Kacang Phool | Makanan Menarik Di Pulau Pinang
Sekali lagi ini membawakan khas buat pembaca blog mengenai tempat makan menarik di Penang. Roti bakar mempunyai peminat yang tersendiri yang menjadikannya sarapan pagi. Ada yang menikmati hidangan ini dengan membakarnya, ada juga yang dimakan bersama telur setengah masak dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun ada satu lagi cara menikmati roti bakar dengan sedikit kelainan yang sudahpun menjadi viral hidangan yang berasal dari Johor iaitu Kacang Phool. Hidangan ini juga dikatakan berasal dari Timur Tengah. Jom baca selanjutnya.
![]() |
Kuah Kacang Phool |
Roti Bakar Kacang Phool Pulau Pinang
Roti bakar kacang phool yang aRz nikmati ini bukanlah di negeri Johor tetapi di Pulau Pinang. Dimana sebuah gerai menyediakannya dan membuatkan aRz rasa tertarik untuk mencubanya. Satu hidangan yang mengeyangkan jika dimakan di waktu pagi mahupun tengahari. Tetapi kalau perut yang selalu diisi dengan nasi kandar..ermmm mungkin kena order dua set hehe....aRz mencuba 2 jenis roti yang berlainan...
Roti Bakar Kuah Kacang Phool
Yang pertama menu yang terkenal bukan saja di gerai ini tetapi di seluruh Malaysia. Roti bakar Kacang Phool. Kuah pula beserta telur mata, cili dan bawang. Rasa seakan kuah spagetti tetapi tidaklah sama. Memang rasa terangkat bila dimakan bersama roti bakar yang panas.
![]() |
Roti Bakar Kacang Phool |
Roti Bakar Kacang Phool Cheese
Roti bakar kacang phool cheese ni sama saja macam menu diatas cuma ada cheese didalam roti. Bagi peminat cheese ya...hidangan ini untuk anda. Cumanya kuah kacang phool ini sepatutnya sama dengan yang diatas, mungkin ada kesilapan ketika memesan hidangan kami. Jadi tiada telur makan dan cili didalam hidangan kedua ini.
![]() |
Roti Bakar Kacang Phool Cheese |
![]() |
Kacang Phool |
Menu Yang Disediakan
Menu yang disediakan di gerai ini cuma ada beberapa sahaja. Roti Bakar Kacang Phool, Roti Bakar Kacang Phool Cheese, Roti Jala dan Chicken Fajitas. Boleh juga tengok seperti gambar dibawah. Sebelah Cik Puteri tengah posing tu :) Menu terakhir tu sebenarnya tak perasan. Kalau tak memang nak order. Mungkin bila senang boleh singgah mencuba lagi.
![]() |
Menu dan harga |
Servis Penghantaran Roti Bakar Kacang Phool Disediakan
Gerai ini juga menyediakan servis penghantaran disekitar Pulau Pinang. Walaubagaimanapun ada hari dan dan tempat tertentu sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh hubungi Gerai ini seperti dibawah :
Facebook : Roti Bakar Kacang Phool Penang
No Telefon/Whatsapp : 0192201355
![]() |
Penghantaran/bungkus |
Lokasi Gerai Roti Bakar Kacang Phool Penang
Seperti biasa aRz akan kongsikan bersama lokasi untuk ke gerai ini. Boleh tengok maps dibawah bagi memudahkan anda ke lokasi ini.
![]() |
Gerai No 1 |
Gerai No 1
Kompleks Penjaja Desiran Tanjung,
Tanjung Tokong
Pulau Pinang
Peta Lokasi
Peta lokasi ke Roti Bakar Kacang Phool Penang.
Selesai dari makan. Tiba-tiba Cik Puteri nampak kucing. Dirumah tak ada kucing jadi bila jumpa saja dengan kucing bukan main seronok lagi. Dari kecil aRz biasakan Cik Puteri untuk bermain dengan kucing asal terjumpa kucing dialan, bukannya apa takut bila besar nanti takut dengan kucing. Kucing ni boleh jadi teman setia..Tapi itu nanti aRz cerita di entri yang lain. Teruskan mengikuti arzmoha.com. Terima kasih.
JANGAN LUPA BACA : Apa Yang Menarik Di Ghost Museum Penang
![]() |
Cik Puteri & Kucing |
Jumpa Lagi.