. Sekaligus mengembalikan dalam diri kita bahawa kita ini hambaNya. Semoga cuti-cuti yang masih berbaki dapat memberikan ketenangan dan mengeratkan ikatan siratulrahim kekeluargaan. Insyaallah

Terima kasih kerana sudi membaca Tempat Menarik Tersebunyi Di Malaysia

Jumpa Lagi.

Comments

  1. wah best jugak kan tempat-tempat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kurang menjadi tumpuan tetapi ianya tetap mempunyai kecantikan tersendiri

      Delete
  2. Salam singgah
    Selama ini tak tahu pula ada tasik di pulau pinang..

    ReplyDelete
  3. Cantik air terjun sungai pandan kuantan tu ye...

    ReplyDelete
  4. Paling best kat rembau hutan simpan die. Memang jarang orang bercakap pasal ni tapi membaca cerita dari blog aniz macam best jer.

    ReplyDelete
  5. Pertamanya..akan membaWA, bukan membaCA.. hehe.. lawa2 tmptnya.. cantik2... tq atas prkongsian yang menarik ini..

    ReplyDelete
  6. bila perkongsian sebegini dapat mempromosikan daerah masing masing kan..semoga dapat dikenali oleh masyarakat di luar sana :)

    ReplyDelete
  7. banyak kt malaysia ni tak kembara lagi.
    tq for ur information

    ReplyDelete
  8. Guar Petai mesti dibanggakan.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. 2 tmpt da penah g tggl lg 2 je ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih